Wednesday, September 15, 2010

transformasi



aku rasa sekarang dunia makin kelam kabut.bencana sana sini, maksiat tak berhenti, buang anak sesuka hati, tikam bunuh membuta tuli,ha.nampak.siap boleh buat pantun 4 kerat dah tu.

tak payah banyak ckp la.bukak je paper hamek kau semedang berita kes2 jenayah menepek depan mata.siap boleh buat pembahagian bab lagi aku rasa. mak aku ckp tu maknanya kiamat memg dah dekat dah tu. dekat simpang mana wallahhualam lah.kau pergi tanya ustazah kat sekolah pun dia suruh kau balik baca buku tanda2 kiamat dekat rumah sendiri.

jadi,aku rasa mungkin aku perlu melakukan transformasi untuk bekalan di masa hadapan.agak skema bunyinya.tapi peduli apa. transformasi kali ini bukan seperti filem transformer itu ye tuan-tuan,bukan juga seperti lagu transkipsi dari siti nurhaliza, jauh sekali daripada kelajuan bas transnasional yang sering kita lihat di kaki-kaki jalan. nampak tak aku punya keteguhan iman yang cukup kuat di situ? kalau tak nampak tak apa, sebab aku memang tak suka kecoh2 bila sedang buat kebaikan. ohh. hiba pula rasanya.

bila tengok manusia yang sekarang dah macam tak berperangai manusia, sedih jugak. sedih la.kau tahu tak ape tu sedih?bunuh orang mcm bunuh semut tepi jalan kampung parit awang je, sembelih orang macam sembelih ayam belanda je gayanya. yang buang anak tu dah satu hal, kau dah seronok-seronok lepastu bila dah tau terpreknen and beranak ,ewahh, macam sampah tulang ayam KFC je kau cmpak mcm tu je kat tong sampah eh! huish. marah ni marah ni.

nasib baik sekarang masih bulan raya. kang aku terbebel banyak kang buat rugi aku je amalan berguni2 yang buat mase bulan puasa dulu.buat penat je aku menghayati kata ustazah Bakyah sampai terbawak2 mimpi, ANDA BUAT ANDA DAPAT tu..boleh buat gaduh betullah kalau cakap pasal bab-bab ni.



cuma aku harap transformasi yang aku berikan selepas ini akan beri seribu ketenangan dan kejayaan kepada aku. harap- harap lah. semua orang mesti ada buat salah. kita bukan malaikat.
bak kata teacher india aku, nobody perfect lah kawan :)




(budak ni ada iras aku masa kecik2 dulu)


p/s: sekarang mulut aku byk ulser, pedihh mak oi! -,-

1 comment:

ISIkepala Anda::