Tuesday, February 01, 2011

katak




siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat..






petang itu hujan renyai-renyai. tak berguruh, mahupun berpetir. cuma berangin kencang. dari sisi tingkap bilik, aku lihat daun-daun terbang melayang. ada juga beberapa coli makcik jiran sebelah yang terhanyut dari ampaian jemuran. terhajat juga mahu rembat satu dua, tapi bila difikir kan saiz dan bentuk cup, harapan dapat coli free memang mustahil


petang itu kenduri kawen jiran depan rumah sedang sibuk berlangsung. dari pagi si emak tersayang dah bising-bising suruh bangun awal ikut rewang sama. bukan rewang pun, datang tunjuk muka. sejak dah berdada ni, aku paling malas nak berkenduri kawen rumah orang, malas nak bersesak cuma nak melantak nasi mniyak. malas juga nanti terpaksa buat muka mesra berhai-hai segala dengan makcik-pakcik dekat sana. bukan sombong, tapi aku malas. tahu tak malas. tggulah aku rajin nanti siap dengan apek bangla econsave aku dok berhai segala bagai.


kenduri hari itu agak mewah. semua katering yang reserve. dari jauh aku dah dapat detect siap berdesert segala bagai. hati dah kembang kuncup. berbaloi juga aku korbankan waktu-waktu indah atas katil time-time gini. bila pinggan dah menggunung, aku cari port nak mencekik pule. buat pertama kalinya nasib aku baik dapat tempat duduk kosong. dekat dengan kipas. boleh aku makan dengan kusyuk gini. kompom pakwe-pakwe lalu langar itu ini bila tengok bulu mata aku terbang terbang kena angin kipas nanti. kejap. apsal geli sangat ayat aku ni. choi.


lepas baca bismillah, aku dah mula nak menyuap. tetiba dengar suara katak mana melalak lagu jiana jen betul-betul sebelah telinga. nafsu makan mati. aku pandang sebelah. celaka. speaker mic betul-betul sebelah kerusi. hati maintain sabar. sifat gadis melayu masih tebal dalam benak dada. tggu sampai gadis yang tak berbakat tu selesai melalak. dah habis, aku lega. mula nak berbismillah balik. aku menyuap nasi minyak sama ayam masak merah sama rendang daging dalam mulut. sensori neuron rasa mula mendetectkan ke sel otak utuk diransang.


"percayalahh.. kasihmu lama tersulamm.. di ruang paling dalam...."


aku rasa mcm gendang telinga aku pecah sekejap. keronkong aku tersekat. saluran pernafasan tak berfungsi serta merta. si emak yang sedang stim mengunyah pai epal terpana. lantas melempang belakang badan sedas dua. aku rasa libasan lempangan si emak tak ubah seperti libasan jumping smash Lee Chong Wei, : emak tak nak kau mati tercekik. buruk sangat bunyinya nanti, itu alasan pantas dari emak. ah abaikan. dengan laju cawan air oren dicapai sebelum diteguk laju meredakan kerongkong smula.celaka. kau tahu tak aku tengah makan ni. jangan sampai muka aku masuk front page metro esok bawah tajuk besar " gadis comel mati tercekik ketika makan kenduri akibat nyanyian katak jadian". oh tahi juge rasenya.


sumpah aku malas dah nak pergi kenduri kawen orang lepas ni. yang tuan rumah pengantin pun nanti tak payah lah sebok nak pasang DJ bagai segala. ni kenduri kawen ke kenduri karaoke sedare?



p/s : nak sngat menyanyi masuk AF. jangan jadikan kami-kami ni pemangsa suara anda. ngerti?






No comments:

Post a Comment

ISIkepala Anda::