Tuesday, August 16, 2011

Puasa




latip sengau and the geng
*gambar hiasan dari gugel




di suatu pagi, kelihatan burung-burung terbang berkicauan di merata-rata. semut-semut pula mula beratur keluar dari busut menuju ke tong sampah di belakang kantin. ayam-ayam berkokok-kokok tak berhenti yang kadang kala membuatkan makcik nor, makcik kantin disitu membaling terompah jambannya ke arah reban ayam yang terletak di sebelah kantin itu.


kelihatan padang sekolah kosong tanpa budak budak berlari sana sini seperti kebiasaan. selalunya, anak wak sudin dan latip sengau pantang waktu rehat berbunyi, muka dua budak itu sudah terpacak di tengah padang dengan masing-masing menggenggam sebatang reket badminton yang dirembat dari stor sukan. bola tangkis kadang kala digantikan dengan sebiji batu sebesar lima puluhsen kerana bulu tangkis yang ada hanya layak dipanggil tangkis sahaja kerana telah kehilangan kesemua bulunya. usah ditanya kenapa kadangkala mereka dilihat bermain badminton dengan memakai topi keledar pak mat tukang kebun di tengah padang itu. kata anak wak sudin, ia sebagai alat perlindungan jika batu tangkis mereka terkena kepala. hebat bukan? siapa kata budak lapan tahun tak tahu berfikir sematang itu?


namun, itu semua dulu. sekarang keadaan padang lengang tanpa manusia. kelas dua mawar senyap sepi walaupun lonceng rehat sudah lima minit berlalu. latip sengau yang duduk lesu di mejanya memandang Selvi di depannya dengan muka mintak disepak. anak india estet itu sedang enak meneguk air pepsi yang dibekal dari rumah. sesekali menitis juga dua tiga titik air liur latip sengau tanpa disedari. anak bang jari pula sudah lama berdengkur di mejanya. sesekali terdengar juga dia menyebut ayam golek dan air tebu berulang kali. keadaan di atas meja nya jangan ditanya, separuh peta Bulgaria sudah terbentang di balik dengkuran budak itu. anak cik din pula tidak kelihatan, mungkin pergi memerut agaknya.sejak bulan puasa ni, kerap benar gadis comel itu ke jamban, entah apa dibuatnya. sambil menyelam tenggelam barangkali.


anak wak sudin yang baru muncul dari membantu cikgu Fatimah mengangkat buku duduk disebelah latip sengau. tanpa melihat kelesuan muka latip sengau, anak wak sudin membisikkan sesuatu di telinga latip sengau.


"tip, kau nak tahu satu benda tak?" anak wak sudin cuba memancing.

"hmm?" latip sengau nmpknya tidak ada nafsu untuk dipancing. tekak nya seperti sudah setahun dijemur di padang pasir. kering kontang rasanya.

"tadikan, masa aku tolong cikgu fatty angkat buku, aku nampak anak makcik nor mencekik goreng pisang kt dalam kantin nun," anak wak sudin bercerita dgn mata dibesar- besar kan,berusaha untuk merealkan ceritanya di depan latip sengau sebaik mungkin.


latip sengau memaling kan muka di depan anak wak sudin. sedikit tertarik dengan cerita panas anak wak sudin itu.

"hau hiar hetul? anak hik nor tak huasa ke? mungkin hia haru nak sahur tak? " latip sengau mnyuarakan pendapat bernasnya. cuba untuk berfikir positif di bulan yang mulia ini.

"sahur apa pukul sepuluh pagi tip.adik aku yang baru lahir tu pun tahu sahur habis sebelum subuh." anak wak sudin berkata yakin dengan mulut mengherot-herot.

latip sengau tersengih sendiri. malu dengan apa yang di katakan tadi mungkin. "dah hu? hau tak hanya ke?"


"makcik nor cakap anak dia tak boleh puasa, 'peot' katanya, " anak wak sudin bercerita laju.

latip sengau mengerut dahi. peot tu kejadah apa? si peot kucing mak janda melah hujung kampung tu aku taulah, tapi apa kena mngena dengan anak makcik nor yang tak puasa pulak?

" 'peot' hu ahe?"


"makcik nor cakap peot tu kalau ada benda keluar dari tut tut kita, maknanya kita tak boleh puasa tip. kena buka. kalau puasa dosa besar tip, " anak wak sudin menjawab dengan nada sama seperti makcik nor menerangkan kepada dia tadi.


latip sengau mengangguk faham. kepalanya ligat memikir tentang fungsi peot yang didengarkan tadi. latip sengau akhirnya membuat keputusan drastik. dia nekad. botol air pepsi Selvi yang terpampang di depannya dicapai sebelum diteguk laju.

anak wak sudin tergamam dengan tindakan latip sengau.


cikgu fatimah, yang baru melangkah masuk ke kelas, seraya melihat latip sengau sedang enak meneguk air dengan laju.


"latipp! kamu tak puasa ke! " jerit cikgu Fatimah spontan.

latip sengih tersengih lebar, menunjukkan barisan giginya yang kuning dan gopes itu.


"tak, hikgu. haya tak holeh huasa. haya peot, hikgu " latip sengau bersuara yakin.


"hah?" mata cikgu Fatimah hampir tersembul keluar.

"haya terhencing dalam sehuar ni hikgu. makhanya ada benda kehuar dari tut tut haya. anak wak suhin kaha haya tak holeh huasa hikgu. haya peot, " sambung latip sengau lagi seraya menunjukkan seluar sekolahnya yang telah basah .

anak wak sudin di sebelah hanya terkebil-kebil melihat rakan baiknya bersungguh-sungguh membuktikan kebenaranya dia 'peot' dengan menayang-nayangkan punggungnya yang hancing itu di depan cikgu fatimah.




p/s : selamat berpuasa semua :)




No comments:

Post a Comment

ISIkepala Anda::