Tuesday, February 01, 2011

katak




siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat..






petang itu hujan renyai-renyai. tak berguruh, mahupun berpetir. cuma berangin kencang. dari sisi tingkap bilik, aku lihat daun-daun terbang melayang. ada juga beberapa coli makcik jiran sebelah yang terhanyut dari ampaian jemuran. terhajat juga mahu rembat satu dua, tapi bila difikir kan saiz dan bentuk cup, harapan dapat coli free memang mustahil


petang itu kenduri kawen jiran depan rumah sedang sibuk berlangsung. dari pagi si emak tersayang dah bising-bising suruh bangun awal ikut rewang sama. bukan rewang pun, datang tunjuk muka. sejak dah berdada ni, aku paling malas nak berkenduri kawen rumah orang, malas nak bersesak cuma nak melantak nasi mniyak. malas juga nanti terpaksa buat muka mesra berhai-hai segala dengan makcik-pakcik dekat sana. bukan sombong, tapi aku malas. tahu tak malas. tggulah aku rajin nanti siap dengan apek bangla econsave aku dok berhai segala bagai.


kenduri hari itu agak mewah. semua katering yang reserve. dari jauh aku dah dapat detect siap berdesert segala bagai. hati dah kembang kuncup. berbaloi juga aku korbankan waktu-waktu indah atas katil time-time gini. bila pinggan dah menggunung, aku cari port nak mencekik pule. buat pertama kalinya nasib aku baik dapat tempat duduk kosong. dekat dengan kipas. boleh aku makan dengan kusyuk gini. kompom pakwe-pakwe lalu langar itu ini bila tengok bulu mata aku terbang terbang kena angin kipas nanti. kejap. apsal geli sangat ayat aku ni. choi.


lepas baca bismillah, aku dah mula nak menyuap. tetiba dengar suara katak mana melalak lagu jiana jen betul-betul sebelah telinga. nafsu makan mati. aku pandang sebelah. celaka. speaker mic betul-betul sebelah kerusi. hati maintain sabar. sifat gadis melayu masih tebal dalam benak dada. tggu sampai gadis yang tak berbakat tu selesai melalak. dah habis, aku lega. mula nak berbismillah balik. aku menyuap nasi minyak sama ayam masak merah sama rendang daging dalam mulut. sensori neuron rasa mula mendetectkan ke sel otak utuk diransang.


"percayalahh.. kasihmu lama tersulamm.. di ruang paling dalam...."


aku rasa mcm gendang telinga aku pecah sekejap. keronkong aku tersekat. saluran pernafasan tak berfungsi serta merta. si emak yang sedang stim mengunyah pai epal terpana. lantas melempang belakang badan sedas dua. aku rasa libasan lempangan si emak tak ubah seperti libasan jumping smash Lee Chong Wei, : emak tak nak kau mati tercekik. buruk sangat bunyinya nanti, itu alasan pantas dari emak. ah abaikan. dengan laju cawan air oren dicapai sebelum diteguk laju meredakan kerongkong smula.celaka. kau tahu tak aku tengah makan ni. jangan sampai muka aku masuk front page metro esok bawah tajuk besar " gadis comel mati tercekik ketika makan kenduri akibat nyanyian katak jadian". oh tahi juge rasenya.


sumpah aku malas dah nak pergi kenduri kawen orang lepas ni. yang tuan rumah pengantin pun nanti tak payah lah sebok nak pasang DJ bagai segala. ni kenduri kawen ke kenduri karaoke sedare?



p/s : nak sngat menyanyi masuk AF. jangan jadikan kami-kami ni pemangsa suara anda. ngerti?






