Sunday, January 23, 2011
cinta
Thursday, January 06, 2011
manusia
Monday, December 13, 2010
Jiwa
p/s : makanya, kalau tidak rajin solat, harus pandai berenang - Laskar Pelangi
Wednesday, December 08, 2010
moral
baru-baru ni aku belajar banyak moral value atau nilai murni dan pengajaran dalam kehidupan. serius wa cakap lu bai, setiap saat aku sekarang banyak dah belajar chapter baru :
...............................................................................................................................................................................................................
situasi 1 : di dalam rumah.
ayah : aiseh men..
aku : kenapa daddy?
ayah: spender yang ayah beli ni xmuat lah.
aku : beli kat mana?
ayah: S***N
aku: mahal ke?
ayah: tiga dua ringgit. nipis nak mampos.
aku: ....( spechless)
moral: jgn fikir benda yang murah itu semuanya berkualiti.
...............................................................................................................................................................................................
situasi 2 : pagi-pagi masa tengah baca paper kosmo.
aku: WAAHHH.
emak: sampuk kenapa kau?
aku : ni tengok ni. lawakan mak? (sambil menunjuk gambar phone nokia C3 yang baru dalam paper)
emak :( angguk. angkat kening.)
aku: mak nak phone ni. nak ni. (sambil buat suara comel. lebih kurang dalam nada merayu)
emak: boleh. guntinglah. tampal kat manilakat. biar senang bawak.
aku: .....
moral : kalau mahu sesuatu tanpa usaha, tiada hasilnya.
.............................................................................................................................................................................................................
situasi 3 : sewaktu bercuti di Riau, Indonesia bersama ayah.
aku: diorang ni jual apa? (sambil melihat penjaja makanan tepi jalan menolak gerai beroda tiga)
ayah : Bakso.
aku : laku ke? (sambil menjeling ragu.)
ayah: entah. mcam tak ada orang beli je.
aku: agaknya berapa je lah diorang ni dapat sehari kan.(sambil merenung simpati)
(*bunyi lagu Wonder Girls berkumandang tiba-tiba. aku dan ayah mencari punca lagu tersebut)
penjual bakso: hello..ya..ya..bisa.dua mangkuk ya. baik.. (henfon BLACKBERRY dimatikan)
aku dan ayah: ......
moral: jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
..................................................................................................................................................................................................
situasi 4 : satu hari lepas balik makan dengan member.
member: aduiiyai.
aku: apahal?
member: kunci dalam tu. (sambil mnunjuk kunci kereta atas sit)
aku: kau ni. macam hal. nasib tingkap ni tbukak sikit. kejap aku try capai.
member : oke. kau try. tangan kau kecik. senang capai.
aku:( setelah bersusah payah) nah. careless lagi, aku lempang sedas.
member: eh. kejap. (sambil bukak pintu kereta)
aku: apahal lagi ni?
member: aku tak lock kereta pun tadi eh rupanya?
aku: .....
moral : check dulu seblum buat sesuatu. lol.
.................................................................................................................................................................................................
situasi 5 : dalam perjalanan ke kedai runcit
akak: eh tengok tu!
aku : apa?
akak: tuu.. kesian dia. mati cmtu je. (sambil mnunjuk kearah seekor kucing yang sedang terlentang)
aku: mati ke?
akak : entah. kejap. (sambil berjalan menghampiri kucing itu dan sergah melulu)
MIAOOWWW!!!
kucing: MIAAOUWWW!! (*mungkin melatah kecil seblum terlompat 2 meter terkejut)
aku: hoi. dia tidor la ngek!
akak: la..ingat mati..
moral : macam takde moral je. -__-".
nampak simple bukan? tapi sebenarnya banyak mengajar kita. bak kata omputih. WE LEARN FROM THE MISTAKES.
p/s : gendang gendut tali kecapi, sudah update barulah senang hati. kuikui.
