Tuesday, January 05, 2010

hye sekolah!


1st day skola:free dapat ayat sapaan dari kwn2,."hey zainor!tahun ni SPM"
2nd day skola:free dapat ayat perlian dari guru2,"zainor,belajar betul2,tahun ni SPM"

dengan muke kelat,aku menjawab je dengan anggukan+senyuman yg aku tak tau ikhlas ke tidak.dgn baju sekolah tahun lepas tesergam kat badan aku,(sebab bju tahun ni xsiap2,sampai aku kompuis makcik tu buat kurung ke atau kebaya bju skolah aku tu).dalam hati dah mencarut, apsal xde yg wish,"tahun ni UPSR,rilek je suda".isk.

sekarang sibuk sikit.eh bukan sikit,banyak.eh bukan banyak,terlampau banyak. kerja nilam bertambah,folio itu ini,tugas pengawas jenayah dah berjalan dengan dengan lancar, meeting rumah sukan tgah sibuk beroperasi and homwork yang berkajang dah xmalu2 lagi nak muncul dah.boboi pesan,"dah jadi senior ni kurang2 kan la 'hal' kau tu", eh.kalau ekot kan nak je aku bakar dewan skolah tu,xpun dengan sekolah2 tu sekali,dapat cuti free,SPM pun nti dapat postpon sikit.*hiperbola.

perhimpunan pagi dimulakan dengan kata2 aluan dari member sekelas,Atikah yang merangkap MC assembly tahun ni.kemudian nyanyian lagu sekolah,bangsa Johor dan patriotik (part yang aku paling suka sebab bole melalak2 sekuat hati), ceramah pengetua, guru bertugas dan apa jadah lainnya yang xdapat otak aku nak mencerna dengan baik dengan kepala yang masih terbayang bantal kabu2 di bilik markas sarang ular aku itu.ada juga segelintir pelajar2 f3 yang baru melangkah ke sesi pagi tahun ini muka masing2 dah masuk fasa macm monyet sembelit xcukup makan pisang dek kepenatan berdiri satu jam masa perhimpunan.yang dah nak pengsan jangan cerita,haila dik, ni bukan fasa duduk bersantai kat perhmpunan time korang tingkatan 1,2 dulu lagi ye.tu yang dah berair mata tahan nguap xbrenti2 lain pulak cerita.kes xbiasa pergi sekolah awal pagi,aku senyum saja melihat karenah adik2 junior aku ni.so,sila minum susu tiap pagi isnin kalau nak berdiri lama mcm ahkak2 senior ni.ceh. minum la pulak aku susu.

kelas masih kekal kat tingkat 4.Amal,member kelas sebelah yg gebu itu senyum saja, sebab dapat ber'eksersais' sikit katanya,padahal tiap kali smpai kelas mcm nak terputus nafas aku tengok dia tercungap2 dengan botol mineral yang dah separuh dibalun awal2.ada juga member2 yang berhijrah sekolah lain,tapi tak ada freshie yang baru pindah.bosan betul asyik tgk muka manusia2 yg sama je tiap tahun.*muke GATALisa alissa*

waktu balik,aku berjalan sendiri dengan muke riak+berlagaK bila terserempak dengan budak2 junior.ehem.pengawas contoh ni,hormat sikit.haha.dekat gajah menenen(laluan gajah menyusu), terserempak pula dengan satu langau dan satu ladybird sedang elok jln berdua yang menaikkan sikit amarah wanita asli aku ni.bloking jalan org blakang dengan bjalan mcm pengantin dah satu hal,awal2 sekolah dah buat drama bersiri mcm ni apa cerita?depan aku pulak tu.sesak dengan perangai junior2 aku yg sungguh 'baik hati' itu,sempat jugak aku tegur sepintas lalu,"nak jalan tu engat org belakang,nak jalan mcm ni tunggu kenduri kawen korang nnti".kira untung aku xkeluar segala hadis dengan ceramah agama bagai kat budak2 tu.muka dorang terus bertukar macam ayam tercekik dedak jagung.apa?bengang dgn aku? malam sikit.

sampai rumah,badan letih,baju basah,salin bju,masuk bilik,tidur.
sekian.


pic dari kelas aku kat tingkat 4,mana tak aku selalu bermimpi2 dalam kelas kalau enviroment luar tingkap sikit punya syahdu?


2 comments:

ISIkepala Anda::