Sunday, January 23, 2011

cinta



semalam aku dengar cerita, ada manusia bangang mana dengan sesuka hatinya telah potong ekor kucing yang dah curi ikan goreng kat rumah dia. ikan goreng bertepung kentaki barangkali sampai kedekut nak mampus berkira dengan kucing secomel itu. mungkin patut juga aku samakan dia dengan binatang. ya, vavi sungguh itu manusia. manusia sekarang memang dah hilang nilai kemanusiaan eh? ke perlu aku cakap, hilang nilai kebinatangan dalam diri dekat binatang-binatang macam tu?


cuma satu aku nak pesan, bagi kau orang yang tak suka binatang, belajar lah mencintai mereka. mereka pun makhluk tuhan juge. kalau dibelai dan dijaga esok lusa terbalas juge. kalau tak kat dunia, kat padang masyar nanti mereka akan tolong kau orang balik atas apa yang kau orang dah tolong dia orang masa kat dunia. jangan salahkan binatang, mereka tak ada akal sempurna untuk berfikir seperti kita. bukan aku paksa kau orang jaga makan minum dia orang sampai diri sendiri serabai, cukuplah ade sikit nilai kebinatangan dalam diri kau orang tu untuk mereka, okay? u all got it what i say? if u kind to them, them will kind to you.
bintang kecik atas : sorry, english aku agak celaka.










ini aku ada bagi video untuk kau orang sedar, binatang pun tahu nilai kasih sayang dan tahu, apa itu erti kemanusiaan. malu tahuu.








p/s : untuk pihak WWF yang baca entri ni, sama-sama saya ucapkan.


Thursday, January 20, 2011

lapar




kelmarin punya kelmarin, aku pergi ceramah lesen kereta setelah lulus cukup-cukup makan ujian berkomputer kelmarin kelmarinnya. buku soalan dah beratus kali aku ulang baca. jangan kata soalan, siap nama editor sama kilang penerbit aku bantai hafal masuk dalam kepala. mana tahu kut-kut keluar soalan siapakah pengarang dan editor buku ujian memandu, paling kurang takdelah aku tick nama A.Samad Said dalam tu, ye tak?


aku sejak dari rahim ibu lagi, memang tak suka makan pagi. dalam rahim lagi aku dah pandai berdemand bagai ni. geli juga bunyinya. geli dah lain cerita, nampak bangang sangat aku punya hiperbola ni ye tak. biase lah, budak tak biase nipu memang gini. demm. aku dah lari topik ni.

jadi, masa waktu rehat, aku dah awal-awal memecut dekat kantin akedemi memandu.
dari jauh aku dah cium bau aroma nasi lemak yang berasap kepul-kepul. kaki terus dilangkah laju. bau sambal tumis ikan bilis pula menerobos ke lubang hidung. ini kalau KFCM yang jadi rebutan awek-awek market tu dok cup-cup depan aku pun aku buat tak nampak. aku dah mula bermonolog dalaman. sampai kantin dah ramai orang. aku beratur. rosak pule identiti gadis melayu nanti kalau tak beratur, tak gitu?


depan aku ada sorang lelaki dan perempuan diri berkepit. pakwe makwe barangkali. tangan si pakwe mesra merangkul pinggang si makwe. kadang-kadang aku nampak juge jari si pakwe tergerak-gerak tempat lain. kepala si makwe sedap berlending atas bahu si pakwe. aku dah mula rasa nak mencarut. nak beromen depan aku tengah-tengah manusia kebulur ni kenape la syaitonn? aku dah mula bermonolog lagi. sejak akhir-akhir ni kerap juga aku bermonolog. risau juge. takut iman dalam dada berkurang nanti susah pule. celaka. aku dah lari topik lagi ni.


"baby, tak mo sedih- sedih k. nanti balik kita cari lah phone tu. tak pun nanti abang beli phone baru utk baby. lengkap yang ber-3g. senang kalau apa-apa nanti." si pakwe bersuara perlahan. pujuk si makwe barangkali. dalam hati aku masih cuba menangkap maksud apa-apa tadi.

si makwe mengangguk.tersedu-seduan.

"takmo sedih k, baby. kita mamam dulu. lap hingus tu," pujuk si pkwe lagi.

si mkwe mgguk lagi dan lagi. kemudian mengesat hingus di dada baju si pakwe.

