Showing posts with label cherita pagi buta. Show all posts
Showing posts with label cherita pagi buta. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

aiskrem





aku lagi suka gigit bucu daripada gunting kepala aiskrim. bru feel makan tahuuu.





petang itu, suasana di kampung sri rahmat agak hening dan damai .awan di kaki langit tak kelabu,angin petang langsung tak mendayu macam selalu. coli-coli makcik jenab yang masih lembab di jemuran jelas menandakan matahari juga malu-malu nak keluar sejak awal pagi. sesekali terlihat juga latip sengau yang sudah bujang itu berhulur hilir menunggu boxernya yang disidai depan kipas angin itu kering secara manual.


anak cik din yang sudah layak digelar anak dara sedang asyik menonton sinetron di telebisen. sejak masing-masing sudah bermandi wajib, permainan petang-petang memang sudah lama ditingalkan. kebanyakan dari mereka sekarang lebih terjerumus ke arah aktiviti bermesetan, berfesbukan mahupun bertwitteran saja di rumah. ayat ayat canggih seperti OMG,GTG mahupun OMK sudah lali dibibir mereka. tak lupa juga dengan ayat eyuew eyuew seperti koe tewngah uart apew toe, tha shuke serta apewpownthabuleyh semakin digemari dikalangan gadis2 yang baru berdada.permainan konda kondi, cop tiang mahupun ceper juga sudah lama diganti dengan dota, farmville hatta snake game di henpon cokia masing2.


anak bongsu wak jernik yang sejak dari pagi bertandang di rumah anak cik din asyik berceloteh entah apa-apa. kadangkala keluar juga tarian zapin mahupun nyanyian negaraku ditengah2 celotehnya. mahu di tangan, anak orang pula. mahu di kaki, ish. rosak pula status anak dara paling sopan lima tahun berturut-berturut.kemudian anak cik din lantas mengajak anak bongsu wak jernik itu ke kedai pak omar.targetnya cuma satu, membelikan ice cream dan mempancing budak itu supaya kembali ke jalan yang benar, iaitu ke jalan rumah nya yang terletak di hujung kampung itu.


budak itu baru enam tahun, belum berdada mahupun berpampers. cuma budak kecil yang hanya suka membaham makanan yang manis manis, berkerim hatta bercoklat sahaja. gigi? jngan di tanya, emak aku kata dibawak lari dengan tikus mondok belakang rumah.



sampai di kedai, aku segera menuju ke sudut ice box yang diletakkan puluhan jenis icecream.


anak cik din mengambil aiskrim perisa anggur dan dihulurkan kepada budak itu ,
"ambillah, bawak jumpa pak omar dulu," anak cik din berkata comel seraya menutup pintu icebox kembali.

"mak kita dulu suka beli aiskrim tu," anak bongsu wak jernik cuba memancing sambil menunjuk ke arah icream walls paddle pop. sesekali dia memandang sinis kepada aiskrim anggur yang diberi tadi."yang ini murah, mak kita tak suka beli,"

"yelah, amik yang tu sekali," kata anak cik din dengan comel faham dengan kehendak budak itu. kalau tak kerana status anak dara paling sopan yang dipegang lima tahun berturut2 di kampung itu, sudah lama anak cik din membabykan budak itu. demand kemain budak ini.

budak itu lantas mengambil aiskrim itu dua tiga bungkus. tamaknya jangan cerita.

"mak kita cakap aiskrim tu sedap tau" anak bongsu wak jernik berkata lagi sambil memandang aiskrim cornetto love."kadang-kadang beli satu pun tak cukup,sedappp!"

anak cik din tersenyum. sifat gadis melayu memang kuat tertanam dalam diri gadis comel itu. dada diurut berulang kali menahan sabar.

"ambikla,"


dengan laju budak itu mengaut satu kotak aicream itu ditangannya.


anak cik din mula melangkah utk membuat bayaran, sebelum budak itu bersuara lagi,
"emak kita cakap aiskrim yang tuu..."

'kau nak makan pelempang?jom kita pegi bayar!'


sejak hari itu,status anak dara paling sopan lima tahun berturut-turut tidak lagi dipegang oleh anak cik din . sekian.



p/s : tahap menulis dah berkurang der, tolong jangan nak rindu sangat.










Sunday, February 13, 2011

25




aku ni dah diajar dari kecik.atau mungkin dari zaman masih menetek, bahawa jadi manusia mesti tahu hargai pemberian orang.yelah, dah emak aku bagi netek susu badan fresh terbaik dari ladang, sape yang nak nolak ye tak. cuma, sejak dari alam rahim lagi emak aku dah awal-awal pesan, kalau ada manusia tak dikenali mahupun makhluk asing dari planet Ushtari sekalipun datang bagi coki-coki, kotak ding dang mahupun tora serta cincin plastik dari mesin tikam, jangan gatal nak datang ambik. biasalah, kanak-kanak comel memang berisiko tggi untuk diculik dan dijadikan alat penguat urat testis mahupun urat penis. ok, aku rasa dah menyimpang jauh dari tajuk asal ni. demdem.



jadi, setelah kelab peminat Syida Zainordin mengadakan rusuhan anti-habuk dekat blog yang dah lama tak berupdate ni, berbekalkan semangat satu malaysia dan sifat kamil rajin semula jadi yang sudah lama tertanam dalam identiti diri, aku nak membalas post tagging dari ahli persatuan pengakap tegar malaysia, cik fara-lala yang terlalu rajin mengetag saya, selaku ahli persatuan penganggur tegar sedunia ini.




25 random facts about me, myself and i


Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

next, this is 25 random facts about me.




okay-okay, jangan gabra, disebab kan english aku agak boleh tahan celaka dan tak nak anda bersusah payah membelek kamus dewan bahasa menterjemah ayat english aku, so, aku type on melayu je lah.tak payah la nak ber-omputih sngat. berbelit lidah nak bace kang jangg oiii.


