Saturday, November 20, 2010

warkah terakhir











syida zainordin
No 1, Jalan Dua,
Taman Sri Tiga,
45678, Negeri Sembilan,
Malaysia.


.................................................................................................................................................................


silent readers dan followers,
iniblogbudakhuha.blogspot.com,
12345, Google,
Atas Bumi.
20 NOVEMBER 2010



Tuan/Puan/Encik/Cik,


PER: Memohon Ampun dan Maaf serta Doa.

Merujuk perkara dia atas, saya, Zainor Hanisyahida Binti Zainordin, atau dikenali sebagai Syida Zainordin , empunya blog di atas link beralamat iniblogbudakhuha.blogspot.com, ingin menyusun dua puluh jari tangan dan kaki kepada semua followers dan silent readers hatta pengstalkers sekalipun atas segala salah dan silap saya sepanjang menulis di blog yang serba serabai ini.


2. saya sedar sebagai manusia biasa yang sering melakukan pelbagai kesalahan antara sengaja atau tidak disengajakan kepada anda, anda semua. Justeru, sedalam-dalam hati saya benar-benar berharap agar anda smua dapat memaafkan segala kesalahan saya yang lampau di dalam pnulisan saya, mahupun bercakapan saya di luar.sesungguhnya saya sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sejujurnya tiada niat sekecil kuman pun untuk menyakiti hatta menguris hati sesiapa pun yang berkenaan di dalam setiap penulisan saya. ia cuma sekadar tulisan mahupun layak digelar contengan gadis pekan biasa yang berharap mampu memberikan senyuman dalam hari-hari kehidupan anda.


3. saya juga sebesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para follower yang sudi mengfollow walaupun tidak ada apa yang menarik utk difollowkan di dalam blog ini. Kepada stalkers dan silent readers di luar sana, teruskan saja aktiviti anda sekiranya ia membuatkan hidup anda tenang.terima kasih juga diucapkan kerana sudi menjenguk2 blog ini dan membantu menambahkan bilangan counter viewers saya.



4. Akhirukalam,maaf pada sesiapa yang pernah terluka, terguris hatta kecewa sekali pun. saya bukan malaikat dan hanya manusia biasa. minta ampun halal segala benda. minta juga doanya untuk saya dan kawan-kawan, semoga dapat menjwb exam dgn baik dan tenang. semoga dipermudahkan segalanya. amin.




Segala kerjasama didahulukan dengan jutaan terima kasih,






Salam Sayang,


Syida Zainordin






2 comments:

ISIkepala Anda::