Showing posts with label cherita sekolah. Show all posts
Showing posts with label cherita sekolah. Show all posts

Monday, January 03, 2011

school







pasukan harimau garang.
Lima Bestari.
kiki






tadika-aku dah lupe la gile. tengok je gambar budak lepas konvo kat tepi tu. kihkih




darjah satu hingga enam- masih riang dengan permainan cop tiang dan konda kondi di waktu rehat. kadangkala bergaduh berebut baris di kantin sampai baju sekolah rasa mcm warna longkang bila waktu balik.oh ya, masih riak takbur dalam hati sebab dapat susu free dari sekolah tiap minggu.






tingkatan satu- muka suci dan bebas jerawat sebab baru masuk sekolah baru. atau eksaited barang kali fes time berganjak ke alam remaja. baju semua nak bergosok, nanti apa kate pakwe sekelas tengok awek cun-cun tapi baju slekeh tak bergosok. kurang market pule nanti. kasut pun dah demand tak nak lekat-lekat atau clip-on. aku dah tiga belas la wei. ape barang kasut budak tadika macam tu?kat sekolah baru ni kene tunjuk feel budak remaje sikit dengan pakai kasut bertali kan. paling kurang ada juge alasan ikat tali kasut kalau kantoi datang lewat masuk sekolah.




tingkatan dua- mula menggatal. siapa tahan kalau tiap hari kena cup-cup dengan pkwe kat kelas ye tak? mula berbalas-balas surat cintan lengkap dengan bedak carrie junior. geng semeja dengan rasmi jadi pengepost surat tak bertauliah. mula berjinak diri sebagai pemawas sekolah. sangat aktif dalam nyanyian nasyid walaupun suara boleh buat orang mati atau koma seta merta.





tingkatan tiga- mula serius terhadap pelajaran. nak periksa PMR lah gile. belajo betol-betol la kan. tak masuk ape-ape pertandingan sekolah sebab kecewa tak pernah menang. last menang masa pertandingan mewarna bulan merdeka. itu pun saguhati ganti pemenang yang asal MC mencret tak henti dua hari.





tingkatan empat- kecewa sebab ayah tak bagi belajar sekolah teknik berasrama dekat JB.tahun honeymoon yang paling hepening sebab byk main. kerap seludup makanan utk di cekik dekat blok E.menghuni kelas paling femes sebab selalu disebut tuan pngetua time assembly kelas terbising setiap bulan.mula menjadi troublemaker sekolah bersama geng seangkatan.




tingkatan lima- insaf sedikit kedajalan sebab nak ber-SPM. spm woi. penting tu.mula memupuk sifat kental dan rajin sedaya upaya utk datang kelas tambahan pada waktu cuti. mula memandang serius ke arah kehidupan. mula rajin menyelak buku tebal-tebal. mula belajar tidur sharp spuluh malam lengkap dengan masker timun di muka. mula bermaaf-maaffan dekat semua orang sebab nak periksa. mula nak rasa sedih tacing2 sebab nak tinggal sekolah. apesal semua baru mula plak ni.




sekarang-duduk termenung teringat zaman sekolah. baru mula rindu-rindu cikgu. rindu pkwe-pakwe kelas. rindu cubit-cbit peha geng semeja. rindu semua nya pasal sekolah.haih.






bajet rajen nak mampos minah ni.
*wehh tengah jwb add math tu. stress tau x gilee!






p/s : selamat kembali ke sekolah semua. kirim salam pengetua sama pakcik tukan kebun sekolah ekau yo :)





Friday, December 31, 2010

reunion








apa anda buat bila jumpa balik kawan yang lima tahun tak nampak muka? kumpul ramai-ramai makan satu meja bergelak macam manusia tak pernah jumpa pizza? dan bila jumpa balik geng sehingus yang dulu muka mintak disepak, sekarang matured nak mampus dah rupa emak plus bapak orang? yang dulu tak pandai cakap kotor-kotor sebab emak marah ,sekarang babi, bodoh pantat bangang semua keluar? yang dulu juga stended rambut sikat tepi sama gel rambul segengam menempel di ats kepala yang dari jauh dah nampak berkilat tapi sekarang rambut pacak-pacak dengan yang serabai tak bersikat macam penagih pun ada? seluar yang dulu dipakai wajib bersama belt atas perut dan wajib di iron sebab emak marah kalau baju renyuk-renyuk sekarang dah maju cume ber shorties menampakkkan bulu betis yang lebat dan mengancam. haish. detail sangat aku bagi perbezaan dulu dengan sekarang ye tak. budak-budak sekarang..,cepat membesar, cepat berubah ye tak? terima kasih lah dekat budak kecik yang lancar menaip mengomen gambar yang kata aku macam emak orang dekat fesbuk. sumpah terharu doe. -.-