"cmtulah baby. comel lah baby kesat hingus. tengok tu, ada bulu hidung baby lagi kat baju abang, hikhik " si pkwe memujuk lagi.

si makwe ketawa mengkekek. cair berangkali. ah.perempuan.



aku dekat belakang jangan cerita. terus aku u-turn bantai tido dekat surau. celaka juga rasanya terpaksa berlapar hari itu.







p/s : selamat hari thaipusam yaw .

Friday, January 14, 2011

pampers





petang itu anak cik din bersama anak wak jernik sedang leka memburu sesuatu dekat semak samun lalang tepi taman. anak cik din itu comel budaknya, bermata galak, berpipi gebu, berpeha putih tapi masih belum berdada.sementara anak wak jernik pula gempal-gempal tubuhnya. berambut kerinting, berpipi bulat, berlapis lemak dan sudah berdada. barangkali sudah berpampers. sebab hari itu anak cik din di rasuah dengan sebungkus jajan Bin Bin untuk menemankan anak wak jernik membeli pampers jenama Laurier. anak wak jernik pesan juga untuk rahsiakan perkara itu dari sesiapa. anak cik din hanya mengikut saja. apelah besarnya kudrat budak secomel nya untuk melawan kudrat tubuh anak wak jernik yang mantap-mantap itu.



petang itu, mereka sedang asyik memburu sesuatu. keempat-keempat pasang anak mata ligat melilau sana sini untuk mencari benda yang dicari. tiba-tiba, datang seorang budak lelaki hingusan, bergigi gopes, tersengih melihat dua orang budak perempuan di sebalik semak lalang itu, Latip Sengau.


"hau oghang caghi ahe?"

diam. anak wak jernik tidak menjawab. apatah lagi anak cik din. mereka sedang khusyuk mencari sesuatu di sebalik semak samun itu. Latip Sengau tak puas hati. mulutnya bertanya lagi. kali ini dengan tone suara sedikit kuat.


"hau oghang behua caghi ahe?!" jerit Latip Sengau.


kedua budak perempuan itu tersentak. baru tersedar akan kehadiran rakan setaman mereka itu.



"ulat beluncas," jawab anak wak jernik ringkas. dia masih tekun dengan pencarian nya itu.


"nak huat ahe?", tanya Latip Sengau lagi. masih teruja.


"nak bela. nanti besar jadi rama-rama. cantik," anak cik din pula bersuara comel. memang manis budak itu. apatah lagi jika bergaun. lebih-kurang macam anak Tom Cruiselah senang cerita.


"har..har..har..nak huat ahe hela uhat behuncas, hela beruhu lah best, dah behar jaghi khatak!",
Latip Sengau berkata yakin. botol air berisi soya katira memnuhi ruang kocek seluar pendeknya. atau dengan bahasa mudahnya, air longkang ber-berudu. hingus hijau nya dibiarkan meleleh. sesekali dia jelirkan lidah ke atas untk mengelap hingusnya. rimas barangkali.



"jangan sibuklah, Tip. ini hal perempuan, kau apa tahu," marah anak wak jernik. dia memang kurang senang dengan kehadiran Latip Sengau. apa tidaknya, hari ini bayang ulat beluncas seekor pun tak nmpak, datang pula si latip sengau ini ketawa bedekah-dekah mengejek nya sakan. sudahlah hari itu dia nmpak latip memancut sesuka hati di depan pagar rumah Tuk Penghulu.

" dahlah kencing tak lawas, tersangkut-sangkut," anak wak jernik bermonolog dalaman. budak seusia sepuluh tahun begitu memang sudah pandai bermonolog dalaman ,kan? hentam je la.


anak cik din hanya diam membisu. budak itu memang pemalu. apatah lagi dengan kehadiran lelaki seperti Latip Sengau. walau selekeh mana pun dia, connection antara lelaki dan perempuan mesti ada walaupun masih kecil dan belum berpampers, tak gitu?


"aku dah jumpa!!!"teriak anak wak jernik tiba-tiba.

gembira bukan kepalang lagi apabila dia berjaya menjumpai seekor ulat beluncas bersaiz agak gebu, segebu pehanya yang berlapis. anak wak jernik tersengih bangga. kemudian dia membongkok untuk mengambil ulat itu yang sedang berada disebalik batu yang terdapat disitu.


tiba-tiba, anak cik din yang comel itu tiba-tiba menjerit,


"AAAAaaaaaa!!!"