Monday, November 01, 2010
Bahasa
kadang-kadang aku pelik dengan manusia yang suka ikut gaya barat ni.
rambut karat blondy semacam, dress skirt singkat ala tak cukup kain nak jahit,
bertindik berlobang bertatu sane sini, ada yang lagi kritikal..,
jenis yang asyik nak speaking semedang mcm dah tak reti cakap melayu.
bila cakap melayu pun konon tambah 'S' segala macam dah lama tak sepiking melayu.
aiceh. geligeliman aku nyah.
karang aku sergah dari belakang mau kau melatah sleng kelantan kedah segala.
kecik-kecik kau cakap juga bahasa banjar jawa semua,
kecik-kecik kau telan juga belacan durian cencaluk bagai semua.
sedar lah diri. sedang kan omputih pun bangga diorang boleh cakap melayu,
kenape kita tak bangga dengan adat dan bahasa sendiri?
tak percaya?
"Belacan dan Paku" ialah lakonan dua kawan rapat yang suka bercakap dalam bahasa malaysia.. Kedua-dua wataknya berasal dari USA dan tinggal di Sarawak/Sabah selama setahun lebih.. Belacan & Paku sungguh minat segalanya yang berkaitan dengan Malaysia..
kat bawah ni ada dua lagi video mereka yang boleh kasi lu orang terguling.
ada banyak lagi sebenarnya video diorang ni. lemak ah kau nak aku sumbat dalam ni semua. sila search kat youtube sendiri ye :)
p/s : bahasa jiwa bangsa. (apsal aku patriotik sangat dalm entri ni? adeh.)
Monday, October 25, 2010
sekrifais
kalau lah aku ada kawan yang macam ni..
sengalubikayukeledekpakupakiskankan??
KAHKAH.
moral :ade otak, guna. ada akal, lu pk la sendiri.
p/s : siyesli, aku pun tak terfikir nak gune cara member dia buat tu memule. HAHA. lol
creadit to amazingnara
Wednesday, September 15, 2010
transformasi
tak payah banyak ckp la.bukak je paper hamek kau semedang berita kes2 jenayah menepek depan mata.siap boleh buat pembahagian bab lagi aku rasa. mak aku ckp tu maknanya kiamat memg dah dekat dah tu. dekat simpang mana wallahhualam lah.kau pergi tanya ustazah kat sekolah pun dia suruh kau balik baca buku tanda2 kiamat dekat rumah sendiri.
jadi,aku rasa mungkin aku perlu melakukan transformasi untuk bekalan di masa hadapan.agak skema bunyinya.tapi peduli apa. transformasi kali ini bukan seperti filem transformer itu ye tuan-tuan,bukan juga seperti lagu transkipsi dari siti nurhaliza, jauh sekali daripada kelajuan bas transnasional yang sering kita lihat di kaki-kaki jalan. nampak tak aku punya keteguhan iman yang cukup kuat di situ? kalau tak nampak tak apa, sebab aku memang tak suka kecoh2 bila sedang buat kebaikan. ohh. hiba pula rasanya.
bila tengok manusia yang sekarang dah macam tak berperangai manusia, sedih jugak. sedih la.kau tahu tak ape tu sedih?bunuh orang mcm bunuh semut tepi jalan kampung parit awang je, sembelih orang macam sembelih ayam belanda je gayanya. yang buang anak tu dah satu hal, kau dah seronok-seronok lepastu bila dah tau terpreknen and beranak ,ewahh, macam sampah tulang ayam KFC je kau cmpak mcm tu je kat tong sampah eh! huish. marah ni marah ni.
nasib baik sekarang masih bulan raya. kang aku terbebel banyak kang buat rugi aku je amalan berguni2 yang buat mase bulan puasa dulu.buat penat je aku menghayati kata ustazah Bakyah sampai terbawak2 mimpi, ANDA BUAT ANDA DAPAT tu..boleh buat gaduh betullah kalau cakap pasal bab-bab ni.
cuma aku harap transformasi yang aku berikan selepas ini akan beri seribu ketenangan dan kejayaan kepada aku. harap- harap lah. semua orang mesti ada buat salah. kita bukan malaikat.
bak kata teacher india aku, nobody perfect lah kawan :)

Friday, February 19, 2010
Laskar Pelangi Film

Wednesday, January 13, 2010

.jpg)
Friday, January 08, 2010
kawan
- jangan mudah mempercayai seseorang walaupun serapat mana pun hubungn kita dengannya.