oh ya. mari kita berkenalan dengan kawan lama aku. mereka-mereka ini adalah kawan sekelas aku dari darjah satu hingga darjah enam. sekarang dah habis form five kira dah lima tahun baru jumpa balik.nampak tak muka aku yang paling ke-emak-emakan di situ?omk!








ini yang perempuan. xsemua yang dapat hadir, tapi takpe. cukuplah ni buat jadi ahli gossip tingkap baru.






dari kiri : emak orang, luqman, shera, sharina, emy, fatin dan hazlin :)









yang muka cover pemalu mintak disepak itu makcik Rahimah, yang mata macam ahli sihir *oh tak, aku jeles sbenarnye tak dapat pakai lens! waa* tu dia cik Habsah.






muka tahan berak ini anep. sekulmate merangkap jiran aku juge. satu sekolah juga engan aku smpai sekarang. haih. takde muke lain ke asik muke kau je yang aku tengok. bosan tau x?! haha







ini pulak si ulat choi choi Hakem. kenapa aku panggil dia Ulat? sebab bawah hidung dia ada parut yang macam ulat bekas eksiden dulu.haha. merangkap jiran sebaris rumah dengan aku juga.






yang duduk sopan nauzubillah ni, Akmal Adib. anak kepada pakcik terkenal di pekan tempat aku tinggal. satu-satu nya clasmate yang berjaya sampai ke Sekolah Alam Shah yang femes agios tu. oh ya, class mate yang paling aku engat sebab budak ni dulu suka buli aku. biaselah, dulu cuma ada nafsu kecil nak usik gadis comel membuak dalam benak hati.






ini pula emak orang bersama nenek orang. ya, kami kawan baik semenjak emak kami menge-push kan kami keluar ke dunia dulu. hebat kan? *oke.tipu.







abaikan nenek orang di belakang tu. budak lelaki ini Luqman. anak kepada doktor yang tekenal juga di pekan Yong Peng tu. bekas pelajar MRSM TGB, Jasin ,Melaka. mungkin bakal bergelar doktor juga nanti barangkali. kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi ye tak?






ini makcik Iqlima dengan makcik Rahimah senget. haha.






yang baju kotak-kotak tu orang kuat pada hari itu. anep dengan si organizer, BABY AFIF . gebu kan dia ? macam baby. kehkeh





emak orang , shera, emy dan hazlin.





ini Shahddam. classmte yang paling sukses dalam sukan. sekarang mewakili Malaysia dalam bola sepak bawah 18 tahun. apsal aku tak ngurat dia dulu? apsal? apsallllll???!





fatin aqilah dan sharina husna.





apesal ade gambar budak ni lagi ni. choi.




bila emak dan bapak orang berjumpa.





ini muizzudin. merangkap jiran aku juga. bekas pelajar MRSM Gemencheh. mase skolah rendah dulu dia yang paling tinggi macam galah. sekarang pun makin tinggi dan lagi hensem. aww.aww.





the boys.





ini izzudin. atau lebih mesra disapa Cintot. mungkin faktor tubuh dia yang kementot plus muka ala-ala konon baby face menyebabkan mandat gelaran itu dikurniakan kepade beliau. nampak tu, berspec pink lagi. haish. geram aku! kikiki





si ulat, rahimi hidung besar, si organizer yang berpeluh duit bil tak cukup, dan gadis hitam mnis, Asyikin.



oke dah. tu je pic yang sempat aku rembat dari fesbuk orang.





