Saturday, January 02, 2010

tengkiyu

ehem.
ehem ehem
ehem lagi sekali,
ok last,ehemmmm.(itu mukadimah jela,bukan demam H1N1 gelombang kedua.)
aku buka blog hari ini,membalas komen2 yang sekarang ini memang rajin muncul.kalau dulu malu2 nak muncul.ok,bukan malu,tapi haram xada.terkuzat juga bila lihat di sudut pengikut. dah cukup sepuluh.oh sebenarnya sembilan saja.sebab yang satu itu aku TER'follow' blog aku sendiri.bagus tak perangai aku kawan2??

tak ada apa yang aku boleh bagi kepada pengikut2 blog ini,cuma penulisan aku saja yang aku harap dapat meringankan isi kepala korang yang aku tahu,jika di metaforakan,atau dihiperbolakan, bagai lori bajak angkat simen 50 tan dengan sport rim tayar 20 kilogram.
atau,rasa seperti ada gajah hutan yang menghidap obesiti kerana terlalu kuat makan buah-buahan tempatan tengah duduk dalam kepala.atau juga dengan bahasa halusnya,kepala yang sudah tepu dengan kerja2 rutin yang tak pernah nak mintak izin untuk bercuti.
apapun,kepada pengikut dan pembaca setia,walaupun aku masih mencari2 dimana kebaikan atau bak kata omputeh benefit mengfollow blog huha ini,sejuta penghargaan dan terima kasih kerana menjadi sebahagian dripada ahli blog ini yang dah mula menunjukkan kemajuan ala2 misi sekolah aku,"SEKOLAH MAJU 2010" yang setelah ditransfomasikan menjadi,,
"BLOG MAJU 2010".iAllah.

doakan saja aku ada byk masa nanti utk terus mengupdate blog ini.maklumlah,tahun ini aku akan pergi berperang menyelamatkan CIK Masa Depan yang xboleh nak selamatkan diri dia kalau x aku yang bermati-matian selamat kan dia.mengada betul.

P/S:ada pantun utk korang:terima kasih banyak-banyak.banyak-banyak terima kasih.sekian.
(kan aku dah ckp aku xpernah nak cemerlang kalau nak masuk bab sastera2 bagai nih!)

No comments:

Post a Comment

ISIkepala Anda::