Tuesday, January 06, 2015

thr33 years.

assalamualaikum. ehem ehem.

ingat lagi tak?
ah tak payah ingat. aku pun sendiri dah tak ingat password blog sendiri kahkah.
so hows your day so far?
ha tengok. tinggal 3tahun dah spiking London.
kalau tinggal sepuluh tahun mau aku sapu spiking Burma.
well, pejam celik pejam celik its 2015 alrediii.
last entri pun on 2011.cukup cukup tiga tahun.
kalau ada anak dah tumbuh gigi atas takpun dah berlari tatih tatih panggil aku bunda! bunda!

k over.

tiga tahun yang tidak mudah, tiga tahun yang ajar jadi dewasa.
tiga tahun dan baru graduated diploma di kala orang lain sudah melayari ilmu degree ataupun,
lebih teruk, sudah melayari rumah tangga dan beranak pinak.
macam aku cakap tadi. anak dah ada gigi dan sudah bertatih merangkak berlari.
dan aku masih lost dalam dunia sendiri, bersama lemak dan sepi yang setia menghuni,
dari dahulu hingga kini.

nampak tak kesan tiga tahun tak update dah typing serupa HM Tuah? K.


im officially graduated at UiTM Lendu, Melaka last few month ago, in Diploma of Communication and  Media Studies. lebih senangnya masscom lah, and will continue proceed for degree next month dekat UiTM shah alam insyAllah. major in broadcast, minor nanti pilih hihihi.
type panjang serupa ada orang baca dan peduli kisah kau pun anak cik din oi.
*mereput slow slow*


sekarang ni sibuk jadi gardener kat rumah. * if you know wut i sayinnn
well cant wait to enter another new lifezzzzz. new people new place new surrounding. and hope to enter new me in this  new year insyAllah. *nak kahwin sebenarnya T.T


sebenarnya aku curi curi wifi opis mak ni sementara teman dia siapkan last report before pencen. well dah nama curi curi takkan engko nak type semua kisah hidup engko yang 3tahun tak update pulak. mereput la jari jemari aiiiii.

ok. nanti update balik. entri ni tak berapa nak into me rasanya. nanti lah i kasi oter balik. jadi gardener pun bizi hokay! entri lain tak janji, mungkin nanti, atau 3tahun lagi, yang mungkin aku update time tu cara cara menyusukan bayi dengan betul. atau camne cara elak baby cirit. kahkah. bye.






p/s : if you read this, i would like to say congratulation on your wedding doctor. semoga bahagia hingga ke jannah, amin. happy for you. دائما سعيدة يا أخي  :)



Tuesday, November 01, 2011

berudu



asslamualaikum sumorang.


mari kita bercerita tentang berudu. jangan tanya apehal dah bertahun tak update tetibe nak update pasal berudu. suka hati mak la mak nak update pasal apa. blog mak kan. kakaka.


dulu masa kecik-kecik atau zaman belum berdada, binatang feveret aku adalah berudu okay. berudu? korang ade bela berudu tak mase kecik-kecik dulu? ade? ade? takde kan? korang mesti bela binatang-binatang kiut-kiut macam kucen, rebit ataupun kekura. dulu ada jugak bela kucen, tapi berak bersepah, lepastu keje masok rumah curik bilis je memanjang. sudahnya bapak aku buang dekat pasar 50km punya jauh dari rumah takut dia datang balik. lepas balik rumah emak aku rasa kesian maka pungut lah balik kucen tersebut balik ke rumah. sudahnya beliau mati eksiden tepi rumah entah kena langgar dengan siapa. *eh apehal aku cerita pasal kucen pulak ni woii.


