Wednesday, December 30, 2009

renungan


pagi tadi,
usai pulang dari sekolah setelah mengambil buku teks tingkatan lima,aku duduk sebentar menghilangkan lelah setelah mengangkut buku2 teks dan buku latihan yang banyak itu.memang ketara benar dengan buku2 tahun lalu,mcm dah boleh agak betapa 'berat' memasuki alam tingkatan lima ini yang menjadi tahun penentu masa hadapan.
sedang aku melepak dan mengeringkan peluh yang dah berjurai macam air terjun bekok itu, terdengar perbualan seorang bapa bersama seorang anak lelaki tidak jauh dari tempat aku melepak itu,.sederhana kuatnya,tapi aku dapat dengar dengan jelas akan isi2 perbualan mereka.
lebih kurang begini dialognya,

"kau ni suruh belajar,malas.asyik main dgn kwn2 kau tu.kalau aku tahu kau ni bodoh dari dulu,tak payah aku hantar pergi sekolah.membazir duit aku bayar yuran.pandai tak jugak.makin bodoh aku rasa adelah!lain kali kalau taknak belajar bgtahu aku awal2,bodoh"

sumpah,ketika itu aku rasa mcm2.cuak ada,tergamam ada,terkejut ada.mcm nak menangis pun ada.budak lelaki itu hanya buat muka toya saja.tak tahulah sama ada dia faham apa yg bapak dia dok bebel dari tadi,atau cuma angin lalu saja.dalam hati aku beristigfar beberapa kali.
baik betul bahasa si bapa nak menegur anak dia. kut ye tgah marah tahap gunung berapi Filipina pun,xpayah la sampai mencaci,menghina anak sendiri dekat tempat terbuka.kut ye nak menegur anak yg degil xdengar kata,ape lah salahnya,guna bahasa yang elok sikit didengar, kena saman dek mahkamah besar agaknya kalau guna bahasa yang lembut sikit.mazhab mana si bapa tu belajar pun aku tak tahulah. si bapa kemudian berkata sesuatu yang tak berapa jelas.tapi aku malas nak dengar lagi.kut dapat pahala mendengar orang mencaci2 anak sendiri takpe la jugak.
kemudian aku terfikir,bagaimana mahu anak dia jadi pandai kalau dia sendiri pun tak putus2 ckp anak dia tu bodoh, bodoh dan bodoh??kata orang,kata-kata ibubapa kepada anknya itu umpama doa.bagaimana anak dia mahu berubah jadi pandai kalau si bapa yang membayar yuran sekolah setiap tahun itu mendoakan anknya dengan perkataan bodoh?

bila difikir,itulah manusia.manusia yang kadangkala terlalu hipokrit dalam meniti lumrah hidupan.manusia yang tidak pernah puas dengan nikmat yang ada.jika sesuatu yang baik dan bagus dipandangan mata, akan dipuji,dilambung dan di bangga setiap masa. bila sesuatu yang kurang baik,ataupun sesuatu yang tidak memenuhi harapan yang diinginkan, jangan kata banyak,awal2 dah dihentam dengan cacian,makian atau pelbagai sumpah seranah yang free je diluah akibat ketidakpuasaan hati manusia.

timbul juga persoalan,kalau begini jadinya manusia di masa akan datang,bagaimana seseorang pemimpin yang salah mahu memimpin rakyat supaya jadi betul?bagaimana seorang yang selalu gagal, mengajar anak jadi pandai?bagaimana pula ketua yang malas,mahu staf2 nya sentiasa rajin dan bededikasi setiap masa?dan kita sendiri,bagaimana mahu merubah manusia jadi bagus kalau diri sendiri pun tak berapa nak betul??
konklusi,hidup xselalunya mengharapkan benda yang betul sahaja dalam mengenal erti kehidupan.undang2 yang selalunya dikaitkan dengan keadilan dan kebenaran,masih ramai juga yang menjadi mangsa keadaan yang teraniaya.

p/s:mcmane plak si ketam ajar anak die jalan tegak kalau die sendiri pon jalan senget2??

2 comments:

  1. x patut pakcik tue cakap pada anak dia mcm tue..patutnyer bg lah galakan n rangsangan...x lah dak tue rasa 'ye,diri aku bodoh..bapak aku pon dah cakap mcm tue..fine..x yah sek'..sure dak tue ckp mcm tue punyer lah...ish..musykil aku

    ReplyDelete
  2. kan?kan?kan?kan lagi?huhhhuh.saba je dgn pkcik tu.samat anak die,kalo anak org lain da lame aku bwk pergi masjid suh semayang hajat bagi bapak die tu insaf sikit.dah tahu anak mcm tu,jgn la bg tekanan lagi.egt dgn maki2 anak die tu berbakul2 boleh berubah jadi pandai apa.uishh.dunia skrg pelik!

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::