  1. tak makan ikan sungai.
  2. benci bangun pagi.
  3. gemar bela berudu mahupun jentik-jentik sebagai hiasan.
  4. gelabah tak memasal espesieli bila direnung oleh ribuan jejaka maskulin, taff, keding mahupun jambu.
  5. bukan penggemar pink, pink muda, pink cair hatta pink tua.
  6. ahli kelab kipas Heri Poter
  7. kuku tangan dan kaki tak tumbuh sekata
  8. tergolong dalam golongan tak berduit tiap masa
  9. sangat benci kutu, kutu rambut, kutu beras mahupun main kutu
  10. sangat obsess kucing dan haiwan berbulu.
  11. penggemar steak kecuali kambing, labi-labi, landak dan kuda laut
  12. pencinta komik.
  13. pelayan lagu pop dance.
  14. sangat suka melancong
  15. tokyo, mesir dan perancis.
  16. dua mata besar
  17. dua tangan panjang
  18. dua kaki debab
  19. satu hidung separa bukit
  20. satu mulut tak reti diam
  21. berkuku cawan teh
  22. bergigi senget
  23. dua jahitan di dagu
  24. berambut dawai
  25. berkening cacak.
habis.



sekarang kena mengetag pulak. aku tag lima orang je lah, ramai- ramai pun macamlah kau orang rajin nak menjawab pulak. aku pun buat buat rajin je ni sebab takde idea dah nak update hape. nasib la sape yang kene tag. nak jawab dah, taknak jawab dah .okeh.bai.








p/s : hepi besdei emak dan bapak. sayang sekali anakmu ini belum bekerja, kalau tidak, mesti iPhone 4 sedia sorang satu depan mata. rugi betoi.





Thursday, February 03, 2011

kawen I






rindu nak berbasikal. arghh



petang itu, matahari tak muncul. awan- awan tebal berarak perlahan menutup bahang si matahari.burung-burung kembali keluar dari sarang untuk mencari makanan. semut-semut mula keluar dari busut untuk mencari gula. cuaca begitu memang di nantikan oleh semua penduduk kampung sri rahmat.


aktiviti harian mula berjalan seperi biasa. golongan pesara sudah ready bertenggek di warung pak meor, pekena dua tiga cawan kopi cap telibesen sambil rancak berdam aji dia ats meja. bagi yang yang masih mempuyai 1Q tahap 12 , sedang leka bermain chess sambil teriak cekmet.cekmet tak henti sejak dari mula. kelihatan juga beberapa pasang anak mata kusyuk menatap kaca telibesen, dimana dvd konsert goyang gerudi inul sedang rancak dimainkan. aku syak itu mesti jenis orang tua yang perasan belum berbini. ghairah benar aku tengok sampai tak bertoleh kanankiri.



golongan kanak-kanak comel juga tak ketinggalan. petang itu, anak wak ajis, anak cik din dan anak bang jari sudah sedia berkumpul di pondok hujung kampung atas ajakan latip sengau.mulanya mereka menolak, tetapi setelah latip sengau mengugut mahu menculik Aisyah, anak bongsu tuk penghulu yang berumur tiga tahun setengah untuk dibawa lari ke Lambok, mereka terpaksa juga berkumpul petang itu. anak wak jernik sudah tidak ikut lagi bermain petang petang setelah peristiwa itu. atau mungkin, setelah dia mendaftarkan diri menjadi ahli gadis pengitan kampung sri rahmat sejak berpampers hari itu.


" hari ni nak main apa? cuaca tak panas ni, " suara comel anak cik din bertanya. petang itu dia bergaun labuh. berbedak, bersepit serta berselipar bata. ringkas, tetapi comelnya bukan main.


"kita main kejar-kejar lah, mahu?, " teriak anak wak ajis. budak perempuan itu tersengeh kecil sambil menaikkkan telinga. budak itu molek budaknya. berambut ikal, beranting emas dan berdada separa. atau dengan lebih jelas, sudah bersinglet. cuma sayang, tak suka berspender, rimas katanya. gatal-gatal. mahu garu, malu pula.


"tak mahu! kejar-kejar penat, tahu. nanti berpeluh, baju aku kotor. emak aku bising," jawab anak bang jari laju. budak lelaki itu paling bersih antara mereka berempat. berbaju kolar, bertali pinggang dan bersepatu kulit lengkap berkiwi. rambut pendeknya disikat kemas ke tepi. jika diperhati, di pipi budak itu masih kelihatan debu-debu putih, atau dengan lebih jelas, bedak wangi yang tak disapu rata.


"latip, kau ajak kami ke sini. nak main apa?," anak wak ajis mencelah laju. bosan barangkali.


latip sengau yang baru tiba dengan dua buah kipas sate dan beberapa kuntum bunga yang dipetik dari rumah Janda Melah tersengih sumbing, menampakkan barisan gigi gopesnya yang berlubang. lagaknya seperti kebiasaan. berseluar pendek, berbaju comot dan berhingus hijau. botol air soya katira setia memenuhi poket seluarnya seperti biasa.

"kiha main hawen-hawen. ahu aha bawak kipas dan hunga ni," latip sengau bersuara bangga.


"kau bawak ke kau curi dari rumah cik Melah?" tanya anak bang jari curiga.


"lepas haku petik dahi umah hik melah haku bawak he sini lah, " latip sengau tersenyum lagi.


"okey. siapa jadi pengantin,latip? " suara comel anak cik din bergema. budak itu memang sudah ada sifat-sifat gadis melayu sejati sejak dari alam rahim lagi.



BERSAMBUNG...



p/s : bila dah start merepek ni, idea mencurah pule. haihh.



Tuesday, February 01, 2011

katak




siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat..






petang itu hujan renyai-renyai. tak berguruh, mahupun berpetir. cuma berangin kencang. dari sisi tingkap bilik, aku lihat daun-daun terbang melayang. ada juga beberapa coli makcik jiran sebelah yang terhanyut dari ampaian jemuran. terhajat juga mahu rembat satu dua, tapi bila difikir kan saiz dan bentuk cup, harapan dapat coli free memang mustahil


petang itu kenduri kawen jiran depan rumah sedang sibuk berlangsung. dari pagi si emak tersayang dah bising-bising suruh bangun awal ikut rewang sama. bukan rewang pun, datang tunjuk muka. sejak dah berdada ni, aku paling malas nak berkenduri kawen rumah orang, malas nak bersesak cuma nak melantak nasi mniyak. malas juga nanti terpaksa buat muka mesra berhai-hai segala dengan makcik-pakcik dekat sana. bukan sombong, tapi aku malas. tahu tak malas. tggulah aku rajin nanti siap dengan apek bangla econsave aku dok berhai segala bagai.