okay-okay back to the topic. bila dah taksub dengan binatang comel berudu anyonyonyo ni, maka aku join lah Persatuan Pecinta Berudu taman yang disertai sendiri oleh dua orang sepupu yang setia disisi aku susah senang tangkap berudu. tiap petang lepas pukul lima, kami bertiga laju2 lari dekat longkang hujung taman dimana lokasi penangkapan berudu berada. ketua misi OPS BERUDU tu diketuai oleh aku sendiri memandangkan aku paling besar dalam kelab tu dan paling terer tangkap berudu yang berkaki. fyi, berudu yang berkaki amat susah ditangkap sebab dia berenang laju sebab ada kaki. lepastu suka sorok dekat lumut-lumut. so, kalau sesape yang dapat tangkap berudu berkaki maka dipuji dan diseganilah beliau. kakakaka. geli? aku pun dah geli ni bila tulis balik.


lepas tangkap, maka disimpanlah berudu2 tersebut ke dalam botol kemudian dibawa pulanglah ia ke rumah masing-masing. setelah dibawa pulang maka terlihatlah ibu bapa masing-masing akan berudu tersebut maka di marahlah kami sekalian untuk segera membuang berudu tersebut. *apesal ayat aku tradisional sangat ni woii.


bila dah lama-lama, berudu berkaki tu pun membesar jadi sang katak yang berbadan menggerutu,hijau dan mantap-mantap badannya. sangat geli okay. habis semua aku samak walaupun katak tu bukanlah daripada sejenis binatang haromm. tapi geli tahu tak gile. geliiii.

lepas geli dengan katak, aku pun kononnya bela ulat kedondon pulak yang akhirnya mati kebuluran sebab aku takbagi makan. tahulah pulak aku ulat kedondon makan apa masa tu.sejak dari tu aku dah menyampah dah nak bela binatang lagi sebab endingnye kompom mati je memanjang. kakaka




hai comel tak saya? ciumlah saya kalau nak kwen dgn putera rajaa.






p/s: finallyy aku berjaya updet jugakkk. *bencinyaaaa :')



Tuesday, August 16, 2011

Puasa




latip sengau and the geng
*gambar hiasan dari gugel




di suatu pagi, kelihatan burung-burung terbang berkicauan di merata-rata. semut-semut pula mula beratur keluar dari busut menuju ke tong sampah di belakang kantin. ayam-ayam berkokok-kokok tak berhenti yang kadang kala membuatkan makcik nor, makcik kantin disitu membaling terompah jambannya ke arah reban ayam yang terletak di sebelah kantin itu.


kelihatan padang sekolah kosong tanpa budak budak berlari sana sini seperti kebiasaan. selalunya, anak wak sudin dan latip sengau pantang waktu rehat berbunyi, muka dua budak itu sudah terpacak di tengah padang dengan masing-masing menggenggam sebatang reket badminton yang dirembat dari stor sukan. bola tangkis kadang kala digantikan dengan sebiji batu sebesar lima puluhsen kerana bulu tangkis yang ada hanya layak dipanggil tangkis sahaja kerana telah kehilangan kesemua bulunya. usah ditanya kenapa kadangkala mereka dilihat bermain badminton dengan memakai topi keledar pak mat tukang kebun di tengah padang itu. kata anak wak sudin, ia sebagai alat perlindungan jika batu tangkis mereka terkena kepala. hebat bukan? siapa kata budak lapan tahun tak tahu berfikir sematang itu?


namun, itu semua dulu. sekarang keadaan padang lengang tanpa manusia. kelas dua mawar senyap sepi walaupun lonceng rehat sudah lima minit berlalu. latip sengau yang duduk lesu di mejanya memandang Selvi di depannya dengan muka mintak disepak. anak india estet itu sedang enak meneguk air pepsi yang dibekal dari rumah. sesekali menitis juga dua tiga titik air liur latip sengau tanpa disedari. anak bang jari pula sudah lama berdengkur di mejanya. sesekali terdengar juga dia menyebut ayam golek dan air tebu berulang kali. keadaan di atas meja nya jangan ditanya, separuh peta Bulgaria sudah terbentang di balik dengkuran budak itu. anak cik din pula tidak kelihatan, mungkin pergi memerut agaknya.sejak bulan puasa ni, kerap benar gadis comel itu ke jamban, entah apa dibuatnya. sambil menyelam tenggelam barangkali.


anak wak sudin yang baru muncul dari membantu cikgu Fatimah mengangkat buku duduk disebelah latip sengau. tanpa melihat kelesuan muka latip sengau, anak wak sudin membisikkan sesuatu di telinga latip sengau.