Latip Sengau dengan segera menghampiri anak cik din.

"hau ghenapa?" katanya cemas.




"tuuu. tengok kat belakang baju dia!" anak cik din besuara kuat sambil menunjuk kearah belakang baju anak wak jernik.



Latip Sengau menoleh kearah tunjukan anak cik din. dengan pantas, dia berteriak kuat. menggegar petang hening taman perumahan di kawasan itu.


"toghonggg!! hontot hia bedaghahhhh!!!"


anak wak jernik tergamam. air matanya mula jatuh. sebolehnya ditahan. malu barangkali.
petang itu, seluruh taman tahu akan peristiwa anak wak jernik sudah berpempers. semuanya gara-gara budak yang sudah bergelar gadis itu lupa menukar pampersnya pagi tadi.






p/s: aku rindu nak ber-berudu.
aku google gmbar budak tgkap berudu xde, sedih.







p/s/s : cerita rekaan semata-mata. tak ada kena mngena dengan sesiapa.




Wednesday, January 12, 2011

hujan






hujan yang turun bagaikan,mutiaraaaa..





petang tadi, rumah aku hujan. kalau hujan bermakna acara usha-mengusha abang-abang burger taman atas tiap petang terpaksa di tunda dan dibatalkan. yela, cube kau orang bayangkan gadis ayu plus comel plus mantap naik motor sambil cup-cup depan gerai burger tengah-tengah hujan lebat gini. nampak gelojoh sangat ye tak.


petang-petang sejuk begitu agak sohai juge duduk rumah tak buat apa. mesti kau orang fikir, ape ke bangang kau ni time hujan sejuk cmni la tido sedap doo, kan? bukan aku tak nak tido, tapi kalau time-time gini memang time aku baru bangun tido. tak kan aku nak bantai tido balik. .macamana otak cerdas aku ni nak berfungsi kalau 24 jam membute dalam gebor.lagipun, siapa nak tolong balas tweet-tweet Zahiril Adzim, Saheizy Sam sama Akim AF pule nanti. merajuk karang nama aku juge yang naik dalam paper , tak gitu?



aku bukak tivi, harapan ada juga derama melayu boleh dibuat layan petang sendu gini. paling bodo pun dapat layan cerita Wonderpet, kurang-kurang boleh juge aku bertepuk tampar hurrey bagai melalak lagu rasmi mereka. remote control ditekan ke tv 3. petang-petang gini memang sakan sinetron memanjang. bosan.bosan. aku memang pantang kalau bersinetron indon ni. tak dapat makan salad pun sampai berkorban anak bagai apa cerita? ahh.remote ditekan lagi, kali ini ke astero Ria. lagu Bukan Diriku rancak berkumandang. sah sinetron. hati dah mula rasa nak mencarut.lantas button next ditekan lagi. laju ke astrero Prima. elok je tajuk Safa dan Marwah tertera dekat sidebar atas astro dalam tivi. celaka. aku duduk indon ke melaysia sekarang ni.



Nasib baik ada Soal Asyraf dekat Oasis. tak jadi aku mencarut panjang petang itu. hmm. tuhan sayang juge iman aku rupernye. kihkih.





p/s : aku rasa nak pindah indon je senang.



Tuesday, January 11, 2011

nama



dalam famili, nama aku paling susah nak diingat manusia. kalau ingat pun komfem salah ejaan, takpun salah sebut, xpun tak-bersebut langsung. oh ya, untuk pengetahuan, nama adik beradik aku semua bermula dengan nama Zainor, diambil dari nama bapak aku, Zainordin. faham? tak faham dah. ade aku kesah. berbalik pada usul perbincangan tadi, disebab kan nama kami sama, jadi sering berlaku salah faham komunikasi dalam telefon. contohnya macam.

"boleh bercakap dengan zainor?