kenduri hari itu agak mewah. semua katering yang reserve. dari jauh aku dah dapat detect siap berdesert segala bagai. hati dah kembang kuncup. berbaloi juga aku korbankan waktu-waktu indah atas katil time-time gini. bila pinggan dah menggunung, aku cari port nak mencekik pule. buat pertama kalinya nasib aku baik dapat tempat duduk kosong. dekat dengan kipas. boleh aku makan dengan kusyuk gini. kompom pakwe-pakwe lalu langar itu ini bila tengok bulu mata aku terbang terbang kena angin kipas nanti. kejap. apsal geli sangat ayat aku ni. choi.


lepas baca bismillah, aku dah mula nak menyuap. tetiba dengar suara katak mana melalak lagu jiana jen betul-betul sebelah telinga. nafsu makan mati. aku pandang sebelah. celaka. speaker mic betul-betul sebelah kerusi. hati maintain sabar. sifat gadis melayu masih tebal dalam benak dada. tggu sampai gadis yang tak berbakat tu selesai melalak. dah habis, aku lega. mula nak berbismillah balik. aku menyuap nasi minyak sama ayam masak merah sama rendang daging dalam mulut. sensori neuron rasa mula mendetectkan ke sel otak utuk diransang.


"percayalahh.. kasihmu lama tersulamm.. di ruang paling dalam...."


aku rasa mcm gendang telinga aku pecah sekejap. keronkong aku tersekat. saluran pernafasan tak berfungsi serta merta. si emak yang sedang stim mengunyah pai epal terpana. lantas melempang belakang badan sedas dua. aku rasa libasan lempangan si emak tak ubah seperti libasan jumping smash Lee Chong Wei, : emak tak nak kau mati tercekik. buruk sangat bunyinya nanti, itu alasan pantas dari emak. ah abaikan. dengan laju cawan air oren dicapai sebelum diteguk laju meredakan kerongkong smula.celaka. kau tahu tak aku tengah makan ni. jangan sampai muka aku masuk front page metro esok bawah tajuk besar " gadis comel mati tercekik ketika makan kenduri akibat nyanyian katak jadian". oh tahi juge rasenya.


sumpah aku malas dah nak pergi kenduri kawen orang lepas ni. yang tuan rumah pengantin pun nanti tak payah lah sebok nak pasang DJ bagai segala. ni kenduri kawen ke kenduri karaoke sedare?



p/s : nak sngat menyanyi masuk AF. jangan jadikan kami-kami ni pemangsa suara anda. ngerti?






Thursday, January 20, 2011

lapar




kelmarin punya kelmarin, aku pergi ceramah lesen kereta setelah lulus cukup-cukup makan ujian berkomputer kelmarin kelmarinnya. buku soalan dah beratus kali aku ulang baca. jangan kata soalan, siap nama editor sama kilang penerbit aku bantai hafal masuk dalam kepala. mana tahu kut-kut keluar soalan siapakah pengarang dan editor buku ujian memandu, paling kurang takdelah aku tick nama A.Samad Said dalam tu, ye tak?


aku sejak dari rahim ibu lagi, memang tak suka makan pagi. dalam rahim lagi aku dah pandai berdemand bagai ni. geli juga bunyinya. geli dah lain cerita, nampak bangang sangat aku punya hiperbola ni ye tak. biase lah, budak tak biase nipu memang gini. demm. aku dah lari topik ni.

jadi, masa waktu rehat, aku dah awal-awal memecut dekat kantin akedemi memandu.
dari jauh aku dah cium bau aroma nasi lemak yang berasap kepul-kepul. kaki terus dilangkah laju. bau sambal tumis ikan bilis pula menerobos ke lubang hidung. ini kalau KFCM yang jadi rebutan awek-awek market tu dok cup-cup depan aku pun aku buat tak nampak. aku dah mula bermonolog dalaman. sampai kantin dah ramai orang. aku beratur. rosak pule identiti gadis melayu nanti kalau tak beratur, tak gitu?


depan aku ada sorang lelaki dan perempuan diri berkepit. pakwe makwe barangkali. tangan si pakwe mesra merangkul pinggang si makwe. kadang-kadang aku nampak juge jari si pakwe tergerak-gerak tempat lain. kepala si makwe sedap berlending atas bahu si pakwe. aku dah mula rasa nak mencarut. nak beromen depan aku tengah-tengah manusia kebulur ni kenape la syaitonn? aku dah mula bermonolog lagi. sejak akhir-akhir ni kerap juga aku bermonolog. risau juge. takut iman dalam dada berkurang nanti susah pule. celaka. aku dah lari topik lagi ni.


"baby, tak mo sedih- sedih k. nanti balik kita cari lah phone tu. tak pun nanti abang beli phone baru utk baby. lengkap yang ber-3g. senang kalau apa-apa nanti." si pakwe bersuara perlahan. pujuk si makwe barangkali. dalam hati aku masih cuba menangkap maksud apa-apa tadi.

si makwe mengangguk.tersedu-seduan.

"takmo sedih k, baby. kita mamam dulu. lap hingus tu," pujuk si pkwe lagi.

si mkwe mgguk lagi dan lagi. kemudian mengesat hingus di dada baju si pakwe.

"cmtulah baby. comel lah baby kesat hingus. tengok tu, ada bulu hidung baby lagi kat baju abang, hikhik " si pkwe memujuk lagi.

si makwe ketawa mengkekek. cair berangkali. ah.perempuan.



aku dekat belakang jangan cerita. terus aku u-turn bantai tido dekat surau. celaka juga rasanya terpaksa berlapar hari itu.







p/s : selamat hari thaipusam yaw .

Friday, January 14, 2011

pampers





petang itu anak cik din bersama anak wak jernik sedang leka memburu sesuatu dekat semak samun lalang tepi taman. anak cik din itu comel budaknya, bermata galak, berpipi gebu, berpeha putih tapi masih belum berdada.sementara anak wak jernik pula gempal-gempal tubuhnya. berambut kerinting, berpipi bulat, berlapis lemak dan sudah berdada. barangkali sudah berpampers. sebab hari itu anak cik din di rasuah dengan sebungkus jajan Bin Bin untuk menemankan anak wak jernik membeli pampers jenama Laurier. anak wak jernik pesan juga untuk rahsiakan perkara itu dari sesiapa. anak cik din hanya mengikut saja. apelah besarnya kudrat budak secomel nya untuk melawan kudrat tubuh anak wak jernik yang mantap-mantap itu.



petang itu, mereka sedang asyik memburu sesuatu. keempat-keempat pasang anak mata ligat melilau sana sini untuk mencari benda yang dicari. tiba-tiba, datang seorang budak lelaki hingusan, bergigi gopes, tersengih melihat dua orang budak perempuan di sebalik semak lalang itu, Latip Sengau.