"tip, kau nak tahu satu benda tak?" anak wak sudin cuba memancing.

"hmm?" latip sengau nmpknya tidak ada nafsu untuk dipancing. tekak nya seperti sudah setahun dijemur di padang pasir. kering kontang rasanya.

"tadikan, masa aku tolong cikgu fatty angkat buku, aku nampak anak makcik nor mencekik goreng pisang kt dalam kantin nun," anak wak sudin bercerita dgn mata dibesar- besar kan,berusaha untuk merealkan ceritanya di depan latip sengau sebaik mungkin.


latip sengau memaling kan muka di depan anak wak sudin. sedikit tertarik dengan cerita panas anak wak sudin itu.

"hau hiar hetul? anak hik nor tak huasa ke? mungkin hia haru nak sahur tak? " latip sengau mnyuarakan pendapat bernasnya. cuba untuk berfikir positif di bulan yang mulia ini.

"sahur apa pukul sepuluh pagi tip.adik aku yang baru lahir tu pun tahu sahur habis sebelum subuh." anak wak sudin berkata yakin dengan mulut mengherot-herot.

latip sengau tersengih sendiri. malu dengan apa yang di katakan tadi mungkin. "dah hu? hau tak hanya ke?"


"makcik nor cakap anak dia tak boleh puasa, 'peot' katanya, " anak wak sudin bercerita laju.

latip sengau mengerut dahi. peot tu kejadah apa? si peot kucing mak janda melah hujung kampung tu aku taulah, tapi apa kena mngena dengan anak makcik nor yang tak puasa pulak?

" 'peot' hu ahe?"


"makcik nor cakap peot tu kalau ada benda keluar dari tut tut kita, maknanya kita tak boleh puasa tip. kena buka. kalau puasa dosa besar tip, " anak wak sudin menjawab dengan nada sama seperti makcik nor menerangkan kepada dia tadi.


latip sengau mengangguk faham. kepalanya ligat memikir tentang fungsi peot yang didengarkan tadi. latip sengau akhirnya membuat keputusan drastik. dia nekad. botol air pepsi Selvi yang terpampang di depannya dicapai sebelum diteguk laju.

anak wak sudin tergamam dengan tindakan latip sengau.


cikgu fatimah, yang baru melangkah masuk ke kelas, seraya melihat latip sengau sedang enak meneguk air dengan laju.


"latipp! kamu tak puasa ke! " jerit cikgu Fatimah spontan.

latip sengih tersengih lebar, menunjukkan barisan giginya yang kuning dan gopes itu.


"tak, hikgu. haya tak holeh huasa. haya peot, hikgu " latip sengau bersuara yakin.


"hah?" mata cikgu Fatimah hampir tersembul keluar.

"haya terhencing dalam sehuar ni hikgu. makhanya ada benda kehuar dari tut tut haya. anak wak suhin kaha haya tak holeh huasa hikgu. haya peot, " sambung latip sengau lagi seraya menunjukkan seluar sekolahnya yang telah basah .

anak wak sudin di sebelah hanya terkebil-kebil melihat rakan baiknya bersungguh-sungguh membuktikan kebenaranya dia 'peot' dengan menayang-nayangkan punggungnya yang hancing itu di depan cikgu fatimah.




p/s : selamat berpuasa semua :)




Sunday, June 12, 2011

aiskrem





aku lagi suka gigit bucu daripada gunting kepala aiskrim. bru feel makan tahuuu.