reunion kali ni nampak ringkas mungkin. tapi mungkin bermakna buat kami. dan mungkin juga sebagai tanda bersahabatan kami takkan pernah putus sampai bila-bila. dan mungkin juga satu hari nanti kami takkan bersua lagi. mana lah tahu kan? semoga kalian semua sihat-sihat selalu. dan berjaya dalam kehidupan masing-masing. nanti mana yang dah femes, jangan lupa selitkan nama aku bila berucap depan orang ramai ye. take care, garnier :)




p/s : last entri tahun 2010 :)

Thursday, July 29, 2010

keseriusan

(mata aku sekarang dah jdi mcm ni.tapi comel lagi dari dia ni)


sekarang ni aku rasa manusia sedang mula memandang serius ke arah kehidupan.member ajak ponteng kelas pun hati dah berbelah tiga puluh nak join ke tak. homwork tak siap sekarang sibuk2 selongkar beg cari pen nak siapkan on the spot. Persatuan Tido Dalam Delas dah semakin kurang jalankan aktiviti harian kelab..visi dan misi yang selama ni berpegang teguh kepada TIDUR ITU SALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN semakin juga di anak tirikan.


bila aku tengok kalendar,nombor bulan dah nak masuk angka 8. member aku yang dulu jenis tak kisah sekrang cuak bukan main. keliru mahu berdebar menghadap paper trial tak lama lagi sama sibuk fikir kasut raya nak heels berapa inci bergebung mesra dalam benak hati mereka.


Geng Mencekik dgn ahli jawatankuasa bekalan makanan juga skrg dah mula slow down . latihan untuk bulan puasa nanti katanya.dalam hati aku sedih juga, sebab sekarang tiap pagi aku dengar keroncong berkumandang sayup-sayup dalam perut. ohh.syahdu sekali rasanya.

tapi aku masih tak boleh terima kalau Kelab Memekak dah berhentikan aktiviti wajib harian.

gila kau,siapa nak tanggungjawab kalau ada org nekad terjun bangunan tingkat empat kelas aku tu bila terlampau rindu dgr suara buluh bentung ni?

p/s: wish me luck, kwn.trial ni kasi aku jadi serupa beruang panda.

Friday, May 07, 2010

rezeki





Petang itu,suasana dalam library sekolah macam haram dia punya sepi.cuma kedengaran bunyi keriak keriuk kipas angin yang aku rasa dah layak dijual dekat apek tokey besi singlet putih.diselangi dengan bunyi pancaragam perut aku yang hebat berdentum lagu Drama King tahap volume 10 punya kuat,tanda protes mintak diisi.aku abaikan keinginan si perut,lantas kembali fokus terhadap pekerjaan aku ketika itu.kefokusan aku makin menjadi bila perasan ada beberapa orang guru lalu lalang sambil jeling2 tengok anak siapa yg duduk di library petg2 yg panas begini.gila kau, pelajar terbaik spm tahun lepas pun tak ada yang mahu lepak library tgah2 waktu kemuncak segala manusia sedang enak berdengkur macam ni. ini kalau mak aku tengok pun,mau dia kata aku dah buang tebiat,.atau paling tidak, dia akan buat pulut kuning tiga hari lima malam berturut2 tanda bersyukur anak dia dah mula memandang serius ke arah kehidupan sekarang.

Bobo,member aku yang mcm anak cina punya muka, masih sibuk dengan rekaan pantun empat kerat untuk pertandingan sekolah.sesekali aku dengar juga dia mencarut sebab konfius nak baca pantun macam baca sajak patriotik, atau mcm baca puisi yang balak jambu dia buat utk dia masa hari valentine tak lama dulu. aku buat2 tak dengar saja,malas mahu bersuara di tengah keadaan lapar begini.

"Bo,jom gerak.karang aku termiss scene brader helmet kuning amek bini dia balik kerja nnti rugi pulak,"aku dah mula tarik beg ke bahu. Bo menurut tanpa byk cakap. tiba-tiba aku terpijak sebatang pen biru entah sapa punya.ink dia masih penuh menandakan pen itu masih baru.siap ada tanda harga seringgit lima puluh sen lagi.aku syak dari kedai apek buncit,sebab dari kedai apek buncit je yg saiz tanda harga dia macam poster pilihan raya punya saiz.aku panggil bobo, "Bo, jumpa pen biru."minah itu memaling laju dan berlari pantas menuju ke arah ku."oh.murah betul rezeki aku hari ni ,"minah itu kemudian tanpa rasa bersalah sumbat pen itu masuk dlm beg kelabu taik kerbau dia.