"hau oghang caghi ahe?"

diam. anak wak jernik tidak menjawab. apatah lagi anak cik din. mereka sedang khusyuk mencari sesuatu di sebalik semak samun itu. Latip Sengau tak puas hati. mulutnya bertanya lagi. kali ini dengan tone suara sedikit kuat.


"hau oghang behua caghi ahe?!" jerit Latip Sengau.


kedua budak perempuan itu tersentak. baru tersedar akan kehadiran rakan setaman mereka itu.



"ulat beluncas," jawab anak wak jernik ringkas. dia masih tekun dengan pencarian nya itu.


"nak huat ahe?", tanya Latip Sengau lagi. masih teruja.


"nak bela. nanti besar jadi rama-rama. cantik," anak cik din pula bersuara comel. memang manis budak itu. apatah lagi jika bergaun. lebih-kurang macam anak Tom Cruiselah senang cerita.


"har..har..har..nak huat ahe hela uhat behuncas, hela beruhu lah best, dah behar jaghi khatak!",
Latip Sengau berkata yakin. botol air berisi soya katira memnuhi ruang kocek seluar pendeknya. atau dengan bahasa mudahnya, air longkang ber-berudu. hingus hijau nya dibiarkan meleleh. sesekali dia jelirkan lidah ke atas untk mengelap hingusnya. rimas barangkali.



"jangan sibuklah, Tip. ini hal perempuan, kau apa tahu," marah anak wak jernik. dia memang kurang senang dengan kehadiran Latip Sengau. apa tidaknya, hari ini bayang ulat beluncas seekor pun tak nmpak, datang pula si latip sengau ini ketawa bedekah-dekah mengejek nya sakan. sudahlah hari itu dia nmpak latip memancut sesuka hati di depan pagar rumah Tuk Penghulu.

" dahlah kencing tak lawas, tersangkut-sangkut," anak wak jernik bermonolog dalaman. budak seusia sepuluh tahun begitu memang sudah pandai bermonolog dalaman ,kan? hentam je la.


anak cik din hanya diam membisu. budak itu memang pemalu. apatah lagi dengan kehadiran lelaki seperti Latip Sengau. walau selekeh mana pun dia, connection antara lelaki dan perempuan mesti ada walaupun masih kecil dan belum berpampers, tak gitu?


"aku dah jumpa!!!"teriak anak wak jernik tiba-tiba.

gembira bukan kepalang lagi apabila dia berjaya menjumpai seekor ulat beluncas bersaiz agak gebu, segebu pehanya yang berlapis. anak wak jernik tersengih bangga. kemudian dia membongkok untuk mengambil ulat itu yang sedang berada disebalik batu yang terdapat disitu.


tiba-tiba, anak cik din yang comel itu tiba-tiba menjerit,


"AAAAaaaaaa!!!"


Latip Sengau dengan segera menghampiri anak cik din.

"hau ghenapa?" katanya cemas.




"tuuu. tengok kat belakang baju dia!" anak cik din besuara kuat sambil menunjuk kearah belakang baju anak wak jernik.



Latip Sengau menoleh kearah tunjukan anak cik din. dengan pantas, dia berteriak kuat. menggegar petang hening taman perumahan di kawasan itu.


"toghonggg!! hontot hia bedaghahhhh!!!"


anak wak jernik tergamam. air matanya mula jatuh. sebolehnya ditahan. malu barangkali.
petang itu, seluruh taman tahu akan peristiwa anak wak jernik sudah berpempers. semuanya gara-gara budak yang sudah bergelar gadis itu lupa menukar pampersnya pagi tadi.






p/s: aku rindu nak ber-berudu.
aku google gmbar budak tgkap berudu xde, sedih.







p/s/s : cerita rekaan semata-mata. tak ada kena mngena dengan sesiapa.




Monday, January 10, 2011

renovate




Dulu, masa sekolah, satu perkara wajib yang mesti berlaku dalam rumah setiap pagi adalah acara berebut jamban. siapa bangun dulu, kena amek nombor nak guna jamban. kecuali bagi special kes seperti pesakit mencret tak henti dan perempuan mengandung, diberi keutamaan dulu untuk guna jamban. bagi orang yang yang kerap mngalami kesulitan untuk memproses bahan buangan, atau lebih senang nya sembelit, akan dipulau dan diabaikan awal-awal. mereka-mereka ini terpaksa di anak tirikan dahulu untuk diberi keutamaan kepada insan-insan yang mahu berkhidmat untuk kami-kami yang bersekolah dan bekerja ni. kalau tiap hari nak bagi alasan lambat datang sekolah sebab berebut jamban, bosan pule cikgu-cikgu.


yang paling risau pagi-pagi dah tentu emak kami yang satu itu. tiap pagi berebut jamban, sampai bila ye tak. kemudian emak aku mencadangkan jamban rumah nak di renovatekan menjadi dua jamban. senang katanya. tak payah mahu buat muka sengsara tahan berak mahupun terlompat-lompat tahan kencing tggu giliran punya pasal tiap pagi lagi. datang sekolah pun tak lambat lagi .oleh itu emak aku mencadangkan agar jamban rumah kami dibahagi kepada dua. si emak bertanya pendapat anak-anaknya.


emak : so, setuju tak nak renovate toilet rumah kita ni?

kakak : stuju.tiap pagi nak berebut, penatlah.

abang : betu-betul. abang penat juge kena blakon sakit mencret hari-hari.

aku diam je. aku kan adik. kena hormat bila org tua-tua tengah bercakap,tak gitu?

emak :so, plan nak renovate mcamana. jamban duduk or jamban cangkung?

kakak : kakak taknak jamban duduk. nanti taik jatuh air mercik-mercik. geli.

abang : abang nak jamban duduk. penatlah nyangkung2 ni. naik tanggal skru lutut bile time sembelit tau, mak.


sekali lagi aku cuma diam je. gila sopan kan aku dulu.hormat orang tua tu. kihkih.


lepas sebulan, jamban rumah kami telah selamat direnovatekan. tiada lagi muka berkerut tiap pagi. tiada lagi rebut-rebut jamban tiap pagi lagi. tapi, yang aku heran, aku tetap juga jadi student paling lambat datang sekolah tiap hari ni, apa cerita?






p/s : aku lagi suka jamban duduk. lagi feel lah der.