petang itu, suasana di kampung sri rahmat agak hening dan damai .awan di kaki langit tak kelabu,angin petang langsung tak mendayu macam selalu. coli-coli makcik jenab yang masih lembab di jemuran jelas menandakan matahari juga malu-malu nak keluar sejak awal pagi. sesekali terlihat juga latip sengau yang sudah bujang itu berhulur hilir menunggu boxernya yang disidai depan kipas angin itu kering secara manual.


anak cik din yang sudah layak digelar anak dara sedang asyik menonton sinetron di telebisen. sejak masing-masing sudah bermandi wajib, permainan petang-petang memang sudah lama ditingalkan. kebanyakan dari mereka sekarang lebih terjerumus ke arah aktiviti bermesetan, berfesbukan mahupun bertwitteran saja di rumah. ayat ayat canggih seperti OMG,GTG mahupun OMK sudah lali dibibir mereka. tak lupa juga dengan ayat eyuew eyuew seperti koe tewngah uart apew toe, tha shuke serta apewpownthabuleyh semakin digemari dikalangan gadis2 yang baru berdada.permainan konda kondi, cop tiang mahupun ceper juga sudah lama diganti dengan dota, farmville hatta snake game di henpon cokia masing2.


anak bongsu wak jernik yang sejak dari pagi bertandang di rumah anak cik din asyik berceloteh entah apa-apa. kadangkala keluar juga tarian zapin mahupun nyanyian negaraku ditengah2 celotehnya. mahu di tangan, anak orang pula. mahu di kaki, ish. rosak pula status anak dara paling sopan lima tahun berturut-berturut.kemudian anak cik din lantas mengajak anak bongsu wak jernik itu ke kedai pak omar.targetnya cuma satu, membelikan ice cream dan mempancing budak itu supaya kembali ke jalan yang benar, iaitu ke jalan rumah nya yang terletak di hujung kampung itu.


budak itu baru enam tahun, belum berdada mahupun berpampers. cuma budak kecil yang hanya suka membaham makanan yang manis manis, berkerim hatta bercoklat sahaja. gigi? jngan di tanya, emak aku kata dibawak lari dengan tikus mondok belakang rumah.



sampai di kedai, aku segera menuju ke sudut ice box yang diletakkan puluhan jenis icecream.


anak cik din mengambil aiskrim perisa anggur dan dihulurkan kepada budak itu ,
"ambillah, bawak jumpa pak omar dulu," anak cik din berkata comel seraya menutup pintu icebox kembali.

"mak kita dulu suka beli aiskrim tu," anak bongsu wak jernik cuba memancing sambil menunjuk ke arah icream walls paddle pop. sesekali dia memandang sinis kepada aiskrim anggur yang diberi tadi."yang ini murah, mak kita tak suka beli,"

"yelah, amik yang tu sekali," kata anak cik din dengan comel faham dengan kehendak budak itu. kalau tak kerana status anak dara paling sopan yang dipegang lima tahun berturut2 di kampung itu, sudah lama anak cik din membabykan budak itu. demand kemain budak ini.

budak itu lantas mengambil aiskrim itu dua tiga bungkus. tamaknya jangan cerita.

"mak kita cakap aiskrim tu sedap tau" anak bongsu wak jernik berkata lagi sambil memandang aiskrim cornetto love."kadang-kadang beli satu pun tak cukup,sedappp!"

anak cik din tersenyum. sifat gadis melayu memang kuat tertanam dalam diri gadis comel itu. dada diurut berulang kali menahan sabar.

"ambikla,"


dengan laju budak itu mengaut satu kotak aicream itu ditangannya.


anak cik din mula melangkah utk membuat bayaran, sebelum budak itu bersuara lagi,
"emak kita cakap aiskrim yang tuu..."

'kau nak makan pelempang?jom kita pegi bayar!'


sejak hari itu,status anak dara paling sopan lima tahun berturut-turut tidak lagi dipegang oleh anak cik din . sekian.



p/s : tahap menulis dah berkurang der, tolong jangan nak rindu sangat.