- harus bijak memilih rakan.
- berhati2 dengan talam dua muka manusia.
Wednesday, December 30, 2009
renungan

Monday, December 28, 2009
TAKZIAH


IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.
Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.
Mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang, Selangor; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, serta Mohd. Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya, Sharifah Hasanah, 15, (Sungai Petani, Kedah).
Turut maut, Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jasmi Noordin, 25, Kangar, Perlis; Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar.
Penumpang yang parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah Md. Razip Fadzir, 38, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah, cedera ringan.
Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Wan Ishak berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala kedua-dua mereka yang cedera menerima rawatan di hospital sama.
“Mereka yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang di tingkat bawah bas. Penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, bas ekspres yang membawa seramai 48 penumpang itu bertolak dari Klang menuju ke Kangar pada pukul 9 malam tadi.
Malangnya, ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dikatakan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.
Keadaan bertambah buruk apabila bas itu kemudian melantun dan merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti.
Menurut Wan Abdullah, siasatan awal mendapati, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan kepada penumpang-penumpang berkenaan.
Sehubungan itu katanya, pemandu bas ketika kemalangan tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu tersebut dikatakan berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah bagi membolehkan penumpang ke tandas sebelum menyambung semula perjalanan seterusnya.
Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa, pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum berlaku kemalangan.
“Bas dipandu dalam keadaan tidak stabil, terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian,” dakwanya.
Dia yang duduk di bahagian depan tingkat atas bas ketika kemalangan tersebut berlaku berkata, keadaan penumpang ketika itu kelam-kabut dan dalam ketakutan.
(petikan dari utusan malaysia)
catatan dari saya:
layak kah mereka terkorban hanya kerana kecuaian seorang pemandu yang mengantuk?
TAKZIAH kepada keluarga mangsa nahas ini.sesungguhnya ajal maut itu di tangan tuhan, jika sampai masanya,tiada sesiapa dapat melewatkannya mahupun mencepatkannya.Innalilah.
"Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hamba-Nya;dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan). sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).Kemudian mereka (yang mengambil nyawa itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka Yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). ketahuilah, bagi Allah jualah ia berkuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dialah secepat-cepatnya Pengira-Penghitung". (Al-An'am 6:61-62)
Saturday, December 19, 2009
konklusi
Friday, December 04, 2009
cerita dongeng atau cerita yg didongengkan?
ya,cerita merapu.cerita dongeng indonesia yg aku rasa cukup merapu lagi membongokkan org yg menonton.tidak percaya?anda tonton sendiri di tb3 setiap petang lebih kurang dalam pukul 3petg.kisah kelinci dgn kantong ajaib,kisah peri biru yg kejam,
kisah anak ajaib bertuah,kisah sannu gunung jati,kisah kuda yg baik hati dan apejadah yg lainnya.