Saturday, January 08, 2011

malam








oh bulan. enggan melayan diriku lagi.





malam semalam, rumah aku sunyi.rumah sebelah juga sunyi . biasa waktu-waktu begini anak bujang rumah sebelah yang macam takeshi kaneshiro punya muka, baru balik dari menguatkan otot kaki berfutsal dengan hanya bershorties. tak nampak pule malam ini.rindu juga aku dengan bau peluh kepam-kepam masam dari badan ketak-ketak lelaki bujang itu. lambat agaknya. aku fikir mesti dia ngeteh-ngeteh dulu dengan member se-futsal nya. biaselah, bujang-bujang jowo suka benar ngeteh-ngeteh bagai ni, tak gitu?

aku keluar rumah, konon mahu menghirup udara malam. pintu rumah dikuak perlahan. kaki dihayun keluar rumah. udara malam menghembus lembut kulit muka. sejuk bukan main angin malam ini. aku bermonolog dalaman. mata aku beralih. baru perasan hanya rumah aku yang berlampu terang. rumah lain hanya berlampu malap, berlampu tidur, mahupun tidak berlampu langsung. angin malam yang membeku menghembus kulit sekali lagi. aku lihat jalan raya basah. daun-daun masih bertitik air hujan. hm. musim begini tak hairan rumah manusia sekarang cepat tak berlampu. aku bermonolog kecil, berusaha keras utk tidak bermonolog dengan lebih mendalam. kurang pule iman di dada nanti.


masuk rumah, masuk bilik, lepak atas katil. malam sejuk-sejuk begini bosan juge. hati aku tak semena-mena ghairah untuk menulis sesuatu seakan diari. gedik juga bunyinya nak berdiari bagai.pengaruh baca buku ina naim terlebih agaknya. lalu dengan pantas, tangan mula menyelongkar buku-buku latihan sekolah lama. mencari muka surat kosong yang boleh dijadikan sebagai diari curahan hati syida zainordin dengan rasmi. save bajet sikit, tak gitu? aku capai buku latihan pendidikan sivik, hampa. tiada muka surat kosong. aku capai pula buku latihan pendidikan jasmani, hampa juga. full page buku latihan itu aku tulis nota sampai kulit bukunya sekali aku bantai mencoret. tak sangka pula aku rajin begini ketika zaman sekolah dulu. ini kalau tunjuk dekat bapak aku, mau dibuat frame gantung dekat pintu gate depan rumah tunjuk anak dara dia rajin mencatat masa sekolah. kembang kempis hidungnya jangan cerita.

aku tak putus asa. buku latihan sejarah diambil. kemudian tersenyum lega. yang tercoret hanya empat helai aje, yang lain suci bersih dari sebarang kotoran. aku ambil lagi satu buku, buat spare. mana tahu kalau terkeluar idea menulis pulak. kurang-kurang boleh juga aku jadi klon ahadiat akasah. buku latihan english pula diambil, dan diselak. tersenyum lagi. banyak muka surat kosong yang tak terusik hatta tercalit sekali pun. dalam hati suka bukan main. kemudian kembali lepak atas katil sambil memikir idea apa yang nak ditulis.

tapi apa yang aku fikir ialah,
apsal nota sivik sama pj aku lebih banyak dari nota sejarah sama english? hm. aku harap tuhan masih sayang pada aku utk subjek itu masa SPM lepas.





p/s : awasi anak anda ketika musim banjir ni. pandai buat, pandai jaga. tak gitu?





Saturday, December 25, 2010

berita






masa baca paper pagi tadi aku ada terbaca budak yang frust menonggeng nak bunuh diri terjun dari tingkat lima pangsapuri dia. frust kena tinggal dengan balak mungkin. benda remeh-remeh ni biasa aku malas baca, tak penting. isu-isu masyarakat dan pengetahuan am sperti harga gula naik lima sen atau gosip heliza helmi betunang dengan hafiz hamidun lebih penting untuk dibaca, di teliti dan didebatkan bersama rakan mesyuarat tingkap.


bila aku baca berita budak frust menongeng ditinggal balak cuba bunuh diri tu yang buat hati mcm kena geletek.duuhh. kau bunuh diri then ape kau dapat. macam la balak kau kesah pulak kau mati menongeng sebab kena tinggal dengan dia. tu dah satu hal, bunuh diri tu dosa besar la gile. dah berbakul ke pahala kau buat sampai dah bosan hidup tak sabar nak jumpa tuhan? kau sakit sakit dekat sana, balak kau seronok-seronok dengan makwe baru dekat sini.yang aku heran, apesal tak nak terjun lagi ekstrem dari tingkat doploh terus? mungkin sempat kau buat terjunan dengan gaya kuak kupu-kupu sementara tunggu sampai ke bawah paling kurang pun. eh apehal aku emo? sebab dia perempuan la. malu tau tak. kau tau malu?lagi malu dari daun semalu.cet.



ada lagi berita. rokok murah beracun. aku senyum je baca. yang beli rokok mahal tu tak beracun ke? kalau beli rokok mahal hisap berkotak-kotak tiap hari pun mampus juga. nama pun rokok, ada ke yang berunsurkan mineral vitamin protein smua?. senang cerita kepada perokok, belajar lah berhenti, duit rokok baik kau bagi anak bini makan kfc. kurang- kurang badan kau tak la beracun.bibir kau pun tak hitam macam ahli sihir. lagi satu, kau orang yang merokok ni, tak nak anak ke? bak kata encik Hiro, katakan TIDAK kepada mati pucuk. kuikui





p/s : selamat hari natal. esok pagi-pagi lepas subuh jangan lupa cek stokin busuk korang. mana tahu santa terbaik hati bagi rezeki malam-malam. HOHOHO.