Sunday, February 13, 2011

25




aku ni dah diajar dari kecik.atau mungkin dari zaman masih menetek, bahawa jadi manusia mesti tahu hargai pemberian orang.yelah, dah emak aku bagi netek susu badan fresh terbaik dari ladang, sape yang nak nolak ye tak. cuma, sejak dari alam rahim lagi emak aku dah awal-awal pesan, kalau ada manusia tak dikenali mahupun makhluk asing dari planet Ushtari sekalipun datang bagi coki-coki, kotak ding dang mahupun tora serta cincin plastik dari mesin tikam, jangan gatal nak datang ambik. biasalah, kanak-kanak comel memang berisiko tggi untuk diculik dan dijadikan alat penguat urat testis mahupun urat penis. ok, aku rasa dah menyimpang jauh dari tajuk asal ni. demdem.



jadi, setelah kelab peminat Syida Zainordin mengadakan rusuhan anti-habuk dekat blog yang dah lama tak berupdate ni, berbekalkan semangat satu malaysia dan sifat kamil rajin semula jadi yang sudah lama tertanam dalam identiti diri, aku nak membalas post tagging dari ahli persatuan pengakap tegar malaysia, cik fara-lala yang terlalu rajin mengetag saya, selaku ahli persatuan penganggur tegar sedunia ini.




25 random facts about me, myself and i


Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

next, this is 25 random facts about me.




okay-okay, jangan gabra, disebab kan english aku agak boleh tahan celaka dan tak nak anda bersusah payah membelek kamus dewan bahasa menterjemah ayat english aku, so, aku type on melayu je lah.tak payah la nak ber-omputih sngat. berbelit lidah nak bace kang jangg oiii.


  1. tak makan ikan sungai.
  2. benci bangun pagi.
  3. gemar bela berudu mahupun jentik-jentik sebagai hiasan.
  4. gelabah tak memasal espesieli bila direnung oleh ribuan jejaka maskulin, taff, keding mahupun jambu.
  5. bukan penggemar pink, pink muda, pink cair hatta pink tua.
  6. ahli kelab kipas Heri Poter
  7. kuku tangan dan kaki tak tumbuh sekata
  8. tergolong dalam golongan tak berduit tiap masa
  9. sangat benci kutu, kutu rambut, kutu beras mahupun main kutu
  10. sangat obsess kucing dan haiwan berbulu.
  11. penggemar steak kecuali kambing, labi-labi, landak dan kuda laut
  12. pencinta komik.
  13. pelayan lagu pop dance.
  14. sangat suka melancong
  15. tokyo, mesir dan perancis.
  16. dua mata besar
  17. dua tangan panjang
  18. dua kaki debab
  19. satu hidung separa bukit
  20. satu mulut tak reti diam
  21. berkuku cawan teh
  22. bergigi senget
  23. dua jahitan di dagu
  24. berambut dawai
  25. berkening cacak.
habis.



sekarang kena mengetag pulak. aku tag lima orang je lah, ramai- ramai pun macamlah kau orang rajin nak menjawab pulak. aku pun buat buat rajin je ni sebab takde idea dah nak update hape. nasib la sape yang kene tag. nak jawab dah, taknak jawab dah .okeh.bai.








p/s : hepi besdei emak dan bapak. sayang sekali anakmu ini belum bekerja, kalau tidak, mesti iPhone 4 sedia sorang satu depan mata. rugi betoi.





