Thursday, April 29, 2010

langit



aku rasa sekarang aku selalu keliru dgn keadaan langit.sebabnya pagi2 bila bangun tidur selalu juga aku gelabah tak tentu hala bila tengok luar tingkap langit dah cerah semacam.bila sampai sekolah,ain yang berkaca mata tanduk itu tegur aku kenapa muka aku berpeluh2 macam orang2 kaya baru keluar bertapa dalam sauna.bila aku ckp sama dia yang power rabun dia dah bertambah sampai tak dapat detect kecerahan langit pagi itu,dia kata aku pula yang buta nombor tak tahu tgok jam pukul berapa.

dari jauh parin dah berkerut pandang aku lain macam.bila aku cerita pasal keadaan langit yg selalu mengelirukan aku tu,kerutan dia hilang serta merta.katanya dia lega kerana mata dia masih normal sebab nampak aku datang sekolah awal hari itu.dia tak tahu aku dah korbankan byk perkara pagi itu sampai terawal dtg sekolah.keliru punya pasal,aku terpaksa rembat abg aku punya setokin yang dia pakai pergi main futsal dua tahun lepas smpai sekarang.hilang kemachoan aku kalau kantoi dtg lambat.walhal aku rasa aku yang paling cepat dtg sekolah hari itu sebab aku tak nampak brader helmet kuning hantar bini dia pergi kerja sambil berlaga2 pipi mcm selalu.

balik rumah,kaki aku gatal2.bahana kaki bercagu abg aku agknya.malam itu awal2 aku dah set jam henfon tepat pukul enam dua puluh enam minit pagi.tapi tetap juga aku bangun gelabah tak tentu hala esoknya,sebab aku lupa nak cas bateri henfon malam itu.nasib baik ada bapak aku yg tercinta,boleh juga dia hantar aku naik sekuter merah laju2 sampai depan pagar sekolah dimana cikgu disiplin dah jeling2 tengok aku pakai setokin futsal abg aku lagi pagi itu.



2 comments:

ISIkepala Anda::