Sunday, December 12, 2010

password


PC Fair mana entah aku amek dari google.







petang tadi, usai berjalan fest time pakai heels wedges tggi nak mampus, kaki aku lenguh- lenguh. berjalan satu mall spanjang PC Fair yang berlangsung hari itu agak la memutuskan urat otot gastrocnemius dan soleus aku.tambah dengan anak buah aku yang boleh buat scene berguling atas lantai mall macam cerita tamil malam semalam. nasib aku ni makcik yang boleh diharap. senang hati aku kejar budak tu daripada hanyut dalam berguling ala hindustan dekat lantai tengah-tengah mall yang penuh manusia tu. ikut hati mahu saja bagi tangan sama pukul bontot dia bertubi-tubi,, nasib hati suci aku ni tangkas menepis rasukan syaiton nirojim,sifat-sifat sahsiah dan kasih sayang yang sudah lama dipupuk sejak kecil itu masih setia tersemai dalam benak dada .


balik rumah beronline sekejap. datang si kakak yang memang sejak dari aku lahir pantang melihat aku bahagia sikit. 'tolong log in fesbuk akak kejap," selamba dia berkata tanpa memikirkan kesabaran aku menungu connection internet tak connec-connec dari tadi. dia bukan tak tahu line sini macam haram punya siput. ulat beluncas pun lagi jalan laju lah aku rasa. "password", pinta aku malas usai internet akhirnya berjaya di connec kan juga. si kakak buat tak dengar, atau memng tak dengar barangkali. mata bundarnya fokus menala ke kaca telibisen yang sedang rancak terpapar cerita hiburan Melodi. ah. perempuan. memang dasar kaki gossip dan cerita -cerita panas. aku bermonolog dalaman tanpa sedar akan jantina diri sendri. hati dah suam-suam panas. volume suara dinaik kan kepada tiga bar. 'hoi. password!' tone suara digarangkan. tersentap si kakak seketika. tak pernah si adik yang selama ini mengekal kan sifat-sifat lemah lembut dan baik hati sejak dari kecil itu menjadi garang tidak semena-mena.
" err. puding." jawab si kakak ringkas. "hah?" aku bertanya lagi. telinga dipasang kan sedekat mungkin. " puding". kali ini jelas. telinga aku berjaya menangkap ayat 'puding' itu.aku lantas berdekah dengan volume 10 tahap tak ingat. apa cerita puding dibuat password fb. aku berdekah lagi. "kenapa kau gelak, samdol? " kali ini si kakak pula buat suara tone digarangkan. bengang mungkin. " kelakar. password kau." aku berdekah lagi. kali ini hampir terguling. si kakak panas hati, lantas berkata tenang, "ala, kira okey lah dari password laki aku,". aku berhenti berdekah. " apa?" tanyaku laju. teruja. "ROTICANAI " jawab si kakak. sebelum sambung melihat wahid senario mencarut entah apa di kaca telibisen





P/S : happy tree LOL family :)

Monday, December 06, 2010

the beginning.


i have through many tough times and days lately.

and everytimes of the day always keep remain me about everything that we had done at the past.

all the careless and mistakes.

all the unresponsibles and ungrating.

everyday seems like a few years.

always waiting the ending of the day will come.

the ending with full of smiles and joy.

enough said.


i just need HIM and THEM.

fullstop.
P/S :straight forward for the new chapter of life. take care, garnier <3



Sunday, October 24, 2010

KAU


kau fikir aku suka sgt ke kat kau ha?
kau fikir aku mcm nak ternanti2 sangat la kau dtg terhegeh2 kat aku?
kau fikir macam aku nak bentang karpet merah nak sambut kau datang?
cehh. malam sikit.


sebab kau la aku tak dapat nak beronline selalu.
pasal kau la aku tak dapat berHAHA mcm org gila kena sawan ayam bila jumpa member2,
pasal kau jugak berdengung telinga aku dgr ceramah yang entah merepek apa tu,
pasal kau lagi aku tak sempat nak kecoh2 dapat makan kenny roggers setahun sekali tu time besdey aku hari tu kat blog ni,
pasal kau,haru hare lintang pukang ribut taufan hidup aku sekrg ni,
pasal kau, aku hilang sumber kegembiraan yang selame ini aku kecapi dengan penuh nikmat dan takzim sekali dulu tau tak?tau takkkk!
ohh. syahdu betul bila kenang-kenang kan balik.


dah la.takpe. kali ni je. tengok la. kali ni je aku layan kau bagai binatang eh menatang minyak yang penuh.aku sambut kau mcm sambut hari raya dengan fireworks melatap letup sane sini.apa? tak cukup? ciss. aku dah bagi masa aku yang sepatutnya aku buat layan mimpi siang dan malam hari tu, kira tak bersyukur lagi ke??dah habis ekslusif dah aku layan kau ni. lepas ni sori bai, wa taknak layan lu lagi. cukup lah sekali.cukup lah sekali hatiku kau sakiti. tidak mungkin ku berpaling padamu lagi SPM!

oishh.byk betul pengorbanan aku utk kau ni.so, nti keluar jgn susahkan aku. cubala belajar hargai sket. heh.





p/s : aku agak paisey budak science stream merdeka awal. kenape last paper kena paper aku? kenape? kenapeeeeeeee! -,-


Sunday, September 12, 2010

Perayaan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

(err.aku rase mcm batin tu tak payah kot.)

aku nak cerita raya banyak pun macam pulak ade org minat nak baca kan?kan? sebab raye aku biase2 je..takde la nak kacau dodol anyam ketupat masuk hutan cari buluh lemang kejar ayam nak buat lauk raya baling mercun masuk rumah lepastu lari jauh-jauh segala bagai semua macam raye korang kan.so diringkaskan cerita raya aku same je macam taun2 lepas.korang godek la post aku yg lepas2, kisahnye lebih kurang same je lah dgn cerita tahun ni.karang aku copy paste je kan ha,ade yang ckp aku pemalas nauzubillah pulak taknak buat entri baru.


cuma tahun ni aku agak malas lah nk beraya sakan join beraya sangat beronggeng kesana ke mari dngn muka harapan dapat duit raye walhal mmg haram pun tak kan dapat lagi dah sekarang. collection duit raye tahun ni memang lah kurang sebab ramai dah kate muke aku macam muka orang dah berkerjaya dgn duit gaji ribu-ribuan yang tak perlu dibagi duit raya atau muka akak2 yang dah ada anak dua tiga mahupun empat.memang la. memang la.
dah muka aku ala meycet cmni xkan la duit raye aku pon takde woi..iskk.


dah la..merajok la cmni.takpela..takpela..bai.