sumpah aku baru dgar ada cerita dongeng sebegitu byk.sudah lah byk,cerita nya nak best pula.setiap cerita wajib ada haiwan yg bercakap2.tak kira la haiwan tu lembu ke,kucing ke,tikus ke,malahan semut api pun turut boleh bercakap.sudah la boleh bercakap,suaranya byk yg tidak kena pula.misalnya sang lembu bersuara kecil dan halus kerana dialih suara oleh perempuan,manakala sang tikus bersuara garau dan besar pula.apa tak menjerit yusof haslam kalau dia menonton cerita itu disiarkan di kaca telibesen rumah dia??aku jamin dia lagi suka main batu seremban dengan bininya drpada dia bukak tb3 tiap petang.itu tidak termasuk lagi akan watak jin yg pelbagai warna.boleh dikatakan cukup kuota warna bendera.ada biru,merah,hijau yang setiap satu nya kerjanya asyik makan orang sahaja.yang dimakan orang yang baik2 saja,si tuannya yg jahat xmahu dimakan pula.kalau aku jadi jin itu bukan dengan tuan nya sekali aku makan,dengan direktor cerita dongeng itu pun aku telan sekali.aku jadi makin tak faham.sama ada direktor cerita itu yg tidak sekolah atau aku yg kurang ilmu dalam hal penerbitan cerita dongeng.??
tak apa,cerita merapu itu tetap jua aku tonton dgn gjek tiap petang..bukan aku nak tgok sgt sebenarnya.tapi kakak aku yg sorg itu yg sudah terkena sumpahan sihir kekal jin hijau yg marah aku kalau tukar channel lain.
p/s:baru habiskan baca buku KETIKA CINTA BERTASBIH. masyuk!!boleh x tb3 tukar cerita dongeng tu dgn sinetron KCB??)
Friday, October 16, 2009
budak2 sekarang..
Thursday, October 08, 2009
renungan utk wanita2 islam..
tapi flyers ni betul2 menarik perhatian aku,,bila aku bace,,bukan je aku teringt balik kesilapn2 aku,tapi aku terfikir tentang kwn2 aku,
'Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang haram),dan memelihara kehormatan mereka;dan hendaklah
menutupkan kain tudung ke dadanya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya'
-SURAH ANNUR-AYAT 31-
BERTUDUNG TETAPI BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT:
sesunguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang,(menggoda,nipis,ketat,seksi yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderung kan orang lain kepda perbuatan maksiat,),rambut mereka laksana goh2 unta (didedahkan dan dibanggakan).seseungguhnya, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya..-HADIS SAHIH RIWAYAT BUKHARI DANMUSLIM-
~kaum wanita juga perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya (berpakaian yang sendat,jeans yg ketat di punggung,terdedah rambutnya,dll),setiap lelaki yg melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang.Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu,tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yg memandangnya.bayangkanlah betapa banyaknya dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari.Ia berdasarkan sabda Nabi SAW yang ertinya:
"Sesiapa yang melopori sesuatu yang buruk,maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." (riwayat Ahmad dan lain-lain:sohih)
termasuklah dalam erti mempelopori,apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu,yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa.Pastinya, si wanita juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandangnya. adakah hati orang sebegini boleh dikira baik?setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?ramai wanita yang bertudung;tapi tidak menutup dada,berbaju ketat/singkat dan berseluar sendat yang jelas menonjolkan alur punngung juga dikira tidak menutup aurat dengan sempurna kerana ia masih mengundang fitnah(godaan).
Sabda Rasullullah SAW:
Sesiapa yang mengajak kepada hidayah(kebaikan),maka baginya pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikuti selepasnya,(serta)tidak berkurangan pula pahala orang yang mengamalkannya,dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan,maka baginya dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikitpun....-H.R Imam Muslim-
- baju yg dipakai singkat tidak melepasi punggung
- pakaian ketat menampakkan susuk tubuh
- bertudung tetapi pakai t-shirt pendek tayang lengan dan ketiak
- berseluar jeans yg ketat dan sendat.
- bawah baju yg singkat dan menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggung yg wajib ditutup
- tidak bersarung kaki
- solekan/TABARRUJ yang jelas dilihat (lipstik)
- memakai wangi-wangian yang merangsang nafsu.
- kain yang dipakai terlalu singkat/senteng dan nipis sehingga menampakkan betis