Monday, January 10, 2011

renovate




Dulu, masa sekolah, satu perkara wajib yang mesti berlaku dalam rumah setiap pagi adalah acara berebut jamban. siapa bangun dulu, kena amek nombor nak guna jamban. kecuali bagi special kes seperti pesakit mencret tak henti dan perempuan mengandung, diberi keutamaan dulu untuk guna jamban. bagi orang yang yang kerap mngalami kesulitan untuk memproses bahan buangan, atau lebih senang nya sembelit, akan dipulau dan diabaikan awal-awal. mereka-mereka ini terpaksa di anak tirikan dahulu untuk diberi keutamaan kepada insan-insan yang mahu berkhidmat untuk kami-kami yang bersekolah dan bekerja ni. kalau tiap hari nak bagi alasan lambat datang sekolah sebab berebut jamban, bosan pule cikgu-cikgu.


yang paling risau pagi-pagi dah tentu emak kami yang satu itu. tiap pagi berebut jamban, sampai bila ye tak. kemudian emak aku mencadangkan jamban rumah nak di renovatekan menjadi dua jamban. senang katanya. tak payah mahu buat muka sengsara tahan berak mahupun terlompat-lompat tahan kencing tggu giliran punya pasal tiap pagi lagi. datang sekolah pun tak lambat lagi .oleh itu emak aku mencadangkan agar jamban rumah kami dibahagi kepada dua. si emak bertanya pendapat anak-anaknya.


emak : so, setuju tak nak renovate toilet rumah kita ni?

kakak : stuju.tiap pagi nak berebut, penatlah.

abang : betu-betul. abang penat juge kena blakon sakit mencret hari-hari.

aku diam je. aku kan adik. kena hormat bila org tua-tua tengah bercakap,tak gitu?

emak :so, plan nak renovate mcamana. jamban duduk or jamban cangkung?

kakak : kakak taknak jamban duduk. nanti taik jatuh air mercik-mercik. geli.

abang : abang nak jamban duduk. penatlah nyangkung2 ni. naik tanggal skru lutut bile time sembelit tau, mak.


sekali lagi aku cuma diam je. gila sopan kan aku dulu.hormat orang tua tu. kihkih.


lepas sebulan, jamban rumah kami telah selamat direnovatekan. tiada lagi muka berkerut tiap pagi. tiada lagi rebut-rebut jamban tiap pagi lagi. tapi, yang aku heran, aku tetap juga jadi student paling lambat datang sekolah tiap hari ni, apa cerita?






p/s : aku lagi suka jamban duduk. lagi feel lah der.


8 comments:

  1. haha, 'nanti taik jatuh air mercik-mercik. geli'
    Wtfish!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. xbley blah bab mercik2 tu.. adoii.. tahan perut gelak..

    ReplyDelete
  3. hahahaha, n3 gelis-gelish but i likes! no wonder kita slalu g sana kan;-p

    ReplyDelete
  4. encik ti : rumah kedua kau kan? kehkeh

    arep : ape geli-geli? bunyi 'plup' tu syahdu je dgr kan? kiki

    nad :hehe. jamban cangkung je tak mercik2 gitu ye tak.

    kak zu : tau senang kak. tq :)

    ReplyDelete
  5. berak dengan tenang da :)

    nbew entri ;

    cerita lawak ajl
    http://gengblogger.com/v/320754

    ReplyDelete
  6. salam

    hahaha baek sungguh rasanya..;)


    apezs dtg dan follow here...

    ReplyDelete
  7. hahhah..ingat duk asrama td rebut2 toilet..

    masalah lost identiti nih dtg lewat skola..

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::