aku diam saja.sabar.korang fikir sendiri bagaimana orang lapar tahap kebulur tahan rasa sabarnya.pagi tadi terjumpa liquid paper ,aku baru nak annouced pada budak2 kelas sapa yang hilang barang,tengok2 dia dah rembat dulu buat guna padam markah add math dekat slip exam daripada D kepada A+ tahap cemerlang tinggi.dia bilang sama aku,"rezeki jgn ditolak lah kwn," sebelum dengan senang hati tulis nama "BOBO" besar2 pada liquid paper tersebut.bertuah punya member.

sumpah,kalau aku terjumpa pensil picit-picit PILOT memg aku senyap2 je xkasi minah tu tau.asik rezeki ko je bo,x aci betul.


ini ialah gambar bobo yang muka mintak disepak.
ily kawan :D



Tuesday, January 12, 2010

none

semalam pergi sekolah,kondisi kesihatan agak kurang baik,padahal hari itu punya semangat aku pergi sekolah sebab first time pakai kasut hitam dgn kain biru pekat.tggu assembly habis macm haram dia punya lama.biasalah,hari isnin.aku sabar saja smbil menyanyi2 lagu riang dalam hati. lepas 2,3 kali aku keluar masuk toilet yang mcm 20kilometer dia punya jauh,assembly habis,kena jaga line budak2 pulak.haihh,apsal aku rase mcm menyesal terima lamaran cikgu aritu?

aku dgn parin terus balik kelas lepas budak2 f3 dah habis lalu dri kawalan pengawas2 lain yng strict gila punya perangai tu.sempat jugak aku menjeling ke arah seorang mangsa ntah budak form berapa terpinga2 bagi nama kat pengawas pasal kasot dia kotor mcm kluar dari sawah.apa jadah ntah pasal kasot kotor pon kena amik nama??aku geleng kepala.kalau tak kerana kondisi kesihatan aku yang kurang baik hari tu,dah lama aku jadi ala2 roobin hood pergi selamatkan budak tu dari singa betina yng strict gila mengalah kan cikgu disiplin tu.oh,atau roobinah hooda kot kalau nak tukar jadi perempuan.

sampai kelas,kena turun balik pergi science lab.allah.malasnya la aku nak duduk bertapa dalam tu dengan kerusi yang tak ada tempat menyandar .35 minit,masa science habis. kuar dari lab, mcm2 rasa keluar,sakit perut,sakit kepala,sakit belakang.last2,aku tidur je kat dalam bilik rehat.part ni paling aku suka kalau datang time2 sakit kat sekolah.bila tersedar,kepala dah ringan, perut pun dah xmeragam sangat.hajat nak naik pergi kelas,tengok2 dah nak waktu rehat.,nak singgah kantin malu pula dgn tudung gonyok abes angkara tido gaya kuak lentang tadi.akhirnya,aku melangkah naik semula ke kelas dgn muka biru air laut bila tgok cikgu sejarah dah ready tercongok dalm kelas exited nak mengaja.allah.sejarah!!-_-"


malam demam,esoknya sebelum sarapan mak aku dah koling moling dari office dia ajak pergi klinik.dalam kepala dah aim nak mintak surat MC je. sampai2 klinik,MA tu tanya,"awak nak ubat x?",aku dengan buat muka org sakit jawab je la,"suka hati pakcik la,",muka dia mencerut.sebab aku pggil dia pakcik kot,dah tu nak pggil apa?dia bukan doktor pon kalau nak suruh aku ber'doc2' bagai. MA tu tnya lagi, "awak nak surat cuti x?",dah la aku tgah lapar,pakcik ni taknak byk tnya pulak, "dah tu saya datang ni buat apa kalau xnak surat cuti?".boleh dia tnya aku soalan budak pra tadika cmtu?

balik rumah,surat cuti dah awal2 disumbat dlam beg sekolah.sambil makan roti dengan baca surat khabar,dalam hati sempat juga aku berharap badan aku masih panas smpai esok. ubat?ada masa lapang nanti saya makan oke incik MA??



Tuesday, January 05, 2010

hye sekolah!


