Sunday, June 12, 2011

aiskrem





aku lagi suka gigit bucu daripada gunting kepala aiskrim. bru feel makan tahuuu.





petang itu, suasana di kampung sri rahmat agak hening dan damai .awan di kaki langit tak kelabu,angin petang langsung tak mendayu macam selalu. coli-coli makcik jenab yang masih lembab di jemuran jelas menandakan matahari juga malu-malu nak keluar sejak awal pagi. sesekali terlihat juga latip sengau yang sudah bujang itu berhulur hilir menunggu boxernya yang disidai depan kipas angin itu kering secara manual.


anak cik din yang sudah layak digelar anak dara sedang asyik menonton sinetron di telebisen. sejak masing-masing sudah bermandi wajib, permainan petang-petang memang sudah lama ditingalkan. kebanyakan dari mereka sekarang lebih terjerumus ke arah aktiviti bermesetan, berfesbukan mahupun bertwitteran saja di rumah. ayat ayat canggih seperti OMG,GTG mahupun OMK sudah lali dibibir mereka. tak lupa juga dengan ayat eyuew eyuew seperti koe tewngah uart apew toe, tha shuke serta apewpownthabuleyh semakin digemari dikalangan gadis2 yang baru berdada.permainan konda kondi, cop tiang mahupun ceper juga sudah lama diganti dengan dota, farmville hatta snake game di henpon cokia masing2.


anak bongsu wak jernik yang sejak dari pagi bertandang di rumah anak cik din asyik berceloteh entah apa-apa. kadangkala keluar juga tarian zapin mahupun nyanyian negaraku ditengah2 celotehnya. mahu di tangan, anak orang pula. mahu di kaki, ish. rosak pula status anak dara paling sopan lima tahun berturut-berturut.kemudian anak cik din lantas mengajak anak bongsu wak jernik itu ke kedai pak omar.targetnya cuma satu, membelikan ice cream dan mempancing budak itu supaya kembali ke jalan yang benar, iaitu ke jalan rumah nya yang terletak di hujung kampung itu.


budak itu baru enam tahun, belum berdada mahupun berpampers. cuma budak kecil yang hanya suka membaham makanan yang manis manis, berkerim hatta bercoklat sahaja. gigi? jngan di tanya, emak aku kata dibawak lari dengan tikus mondok belakang rumah.



sampai di kedai, aku segera menuju ke sudut ice box yang diletakkan puluhan jenis icecream.


anak cik din mengambil aiskrim perisa anggur dan dihulurkan kepada budak itu ,
"ambillah, bawak jumpa pak omar dulu," anak cik din berkata comel seraya menutup pintu icebox kembali.

"mak kita dulu suka beli aiskrim tu," anak bongsu wak jernik cuba memancing sambil menunjuk ke arah icream walls paddle pop. sesekali dia memandang sinis kepada aiskrim anggur yang diberi tadi."yang ini murah, mak kita tak suka beli,"

"yelah, amik yang tu sekali," kata anak cik din dengan comel faham dengan kehendak budak itu. kalau tak kerana status anak dara paling sopan yang dipegang lima tahun berturut2 di kampung itu, sudah lama anak cik din membabykan budak itu. demand kemain budak ini.

budak itu lantas mengambil aiskrim itu dua tiga bungkus. tamaknya jangan cerita.

"mak kita cakap aiskrim tu sedap tau" anak bongsu wak jernik berkata lagi sambil memandang aiskrim cornetto love."kadang-kadang beli satu pun tak cukup,sedappp!"

anak cik din tersenyum. sifat gadis melayu memang kuat tertanam dalam diri gadis comel itu. dada diurut berulang kali menahan sabar.

"ambikla,"


dengan laju budak itu mengaut satu kotak aicream itu ditangannya.


anak cik din mula melangkah utk membuat bayaran, sebelum budak itu bersuara lagi,
"emak kita cakap aiskrim yang tuu..."

'kau nak makan pelempang?jom kita pegi bayar!'


sejak hari itu,status anak dara paling sopan lima tahun berturut-turut tidak lagi dipegang oleh anak cik din . sekian.



p/s : tahap menulis dah berkurang der, tolong jangan nak rindu sangat.










3 comments:

ISIkepala Anda::