Thursday, February 03, 2011

kawen I






rindu nak berbasikal. arghh



petang itu, matahari tak muncul. awan- awan tebal berarak perlahan menutup bahang si matahari.burung-burung kembali keluar dari sarang untuk mencari makanan. semut-semut mula keluar dari busut untuk mencari gula. cuaca begitu memang di nantikan oleh semua penduduk kampung sri rahmat.


aktiviti harian mula berjalan seperi biasa. golongan pesara sudah ready bertenggek di warung pak meor, pekena dua tiga cawan kopi cap telibesen sambil rancak berdam aji dia ats meja. bagi yang yang masih mempuyai 1Q tahap 12 , sedang leka bermain chess sambil teriak cekmet.cekmet tak henti sejak dari mula. kelihatan juga beberapa pasang anak mata kusyuk menatap kaca telibesen, dimana dvd konsert goyang gerudi inul sedang rancak dimainkan. aku syak itu mesti jenis orang tua yang perasan belum berbini. ghairah benar aku tengok sampai tak bertoleh kanankiri.



golongan kanak-kanak comel juga tak ketinggalan. petang itu, anak wak ajis, anak cik din dan anak bang jari sudah sedia berkumpul di pondok hujung kampung atas ajakan latip sengau.mulanya mereka menolak, tetapi setelah latip sengau mengugut mahu menculik Aisyah, anak bongsu tuk penghulu yang berumur tiga tahun setengah untuk dibawa lari ke Lambok, mereka terpaksa juga berkumpul petang itu. anak wak jernik sudah tidak ikut lagi bermain petang petang setelah peristiwa itu. atau mungkin, setelah dia mendaftarkan diri menjadi ahli gadis pengitan kampung sri rahmat sejak berpampers hari itu.


" hari ni nak main apa? cuaca tak panas ni, " suara comel anak cik din bertanya. petang itu dia bergaun labuh. berbedak, bersepit serta berselipar bata. ringkas, tetapi comelnya bukan main.


"kita main kejar-kejar lah, mahu?, " teriak anak wak ajis. budak perempuan itu tersengeh kecil sambil menaikkkan telinga. budak itu molek budaknya. berambut ikal, beranting emas dan berdada separa. atau dengan lebih jelas, sudah bersinglet. cuma sayang, tak suka berspender, rimas katanya. gatal-gatal. mahu garu, malu pula.


"tak mahu! kejar-kejar penat, tahu. nanti berpeluh, baju aku kotor. emak aku bising," jawab anak bang jari laju. budak lelaki itu paling bersih antara mereka berempat. berbaju kolar, bertali pinggang dan bersepatu kulit lengkap berkiwi. rambut pendeknya disikat kemas ke tepi. jika diperhati, di pipi budak itu masih kelihatan debu-debu putih, atau dengan lebih jelas, bedak wangi yang tak disapu rata.


"latip, kau ajak kami ke sini. nak main apa?," anak wak ajis mencelah laju. bosan barangkali.


latip sengau yang baru tiba dengan dua buah kipas sate dan beberapa kuntum bunga yang dipetik dari rumah Janda Melah tersengih sumbing, menampakkan barisan gigi gopesnya yang berlubang. lagaknya seperti kebiasaan. berseluar pendek, berbaju comot dan berhingus hijau. botol air soya katira setia memenuhi poket seluarnya seperti biasa.

"kiha main hawen-hawen. ahu aha bawak kipas dan hunga ni," latip sengau bersuara bangga.


"kau bawak ke kau curi dari rumah cik Melah?" tanya anak bang jari curiga.


"lepas haku petik dahi umah hik melah haku bawak he sini lah, " latip sengau tersenyum lagi.


"okey. siapa jadi pengantin,latip? " suara comel anak cik din bergema. budak itu memang sudah ada sifat-sifat gadis melayu sejati sejak dari alam rahim lagi.



BERSAMBUNG...



p/s : bila dah start merepek ni, idea mencurah pule. haihh.



Wednesday, February 02, 2011

doa







alex, egypt




aku harap pemberi baju dan key chain ni selamat sampai ke tanah air. makin parah juge aku lihat berita pasal rusuhan dekat Mesir sana. bila fikir balik, rusuhan sama islam pun hebat juge kalau nak dibanding dengan perang sama kafirun.anak jiran sebelah pun ada belajar sana. harap semua selamat hendaknya.Allah always with you.iAllah.





p/s : jengah sini untuk info lebih lanjut .