1st day skola:free dapat ayat sapaan dari kwn2,."hey zainor!tahun ni SPM"
2nd day skola:free dapat ayat perlian dari guru2,"zainor,belajar betul2,tahun ni SPM"

dengan muke kelat,aku menjawab je dengan anggukan+senyuman yg aku tak tau ikhlas ke tidak.dgn baju sekolah tahun lepas tesergam kat badan aku,(sebab bju tahun ni xsiap2,sampai aku kompuis makcik tu buat kurung ke atau kebaya bju skolah aku tu).dalam hati dah mencarut, apsal xde yg wish,"tahun ni UPSR,rilek je suda".isk.

sekarang sibuk sikit.eh bukan sikit,banyak.eh bukan banyak,terlampau banyak. kerja nilam bertambah,folio itu ini,tugas pengawas jenayah dah berjalan dengan dengan lancar, meeting rumah sukan tgah sibuk beroperasi and homwork yang berkajang dah xmalu2 lagi nak muncul dah.boboi pesan,"dah jadi senior ni kurang2 kan la 'hal' kau tu", eh.kalau ekot kan nak je aku bakar dewan skolah tu,xpun dengan sekolah2 tu sekali,dapat cuti free,SPM pun nti dapat postpon sikit.*hiperbola.

perhimpunan pagi dimulakan dengan kata2 aluan dari member sekelas,Atikah yang merangkap MC assembly tahun ni.kemudian nyanyian lagu sekolah,bangsa Johor dan patriotik (part yang aku paling suka sebab bole melalak2 sekuat hati), ceramah pengetua, guru bertugas dan apa jadah lainnya yang xdapat otak aku nak mencerna dengan baik dengan kepala yang masih terbayang bantal kabu2 di bilik markas sarang ular aku itu.ada juga segelintir pelajar2 f3 yang baru melangkah ke sesi pagi tahun ini muka masing2 dah masuk fasa macm monyet sembelit xcukup makan pisang dek kepenatan berdiri satu jam masa perhimpunan.yang dah nak pengsan jangan cerita,haila dik, ni bukan fasa duduk bersantai kat perhmpunan time korang tingkatan 1,2 dulu lagi ye.tu yang dah berair mata tahan nguap xbrenti2 lain pulak cerita.kes xbiasa pergi sekolah awal pagi,aku senyum saja melihat karenah adik2 junior aku ni.so,sila minum susu tiap pagi isnin kalau nak berdiri lama mcm ahkak2 senior ni.ceh. minum la pulak aku susu.

kelas masih kekal kat tingkat 4.Amal,member kelas sebelah yg gebu itu senyum saja, sebab dapat ber'eksersais' sikit katanya,padahal tiap kali smpai kelas mcm nak terputus nafas aku tengok dia tercungap2 dengan botol mineral yang dah separuh dibalun awal2.ada juga member2 yang berhijrah sekolah lain,tapi tak ada freshie yang baru pindah.bosan betul asyik tgk muka manusia2 yg sama je tiap tahun.*muke GATALisa alissa*

waktu balik,aku berjalan sendiri dengan muke riak+berlagaK bila terserempak dengan budak2 junior.ehem.pengawas contoh ni,hormat sikit.haha.dekat gajah menenen(laluan gajah menyusu), terserempak pula dengan satu langau dan satu ladybird sedang elok jln berdua yang menaikkan sikit amarah wanita asli aku ni.bloking jalan org blakang dengan bjalan mcm pengantin dah satu hal,awal2 sekolah dah buat drama bersiri mcm ni apa cerita?depan aku pulak tu.sesak dengan perangai junior2 aku yg sungguh 'baik hati' itu,sempat jugak aku tegur sepintas lalu,"nak jalan tu engat org belakang,nak jalan mcm ni tunggu kenduri kawen korang nnti".kira untung aku xkeluar segala hadis dengan ceramah agama bagai kat budak2 tu.muka dorang terus bertukar macam ayam tercekik dedak jagung.apa?bengang dgn aku? malam sikit.

sampai rumah,badan letih,baju basah,salin bju,masuk bilik,tidur.
sekian.


pic dari kelas aku kat tingkat 4,mana tak aku selalu bermimpi2 dalam kelas kalau enviroment luar tingkap sikit punya syahdu?