p/s: entri paling gedik penah aku post.*kacing

Saturday, April 24, 2010

Duit



budak2 zaman sekarang memang demand.pagi tadi masa aku beratur beli makanan dekat kantin,ada dengar sorang budak entah form berapa dok mencarut2 sambil tangan sibuk kira2 duit dekat tangan. budak itu merungut dekat member suku sakat dia yg bapak dia cuma bagi rm 3.00 tiap ari utk melantak.dah dibagi duit saku kira untung.aku dari sekolah tadika perpaduan sampai sekolah menengah kebangsaan tak pernah dibagi duit saku lebih rm 2.00, badan tetap menten taff mcm ni apa cerita?xberadap punya anak.

aku ingat lagi,masa aku darjah satu,aku selalu iri hati dengan kakak aku yang darjah enam sebab bapak aku bagi dia seringgit tiap ari utk belanja,tapi aku cuma dapat 70 sen buat belanja. Bapak bukan pilih kasih,tapi budak kecik nak beli apa sangat, kau bukan reti kira2.,itu ayat bapak kalau aku tnya kenapa aku dibagi duit kurang 30 sen dari kakak aku yg darjah enam. bapak tau x dengan kurang 30 sen tu aku telah dieksen kan oleh kwn sekelas aku yg bangga dapat beli pemadam getah gambar doremon dekat koperasi mase tu?

masa darjah satu,aku cuma makan nasi lemak kosong tanpa telur.nasi lemak kosong murah,cuma tiga puluh sen.kalau tambah telur dengan kacang tanah 2 biji,harga naik jadi 50 sen.gila apa tambah telur seciput dengan tambah kacang tanah 2 biji naik 20sen? cekik darah punya makcik kantin.tapi,nak jimat punya pasal,aku rembat kakak darjah enam aku punya telur lepastu makan laju2.gila apa nak makan lambat2 sampai dia perasan telur dia dah dikebas orang.tak sistematik tu namanya.

naik darjah lima,bapak aku dah bagi aku duit seringgit utk belanja.tapi sia-sia,aku masih kena lagi berjimat,sebab nasi lemak tambah telur dah naik tujuh puluh sen.mak aku pesan,jangan salahkan ibu mengandung.bapak pesan pulak,jangan salahkan ayam bertelur.

Sunday, April 11, 2010

budak april



semlm aku,bo,yan,tika dan 2,3 org budak2 lain smbut besdei aji,si budak-kecik-kaki-dota dan besdey parin,si budak gebu lagi subur merangkap kwn baik aku.
acara bmula pukul 4.3optg lepas kelas tambhan sains yang dari awal tahun smpai skrg asyik belajar bab elektrolisis memanjang. jgn ckp2 pasal enod dan ketod depan aku.dah muak gila.
bo,macam biasa sponsor kek blueberry utk acara petg tu diikuti air root beer yang telah disponsori oleh cik puan muda empunya blog ni.parin pun turut memperhabiskan duit biasiswanya utk beli jajan2 ringan utk upacara petg itu.manakala yg lainnya dengan senang hati telah mensponsor sampah sarap dan beberapa karung plastik tepung yang dirembat dari rumah masing2.

aji n parin teros potong kek bila bo dah surrender ketik lighter nak nyalakan api dekat lilin yang malu2 nak hidup tu.kemudian acara makan2,gelak2 dan kemuncaknya.acara simbah2 tepung kepada tuan punya penyambut besdei ari tu.mula2 attack aji dulu.tapi xkena sebab dia dah duduk 2 kilometer dari tempat kitorang awal2.ciskek budak ni.dah lari awal2. yan pergi kejar aji smpai keliling 1 taman.aku dgr aji dah serik kena baling dengan telor+tepung kat sekolah pagi tu.sampai dia tpakse rembat one drop perfume mak dia sebab bau telor kat uniform skolah dia xhilang2.nasib ko la aji petg kena kejar dengan tepung pulak.

parin?disebabkan kegebuan bdn die,memg dah xlarat la nak lari pecut.redha je la dgn siraman tepung dari budak2 tu.bju dia yang kaler hitam dah jadi kelabu sebab penuh dgn tepung cap sauh.aku jadi tukang gelak habis- habisan.akibatnye bila kepala dah penuh niat2 jahat nak kenakan org,xsempat pun nak snap2 gambar.haiyaaa.
balik tu parin dah awal2 ckp kat aku,

'tggu turn kau pulak!"

ok.no komen.selamat hari jadi semua.



(penuh kesopanan dan kesusilaan parin n aji memtong kek.ceh.)

p/s:to my dearest kak long,heppy becoming birthday!=)-22 apr 1982

Saturday, March 27, 2010

rasa



>>situasi 1


pagi tadi aku bangun agak lambat sedikit utk ke kelas tambahan.sudah la semalam keletihan dengan aktiviti kemas rumah dan acara kejar mengejar dengan kucing pemalu bapak yang tak beradab asyik nak masuk rumah orang tanpa salam.kena pulak bngun awal pagi utk kelas tambahan smpai tengahari.

aku galas beg,pakai kasut,sama pegang buku dekat tangan kiri sebab tangan kanan masih pegang biskut cismore 2keping yang abang aku belikan untuk bini dia.tiba2 ada makcik mane entah tegur aku dengan wajah yang xbersalah,

"nak pergi kelas ke??"

korang rase dengan beg,kasut n buku dekat tangan tu ade rupa aku mcm nak pergi kedai beli coki2 ke?


>>situasi 2

aku tengah berkerut sendirian dekat dalam kedai runcit apek taman atas.penuh konsentrasi aku cuba berfikir utk mengingat pesanan emak aku yang suruh beli sos tiram ke atau sos cili. tiba2 ada member aku sapa dengan penuh beradab dan tatakesusilaan,

"hoi,jeno!nak beli barang ke?"

korang rase dekat dalam kedai runcit apek taman atas tu ade buat kelas tuisyen ke sampai soalan tu terkeluar dari mulut dia?

>>situasi 3

hari ni aku bangun awal pergi sekolah.7.05 pagi dah menapak pergi sekolah..gila gempak aku datang sekolah awal kan?kan?itulah paling awl dalam sejarah pergi sekolah aku kot.aku lalu jalan short cut menghala ke sekolah dengan lalu sebelah rumah pakcik baik hati ni yang kebetulan terserempak sebelum tegur aku dengan nada peramah.,,

"nak pergi sekolah ke?"


korang rase dengan pakai uniform sekolah cmtu..perlu ke aku jawab soalan tu?

