Thursday, July 29, 2010

keseriusan

(mata aku sekarang dah jdi mcm ni.tapi comel lagi dari dia ni)


sekarang ni aku rasa manusia sedang mula memandang serius ke arah kehidupan.member ajak ponteng kelas pun hati dah berbelah tiga puluh nak join ke tak. homwork tak siap sekarang sibuk2 selongkar beg cari pen nak siapkan on the spot. Persatuan Tido Dalam Delas dah semakin kurang jalankan aktiviti harian kelab..visi dan misi yang selama ni berpegang teguh kepada TIDUR ITU SALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN semakin juga di anak tirikan.


bila aku tengok kalendar,nombor bulan dah nak masuk angka 8. member aku yang dulu jenis tak kisah sekrang cuak bukan main. keliru mahu berdebar menghadap paper trial tak lama lagi sama sibuk fikir kasut raya nak heels berapa inci bergebung mesra dalam benak hati mereka.


Geng Mencekik dgn ahli jawatankuasa bekalan makanan juga skrg dah mula slow down . latihan untuk bulan puasa nanti katanya.dalam hati aku sedih juga, sebab sekarang tiap pagi aku dengar keroncong berkumandang sayup-sayup dalam perut. ohh.syahdu sekali rasanya.

tapi aku masih tak boleh terima kalau Kelab Memekak dah berhentikan aktiviti wajib harian.

gila kau,siapa nak tanggungjawab kalau ada org nekad terjun bangunan tingkat empat kelas aku tu bila terlampau rindu dgr suara buluh bentung ni?

p/s: wish me luck, kwn.trial ni kasi aku jadi serupa beruang panda.

No comments:

Post a Comment

ISIkepala Anda::