Saturday, December 26, 2009

S.E.K.O.L.A.H


ok.aku budak sekolah.itu pengakuan pertama dari aku kat n3 ini.aku bgga jadi budak sekolah.korang pun,jgn mahu kelentong aku kalau tak rindu zaman sekolah kan?tapi kenapa aku tak rindu sekolah bila tiba hari2 terakhir musim cuti sekolah ni?kenapa?kenapa?entah.

barang sekolah satu apa pun tak diborong lagi.tudung,baju,kasut jauh sekali.hah.nampak bukan 'semangat' aku nak naik sekolah ni?ohh.cuti sekolah dah habis.dan aku akan naik sekolah dengan bergelar seorang pengawas.sumpah aku tak tipu.sampai sekarang aku masih tak dapat detect apa motif cikgu listkan nama aku dlm list jawatankuasa pengawas tahun depan.aku pula stuju saja bila fikir ini tahun terakhir aku di sekolah itu.gila apa kalau aku taknak cipta sejarah dunia bila bergelar pengawas nanti dengan buat mcm2 jenayah?aku juga fikir,jadi pengawas ada byk kebaikan. antaranya,kasut.pengawas wajib berkasut hitam.jadi kepala aku tahun depan tidak lagi perlu risau akan ke'comotan",ke'kotoran' atau ke'komprohan' kasut aku yang biasanya jika berkasut putih akan jelas kelihatan 'peta2 dunia' yang pelbagai bentuk dan warna.oh ya. bau nya jgn dilupa.mungkin boleh mengakibatkan makcik kantin jatuh koma serta merta.jgnkan makcik kantin,aku sendiri mahu putus nafas bila buka kasut sekolah aku hari2.sungguh. betul kata cikgu aku suatu ketika dulu,"awak memg kreatif!"

(suspek utama:aku dan parin::pengawas jenayah)

antara rakan di Myspace yang majoriti ramai rakan2 persekolahan,banyak juga yang mengeluh,mencarut atau meng'eyekkk' bila topik 'naik sekolah' didebatkan.yelah,bila sudah biasa bangun tidur matahari sudah terang menerang muncul depan mata,gila apa kalau tiba2 upacara itu harus dihentikan dengan sesi bangun tidur sebelum cahaya matahari sikit haram pun xmuncul?? tak kurang juga ada yang terkinja2,teruja dan meng'yahoo' bila topik itu dibicarakan.aku syak, tentu golongan itu tidak tahu memanfaatkan cuti2 sekolah dengan benda2 yang tidak berfaedah.atau barangkali,sudah tidak sabar mahu mencurah kan pelbagai gossip dan cerita panas yang dah bergunung dikumpulkan kepada 'kaki' mereka.

orang kata,bila dah tiba tahun baru kena ada azam tahun baru.bagi aku,bila tiba tahun baru,azam tahun lepas kena dilunaskan dahulu.tapi aku masih juga pasang satu azam baru utk tahun baru walaupun azam tahun lalu haram apa xlunas2.ah.tak payah tnya pun dah boleh agak apa azam baru aku yang bakal jadi pelajar tingkatan lima ini.jujur,seboleh2 nya aku tak mahu or tak hingin or tak nak langsung menaip perkataan membunuh ini.tapi utk pembaca setia,aku gagahkan juga utk menaip perkataan ini walaupun ususku sedikit terganggu menandakan ada makanan yang belum dicerna dgn sempurna.ok,aku bakal jadi mangsa kekejaman SPM tahun depan,kekejaman yang akan memadamkan kebahagiaan aku pada waktu petg dengan aktiviti dengkuran kepada aktiviti meronggeng ke kelas tambahan.jadi,sila beri aku sedikit suntikan semangat utk aku hadapi ceramah dan syarahan berjela2 dari cikgu2 tersayang yang dah dapt aku bygkan dalam tempurung kepala aku sekarang. macamana aku nak rindu sekolah bila awal2 sudah diberitahu jadual kelas tambahan yang penuh setiap petang??

petang tadi,aku menerima satu kiriman sms dari seorang rakan yang sedang bergelut dengan perasaan malasnya utk kembali ke sekolah.aku tak tahu apa motif dia send dekat aku,mungkin mahu menaikkn semangat dia utk ke sekolah agaknya.aku layankan saja::-

Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT, dan bila zaman itu berlalu, nescaya ia tak akan kembali lagi. masa ini jua kita akan membawa haluan masing2, mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah, belajar, bergurau, ke kantin, ke tandas bersama.. Terbukti zaman remaja yang paling sukar dilupakan.Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindukan zaman remaja dan alam persekolahan yang indah.jadi,hargailah zaman tersebut dan kenang lah aku sebagai sahabatmu smpai bila2.

ok.boleh tak kalau aku ckp aku xsabar nak sekolah skrang??
HEY SPM!mintak tolong boleh??nnti kau keluar simple2 and senang2 je sudah la ye!;))


**parin,aku n bo**
-babe,aku dah ada plan nak buli budak junior,tungguuu!!-

Monday, December 21, 2009

i heart you!!;DD



babe,hari ni aku hepi+terharu.sebab korang dtg umah aku just nak hantar buku nilam.wlupun da lewat petg, tapi korang dtg jugak sebab aku ckp urgent nak guna buku tu.gila.korang kwn paling best dlm dunia.

bobo:tengs derma buku nilam kau pade aku..syg kau dgn duet kau smpai kiamat!xD
aja n ana:tengs sebab meriahkan pondok semak aku petg ni..ily!;DD
parin:tengs sebab ko sabar layan kepala aku hari2..muah100x!!
korang semua:aku syg gila babeng kat korang,egt tu dlm kepala.simpan senyap2.jgn heboh2kan.aku malu.haha.


++dari kiri:aja,parin,bobo and ana++
**pic kat pondok semak**
(aku rembat pic ni kat ms kau aja!haha)

Wednesday, October 21, 2009

gud luck!!

kat skula tadi da dpt jadual 4 final exam..
yeah..start rupanya hari selasa,27hb okt,,
tapi first day tu paper bhsa cina.,
so,paper aku start hari rabu,28hb okt 2009..
n akan merdeka utk this f4 year pada 09 nov 09 kang..
hooyeh!!memg nak dekat dah tu..tpi aku ni rilek semcm je ape cer??
haila..syida2..cmner la nk spm nex yer ni pon aku ta tau la..
n ni n3 last aku post kt blog ni b4 hanyut dgn segala jadah buku2 n nota2 yg berkajang2..
bg mereka2 yg kenal akan diriku yg lemah dan kerdil ni,
marilah kita sama2 memanjat kn doa agar semuanya berjalan degn baik dan lancar..
lepas exam kang tros cuti akhir tahun..yipiee..
tapi xtau nk wtpe kt uma lame2 tuh..nak keje??
kalo aku btwu mak,kompom ni yg mak ckp,,



"XPAYAHH!!keje kt uma ni berlambak boleh dibuat.."

hoho..so,baik xpayah tnya la kan..
tapi ade gak aku tnya mak:karang nak holiday kat mana??kl??phg??melaka??

mak da angkat kening tggi..buang tebiat dah anak aku ni..
mak senyum,,"eh..dekat sangat tu..kita pergi jauh sikit..

aku da berbunga2..wah mak aku..bia betik..
mak:kita holiday yong peng jer..,

mati tros senyum aku..
haila mak..bleh x buat lwk tu time2 yg aku tgah xde perasaan??
hm..yongpeng pon yong peng la..best ape..ade econsave tu..batu pahat pon xde tuh semue..
apepon,ni jadual exam yg 2minggu aku nak menghadap kang..


#Rabu,28okt09 -BAHASA MELAYU 1 & 2
#Khamis,29okt09 -ENGLISH 1 & 2
#Jumaat,30okt09 -SEJARAH 1 & 2
#Isnin,02nov9 -PENDIDIKAN ISLAM 1 & 2 (+pend.sivik)
#Selasa,03nov09 -SCIENCE 1 & 2 (+pend.kesihatan)
#Rabu,04nov09 -MATH 1 & 2
#Khamis,05nov09 -ADD MATH 1 & 2
#Jumaat,06nov09 -SAINS SUKAN 1 & 2 (+P.A)
#Isnin,09nov09 -EKONOMI ASAS 1 & 2


wish me luck,guys!! see'ya!!salam...........
(p/s:4 kwn2 blog yg amek exam gak,,aja n anis..may allah bless yu,gud luck!!)