P/s:terima kasih saya ucapkan atas pertanyaan2 bernas anda






Sunday, February 21, 2010

wayang


hari ni kali pertama aku masuk ke panggung wayang untuk tahun 2010.
silakan kata aku ni duduk di tengah hutan amazon tempat burung wakwak berterbangan.
atau di tengah laut china selatan dimana kuda laut bebas belari2.
like i care.
aku geram gila dengan mamat yang duduk port blakang kerusi aku.
apa dia pikir aku beli tiket wayang mahal2 nak dengar cerita ulang tayang dia?
dah tengok tu diam2 suda.
nasib baik aku tak pakai heels tadi,
kalau x dah selamat bucu heels tu tersangkut kat lobang hidong kau.
cerita yang aku tonton boleh tahan juga sengalnya.
harap saja pelakon utamanya menang award anugerah bintang popular
dengan raja lawak terkenal,
filemnya sadis ya amat kalah cerita kuch kuch ho ta hai scene part kajol pasrah shah rukh khan kena kawen dengan rani murkejee.
keluar wayang ana mencarut tak tentu hala,
aja menyumpah2 dalam hati sebab terpedaya dgn ana msa nak beli tiket wayang cerita ni,
pain hanya senyap2 saja walhal macam aku tak tahu dalam hati dia ada khianat juga dekat ending cerita ni,
aku??mcm nak mintak balik je duit beli tiket kat ahkak kuanter tadi.
boleh x kak??
sumpah,aku memg dah xminat dia lagi lepas ni.
aku lagi suka Manbelon sekarang.
bahagia je dengan belon2 dia.
siapa punyee??...

ManBelon punyeee..;))


Saturday, January 02, 2010

tengkiyu

ehem.
ehem ehem
ehem lagi sekali,
ok last,ehemmmm.(itu mukadimah jela,bukan demam H1N1 gelombang kedua.)
aku buka blog hari ini,membalas komen2 yang sekarang ini memang rajin muncul.kalau dulu malu2 nak muncul.ok,bukan malu,tapi haram xada.terkuzat juga bila lihat di sudut pengikut. dah cukup sepuluh.oh sebenarnya sembilan saja.sebab yang satu itu aku TER'follow' blog aku sendiri.bagus tak perangai aku kawan2??

tak ada apa yang aku boleh bagi kepada pengikut2 blog ini,cuma penulisan aku saja yang aku harap dapat meringankan isi kepala korang yang aku tahu,jika di metaforakan,atau dihiperbolakan, bagai lori bajak angkat simen 50 tan dengan sport rim tayar 20 kilogram.
atau,rasa seperti ada gajah hutan yang menghidap obesiti kerana terlalu kuat makan buah-buahan tempatan tengah duduk dalam kepala.atau juga dengan bahasa halusnya,kepala yang sudah tepu dengan kerja2 rutin yang tak pernah nak mintak izin untuk bercuti.
apapun,kepada pengikut dan pembaca setia,walaupun aku masih mencari2 dimana kebaikan atau bak kata omputeh benefit mengfollow blog huha ini,sejuta penghargaan dan terima kasih kerana menjadi sebahagian dripada ahli blog ini yang dah mula menunjukkan kemajuan ala2 misi sekolah aku,"SEKOLAH MAJU 2010" yang setelah ditransfomasikan menjadi,,
"BLOG MAJU 2010".iAllah.

doakan saja aku ada byk masa nanti utk terus mengupdate blog ini.maklumlah,tahun ini aku akan pergi berperang menyelamatkan CIK Masa Depan yang xboleh nak selamatkan diri dia kalau x aku yang bermati-matian selamat kan dia.mengada betul.

P/S:ada pantun utk korang:terima kasih banyak-banyak.banyak-banyak terima kasih.sekian.
(kan aku dah ckp aku xpernah nak cemerlang kalau nak masuk bab sastera2 bagai nih!)

Saturday, December 05, 2009

hoihoiyahoii

aku terasa nak update blog.
tapi xtahu nak update apa.
cuma nak ckp,aku sihat2 saja.
ok,cukup.
sekian utk n3 kali ini.
harap anda terhibur.
jumpa lagi.
babai.
HAHA.

(*kadangkala aku rasa seronok jadi gila)

Saturday, November 21, 2009

special dedicated to all friends,,

HAVE you ever wondered which hurt the most??
saying something and wishing you hadn't?
or saying nothing and wishing you had??
i guess the most important things are the hardest things to say.Don't be afraid to TELL someone you love them.If you do,they might break your heart..
if you don't,YOU might break theirs.

Have you ever decided not to be become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person??
Your heart decides whom it likes and whom it doesn't.
You CANT tell your heart what to do.Its does it on its own...when you least suspect it,or even when you don't want it to.
Have you ever wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you??
too many of us stay WALLED UP because we are too afraid to care too much..for fear that the other person does not care as much,or even at all.
Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection wass too hard to handle??
We tell lies when we are afraid....afraid of what we dont know,afraid of what others will think,
afraid of what will be found out about us.
But every time we tell a lie,the thing we fear GROWS stronger.
Life is all about RISK and it REQUIRES you to jump..
Don't be a person who has to look back and wonder what they WOULD have done,or COULD have had.
*What would you do if every time you fell in love you HAD to say goodbye??
*What would you do if every time you wanted someone they would never be there??
*What would you do if your bestfriend died tomorrow and you NEVER GOT to tell them how your felt??(even if YOU DONT CARE ANYMORE)
*What would you do if you LOVED someone more than ever and you couldn't have them??
*What would you do if you NEVER got the chance TO SAY I am friends with all of my family and they know I love them??
*people live,people die.I want to tell you that you are a friend.

If you died tomorrow(God Forbid)
YOU WILL BE IN MY HEART.WOULD I BE IN YOURS??
IF YOU care about me as much as I care about you,you will know what this things meaning about..
We might be BEST FRIENDS one year,pretty good friends the next year,dont talk that often the next,and DONT WANT TO TALK at all the year after that..
So,I just wanted to say,even if I never talk to you again in my life,
YOU ARE SPECIAL TO ME and you have made a difference in my life.

I look up to you,respect you,truly cherish you,most off all I care about friends.
Forward this to all your friends,no matter HOW OFTEN you talk,or HOW CLOSE you are,
and forward it back to the person who forward it to you.
LET OLD FRIENDS know you haven't forgotten them,and tell new friends you NEVER WILL.
Remember,everyone needs a friend someday.You might feel like you have NO FRIENDS at all,
just remember this words and take comfort in knowing somebody out there CARES ABOUT YOU AND ALWAYS WILL..
I care about YOU!!