Sunday, June 06, 2010

Tanya





dulu kecik2,atau lebih tepat,time aku comel2 mcm anak tom cruise lah senang cerita, aku selalu tanya dekat member aku yg selalu perasan hebat sebab dapat nombor satu masa periksa dekat sekolah tadika dulu.,aku tanya dia,macamana hujan boleh turun?dia terdiam,berkerut sedikit keningnya,mungkin tanda sedang berfikir bagaimana proses hujan berlaku,atau bagi aku,kemungkinan besar,sedang mereka jawapan yg sesuai utk menjwb soalan aku yang agak mencabar itu.

"sebab taknak bumi kering.kalau bumi kering,kita pun matilah,sebab tak ada air"jawab member aku tu dgn penuh yakin,seyakin jawapan rekaan nya itu.walaupun aku rasa apa yang aku tnya lain,dan dijawab lain oleh kawan aku yang perasan hebat tu,aku anggukkan saja.maklumlah,bakat debat aku belum bercambah lagi masa tu.xpandai melawan lah senang cerita.suci murni orang kata.bak kata pepatah,pakaian yang kotor,boleh dicuci,hati yang suci sukar dicari.huahua.

masa aku sekolah rendah,atau masa aku tgah masyur jadi kakak paling senior dlm sekolah, aku ditanya oleh seorang adik darjah tiga.bulat mukanya,besar juga badannya.mulutnya berkunyah sentiasa.dia tanya aku sambil buat muka penuh kecomelan,atau bagi aku,muka yang sedia mintak disepak.atau di lempang barangkali.

"akak,datang bulan tu macamana?"..aku terdiam.keliru apa reaksi yang aku perlu buat selepas dgr soalan itu.gelak atau lari masuk kelas sebab tak tahu nak jwp apa.takpun telefon mak tnya jawapan lepas tu bgtahu kat budak montel tu.ah.leceh la.

"kau balik tanya mak,akk nk ckp kat sini nti budak lelaki dengar.malu"jawapan selamat.
dia angguk,lantas kembali mengunyah smbil tersenyum aneh.jelas tak ikhlas.aku tarik nafas lega.dalam hati aku mengucap,bersyukur barangkali,sebab untung budak itu tak tanya mana datang bayi dalam perut?aku nak jwb apa?tanya ayah kau lah?mungkin.



2 comments:

ISIkepala Anda::