Thursday, February 03, 2011

kawen I






rindu nak berbasikal. arghh



petang itu, matahari tak muncul. awan- awan tebal berarak perlahan menutup bahang si matahari.burung-burung kembali keluar dari sarang untuk mencari makanan. semut-semut mula keluar dari busut untuk mencari gula. cuaca begitu memang di nantikan oleh semua penduduk kampung sri rahmat.


aktiviti harian mula berjalan seperi biasa. golongan pesara sudah ready bertenggek di warung pak meor, pekena dua tiga cawan kopi cap telibesen sambil rancak berdam aji dia ats meja. bagi yang yang masih mempuyai 1Q tahap 12 , sedang leka bermain chess sambil teriak cekmet.cekmet tak henti sejak dari mula. kelihatan juga beberapa pasang anak mata kusyuk menatap kaca telibesen, dimana dvd konsert goyang gerudi inul sedang rancak dimainkan. aku syak itu mesti jenis orang tua yang perasan belum berbini. ghairah benar aku tengok sampai tak bertoleh kanankiri.



golongan kanak-kanak comel juga tak ketinggalan. petang itu, anak wak ajis, anak cik din dan anak bang jari sudah sedia berkumpul di pondok hujung kampung atas ajakan latip sengau.mulanya mereka menolak, tetapi setelah latip sengau mengugut mahu menculik Aisyah, anak bongsu tuk penghulu yang berumur tiga tahun setengah untuk dibawa lari ke Lambok, mereka terpaksa juga berkumpul petang itu. anak wak jernik sudah tidak ikut lagi bermain petang petang setelah peristiwa itu. atau mungkin, setelah dia mendaftarkan diri menjadi ahli gadis pengitan kampung sri rahmat sejak berpampers hari itu.


" hari ni nak main apa? cuaca tak panas ni, " suara comel anak cik din bertanya. petang itu dia bergaun labuh. berbedak, bersepit serta berselipar bata. ringkas, tetapi comelnya bukan main.


"kita main kejar-kejar lah, mahu?, " teriak anak wak ajis. budak perempuan itu tersengeh kecil sambil menaikkkan telinga. budak itu molek budaknya. berambut ikal, beranting emas dan berdada separa. atau dengan lebih jelas, sudah bersinglet. cuma sayang, tak suka berspender, rimas katanya. gatal-gatal. mahu garu, malu pula.


"tak mahu! kejar-kejar penat, tahu. nanti berpeluh, baju aku kotor. emak aku bising," jawab anak bang jari laju. budak lelaki itu paling bersih antara mereka berempat. berbaju kolar, bertali pinggang dan bersepatu kulit lengkap berkiwi. rambut pendeknya disikat kemas ke tepi. jika diperhati, di pipi budak itu masih kelihatan debu-debu putih, atau dengan lebih jelas, bedak wangi yang tak disapu rata.


"latip, kau ajak kami ke sini. nak main apa?," anak wak ajis mencelah laju. bosan barangkali.


latip sengau yang baru tiba dengan dua buah kipas sate dan beberapa kuntum bunga yang dipetik dari rumah Janda Melah tersengih sumbing, menampakkan barisan gigi gopesnya yang berlubang. lagaknya seperti kebiasaan. berseluar pendek, berbaju comot dan berhingus hijau. botol air soya katira setia memenuhi poket seluarnya seperti biasa.

"kiha main hawen-hawen. ahu aha bawak kipas dan hunga ni," latip sengau bersuara bangga.


"kau bawak ke kau curi dari rumah cik Melah?" tanya anak bang jari curiga.


"lepas haku petik dahi umah hik melah haku bawak he sini lah, " latip sengau tersenyum lagi.


"okey. siapa jadi pengantin,latip? " suara comel anak cik din bergema. budak itu memang sudah ada sifat-sifat gadis melayu sejati sejak dari alam rahim lagi.



BERSAMBUNG...



p/s : bila dah start merepek ni, idea mencurah pule. haihh.



5 comments:

  1. rupanya lom follow kamuuu...follow lahhh..lalalal

    ReplyDelete
  2. oh!! main kawin2 super best!!! hehehe
    pastu ada time nk bersanding tuh. ahahah.. time tuh malu2 giler.. ooh... tringat zaman muda mudi.. heheh

    ReplyDelete
  3. Hahahaaa, zaman dulo-dulo~
    Best!

    ReplyDelete
  4. ade tags for you in my blog !
    http://fara-lala.blogspot.com/2011/02/25-random-facts-about-me-myself-and-i.html

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::