Thursday, October 08, 2009

wakil nilam sekolah???

hah!
terkejot bace kan?
aku pon!!huhu..
tadi kat skola,ramai ckgu xmasok..
budak2 da mule la wat class cm pasar tani,
bo,tga melyn perasaan dgn bku novel cintan cintun die,
parin ngan boke t lak,sebok dok blaja formula dari abg utk settlekn magic box,
hm..xpya la kaco dorg..
so,aku decide drpde xwat pape kat class,
aku wat la riview sejarah,
ade 2,3 soalan yga aku xdpt,.
then,,aku pi la melilau cari member yg tga wat riview sej gak,,
hah!jumpe atikah!! tga dok kusyuk belek2 buku teks sejarah..
aku pon mendekati beliau dan bertanyakn soklan yg aku xdapat,
bincang punye bincang,tibe2 atikah ckp somethng yg sungguh la mengharukan hati,limpa,jantung dan usus aku,..
atikah:jeno,sok ckgu hasyimah soh anta buku nilam kat die aw..die nk tgok..
aku:hoh??apesal kene anta kat die lak??
atikah:die nak tgok..pastu nk rekodkan..ko tgok buku syuhada nih..da habes die rekod,..rajen gile kn?
aku pon membelek buku nilam classmate aku,syuhada..
memg penuh page buku tu die rekod..,
peh..bapak rajen!!impress aku sekejap..
aku:woh..rajennye la die..tapi kan tika,aku baru ade 2 buku nilam je..
mls la nk rekod skg..coz mak aku kate kalo nk bace buku kene ikhlas,,xperlu nk rekod2 yg kite ni bace buku tuh..baru senang nk paham..
atikah dah nk ketawe terguling2..
atikah:haha..byk la ko punye cekadak!!xde2..esok kene anta gak..cikgu dah amanah kn kat aku suh anta kat die..
ah,,suda..aku baru wat brape je,xkan da nk kene anta..taper2...dak2 class aku yg lain pon kompom xwat gak..dorg buknnye rajen sgt pon..bey kurg aku je..
aku:ala..dak2 lain mcm la rajen nk rekod2 menatang nih..next wik je la ko ckp cikgu..
atikah:eh..byk cun muke ko!cikgu nk buku nilam aku,ko,faeizah ngan nabila je..
aku:hoh??apsal lak?tell me why??!
atikah:sebb 4 org tuh la muke2 nk wakil nilam sekolah taon depan..
time tu saraf2 tunjang aku rase mcm krem sejap..
bia betik minah nih??
aku:hah??!ko bia betik tika..putus fius ape ko nih..cikgu syimah tu xrabon lagi nk amek aku jadi wakil nilam..
atikah:(dengan sedikit nada suara yg kegeraman)betol la..aku da anta name kite..so,
da konfom la nex year kene jadi wakil nilam skola..
hoh!!minah ni...!!!sesedap oren pi anta name aku!!
haruu la ko tika!!
aku (dgn sore yg kegeraman balik):ciss..yg ko pi anta name aku sekali sape suh!!!anta la name syuhada nih ha..haishhh..
tika sengih kambing dgn wat riak muke cm org xbsalah..
atikah:hihi..dah ko sorg je aku rase ley ckp byk nnti..ckgu ckp karang nnti ade pelawat dtg skola kite n tnye mcm2 pasal budak2 nilam..in english plak tuh..ko sorang je la harapan aku jeno...
tader2..jgn byk alasan..esok aku tau buku nilam ko ade kat atas meja aku!
dan dan belum sempat aku menjawab balik,cikgu sc da masok class.,
lintang pukang aku balik kat tmpat duduk aku,
dari jao aku tgok tika dengan pandangan penuh kegeraman!!
die bleh senyum balik kat aku tu..
mcm xbersalah je kan..baik sungguh kwn aku sorg ni..
haila..tika2!!kot ye pon aku ni baik ati..xpandai nk mara org,,xpaya la anta name aku pi jadi wakil nilam lak!!haha..
erkk..tapi...
betol ke tidak minah nih??
wakil nilam sekolah 2010??
oh...tidak!!!......
(--")