Friday, January 14, 2011

pampers





petang itu anak cik din bersama anak wak jernik sedang leka memburu sesuatu dekat semak samun lalang tepi taman. anak cik din itu comel budaknya, bermata galak, berpipi gebu, berpeha putih tapi masih belum berdada.sementara anak wak jernik pula gempal-gempal tubuhnya. berambut kerinting, berpipi bulat, berlapis lemak dan sudah berdada. barangkali sudah berpampers. sebab hari itu anak cik din di rasuah dengan sebungkus jajan Bin Bin untuk menemankan anak wak jernik membeli pampers jenama Laurier. anak wak jernik pesan juga untuk rahsiakan perkara itu dari sesiapa. anak cik din hanya mengikut saja. apelah besarnya kudrat budak secomel nya untuk melawan kudrat tubuh anak wak jernik yang mantap-mantap itu.



petang itu, mereka sedang asyik memburu sesuatu. keempat-keempat pasang anak mata ligat melilau sana sini untuk mencari benda yang dicari. tiba-tiba, datang seorang budak lelaki hingusan, bergigi gopes, tersengih melihat dua orang budak perempuan di sebalik semak lalang itu, Latip Sengau.


"hau oghang caghi ahe?"

diam. anak wak jernik tidak menjawab. apatah lagi anak cik din. mereka sedang khusyuk mencari sesuatu di sebalik semak samun itu. Latip Sengau tak puas hati. mulutnya bertanya lagi. kali ini dengan tone suara sedikit kuat.


"hau oghang behua caghi ahe?!" jerit Latip Sengau.


kedua budak perempuan itu tersentak. baru tersedar akan kehadiran rakan setaman mereka itu.



"ulat beluncas," jawab anak wak jernik ringkas. dia masih tekun dengan pencarian nya itu.


"nak huat ahe?", tanya Latip Sengau lagi. masih teruja.


"nak bela. nanti besar jadi rama-rama. cantik," anak cik din pula bersuara comel. memang manis budak itu. apatah lagi jika bergaun. lebih-kurang macam anak Tom Cruiselah senang cerita.


"har..har..har..nak huat ahe hela uhat behuncas, hela beruhu lah best, dah behar jaghi khatak!",
Latip Sengau berkata yakin. botol air berisi soya katira memnuhi ruang kocek seluar pendeknya. atau dengan bahasa mudahnya, air longkang ber-berudu. hingus hijau nya dibiarkan meleleh. sesekali dia jelirkan lidah ke atas untk mengelap hingusnya. rimas barangkali.



"jangan sibuklah, Tip. ini hal perempuan, kau apa tahu," marah anak wak jernik. dia memang kurang senang dengan kehadiran Latip Sengau. apa tidaknya, hari ini bayang ulat beluncas seekor pun tak nmpak, datang pula si latip sengau ini ketawa bedekah-dekah mengejek nya sakan. sudahlah hari itu dia nmpak latip memancut sesuka hati di depan pagar rumah Tuk Penghulu.

" dahlah kencing tak lawas, tersangkut-sangkut," anak wak jernik bermonolog dalaman. budak seusia sepuluh tahun begitu memang sudah pandai bermonolog dalaman ,kan? hentam je la.


anak cik din hanya diam membisu. budak itu memang pemalu. apatah lagi dengan kehadiran lelaki seperti Latip Sengau. walau selekeh mana pun dia, connection antara lelaki dan perempuan mesti ada walaupun masih kecil dan belum berpampers, tak gitu?


"aku dah jumpa!!!"teriak anak wak jernik tiba-tiba.

gembira bukan kepalang lagi apabila dia berjaya menjumpai seekor ulat beluncas bersaiz agak gebu, segebu pehanya yang berlapis. anak wak jernik tersengih bangga. kemudian dia membongkok untuk mengambil ulat itu yang sedang berada disebalik batu yang terdapat disitu.


tiba-tiba, anak cik din yang comel itu tiba-tiba menjerit,


"AAAAaaaaaa!!!"


Latip Sengau dengan segera menghampiri anak cik din.

"hau ghenapa?" katanya cemas.




"tuuu. tengok kat belakang baju dia!" anak cik din besuara kuat sambil menunjuk kearah belakang baju anak wak jernik.



Latip Sengau menoleh kearah tunjukan anak cik din. dengan pantas, dia berteriak kuat. menggegar petang hening taman perumahan di kawasan itu.


"toghonggg!! hontot hia bedaghahhhh!!!"


anak wak jernik tergamam. air matanya mula jatuh. sebolehnya ditahan. malu barangkali.
petang itu, seluruh taman tahu akan peristiwa anak wak jernik sudah berpempers. semuanya gara-gara budak yang sudah bergelar gadis itu lupa menukar pampersnya pagi tadi.






p/s: aku rindu nak ber-berudu.
aku google gmbar budak tgkap berudu xde, sedih.







p/s/s : cerita rekaan semata-mata. tak ada kena mngena dengan sesiapa.




8 comments:

  1. hi.salam.
    sy follower blog kamo!
    singgah la blog sy kalau free and follow me back ..hehe :P

    my new entry :
    http://myamigosspace.blogspot.com/2011/01/random-thing-about-me.html

    ReplyDelete
  2. sekarang anak cin din sudah berdada! :P

    ReplyDelete
  3. bole tahan jugak ang punya mengarut ek ? kehkeh ;p

    ReplyDelete
  4. holong, hontot hia berdhaghah

    ReplyDelete
  5. haha. sape suh lupa tukar pampers !
    kan dah malu. hahax.

    ReplyDelete
  6. arep : oke bebeh. dah hit kau blik :)

    cik mimi : kat longkang ade berudu. lepas tu tgkap la smpai dapat. pastu bela sampai kuar kaki. haha

    aja : nasi lemak 80sen lagik.kiki

    encik ti : kau la sifu aku. haha

    susu : heheh. handai hie..


    cik epaa : kiki. bulan ni dah berpampers lum? haha

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::