"zainor mana satu? "

"ala, zainor yang ada mata dua, hidung satu, mulut satu, telinga dua tu."

"kau dah lama hidup ke?"


tu contoh panggilan yang tempah free sidekick ye kawan-kawan. jangan buat. kalau tak memang aku bagi pelempang. satu hari, member entah siapa telefon rumah. si bapak baik hati tolong jawabkan di kala semua anak nya leka menonton Man Belon dekat astero.


"hello.ye, nak cakap dgn siapa?"

"hello. er.pakcik. zainor ada."

"zainor mana satu?"

"zainor yang tadi kena denda diri luar kelas siang tadi. "


"erkkk."



lepas tu jangan cerita apa jadi..automatik aku jdi reporter rumah tak bergaji, takut rahsia-rahsia lain terbongkar susah juge.bikin rosak identiti sebagai anak solehah dalam rumah yang aku bina sejak dari lahir je .eh.asar pun nak dekat ni.nak gerak ikut bapak jemaah masjid. lagipun,takut anak pak imam kening lebat tu tak kusyuk pule solat jemaah bila lihat aku takde ikut berjemaah nanti. kang direject jadi waif nombor satu, susah juge. tengok. membajet solehah pule tetibe.











aku harap minah atas ni tukar nama komersial dia kepada nama yang lagi sesuai . tukar lah weeii. pelisss. pelisss. aku dah mula rasa nak berdiari sekarang ni. iskk.




p/s : sidah jainurdin.




Monday, January 10, 2011

renovate




Dulu, masa sekolah, satu perkara wajib yang mesti berlaku dalam rumah setiap pagi adalah acara berebut jamban. siapa bangun dulu, kena amek nombor nak guna jamban. kecuali bagi special kes seperti pesakit mencret tak henti dan perempuan mengandung, diberi keutamaan dulu untuk guna jamban. bagi orang yang yang kerap mngalami kesulitan untuk memproses bahan buangan, atau lebih senang nya sembelit, akan dipulau dan diabaikan awal-awal. mereka-mereka ini terpaksa di anak tirikan dahulu untuk diberi keutamaan kepada insan-insan yang mahu berkhidmat untuk kami-kami yang bersekolah dan bekerja ni. kalau tiap hari nak bagi alasan lambat datang sekolah sebab berebut jamban, bosan pule cikgu-cikgu.


yang paling risau pagi-pagi dah tentu emak kami yang satu itu. tiap pagi berebut jamban, sampai bila ye tak. kemudian emak aku mencadangkan jamban rumah nak di renovatekan menjadi dua jamban. senang katanya. tak payah mahu buat muka sengsara tahan berak mahupun terlompat-lompat tahan kencing tggu giliran punya pasal tiap pagi lagi. datang sekolah pun tak lambat lagi .oleh itu emak aku mencadangkan agar jamban rumah kami dibahagi kepada dua. si emak bertanya pendapat anak-anaknya.


emak : so, setuju tak nak renovate toilet rumah kita ni?

kakak : stuju.tiap pagi nak berebut, penatlah.

abang : betu-betul. abang penat juge kena blakon sakit mencret hari-hari.

aku diam je. aku kan adik. kena hormat bila org tua-tua tengah bercakap,tak gitu?

emak :so, plan nak renovate mcamana. jamban duduk or jamban cangkung?

kakak : kakak taknak jamban duduk. nanti taik jatuh air mercik-mercik. geli.

abang : abang nak jamban duduk. penatlah nyangkung2 ni. naik tanggal skru lutut bile time sembelit tau, mak.


sekali lagi aku cuma diam je. gila sopan kan aku dulu.hormat orang tua tu. kihkih.


lepas sebulan, jamban rumah kami telah selamat direnovatekan. tiada lagi muka berkerut tiap pagi. tiada lagi rebut-rebut jamban tiap pagi lagi. tapi, yang aku heran, aku tetap juga jadi student paling lambat datang sekolah tiap hari ni, apa cerita?






p/s : aku lagi suka jamban duduk. lagi feel lah der.