Monday, December 07, 2009

brpp..brppp..

aku rasa getaran.
aku raba2 sebelah kanan sisi yg penuh dgn plastik2 beskut Hwa Tai yang menjadi bahan mencekik tatkala aku kusyuk membaca novel 'DALAM MIHRAB CINTA' tulisan Habiburrahman El Shirazy.
brpp..brpp..
apa?perut aku kenyang lagi oke.
itu bunyi vibrate henfon aku yg berada di mode silence yang aku hentam saja spelling bunyi vibrate itu mcmana.lebih kurang la tu.


*1 new message received*
*from:najiha-kem*

(saja tulis sebab nak tunjuk aku guna language ENGLISH,haha)

aku buka.dan mula membaca isinya:-

Persahabatan,ia lebih sukar dari MATHS,
Lebih rumit dari Fizik,
Lebih susah dari Bio,
Lebih payah dari ADD MATH,
Lebih pening dari MUET,
Tp persahabatan xsebosan DINAMIKA,
xserabut peta GEOGRAFI,
Jadi kita mesti pastikan ada CHEMISTRY antara kita,
Barulah persahabatan dapat difahami kerana,
Persahabatan itu seindah PENDIDIKAN ISLAM,
Penuh dgn SEJARAH dan kenangan yg sukar dilupakan.
hope our frienship is never end,Zai!!:)


aku senyum,sumpah aku ade sikit feeling terharu.najiha:camping-mate dari jb yang aku kenal ketika ikut perkhemahan yang bagi aku ala2 penjara kajang dulu.gadis berkaca mata dan ramah budaknya.sebab sampai2 sana aku da kena jawab soalan bertubi2 dari dia.sempat jugak aku rasa mcm kene serbu dengan michelle,si wartawan Melodi masa tu.xke peramah tahap giga namanya?

aku kembali mengadap buku novel yg masih berbau Kedai Buku Popular itu.best buku ni.
byk menerangkan ilmu2 kehidupan dan islam.xlama lepas tu,

brpp...brpp..
henfon aku bergetar lagi.

*1 new message received*
*from:siti-kem*

"ADA masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ni bukan hanya utk ketawa,
ADA masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata,
ADA masa kita perlu ada seorang teman agar kita xkesunyian,
dan ADA masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya SEORANG TEMAN..spt awak yg benilai bgi saya."
zai,semoga kita kwn sampai bila2 ye.


aku senyum lagi.tambah feeling aku betul minah ni.siti:camping-mate aku jugak dari segamat.xsangka dua2 masih ingat aku wlupun camping tu nak hampir sbulan berlalu.aku tau msg2 ni just forwarded msg,tapi korang dah korbankan credit utk send dekat aku,gila apa kalau aku xrasa terharu macam Mawi terharu dapat menang AF dulu.wlupun camping itu bagi aku mcm camping budak2 henry gurney,tapi aku rasa aku xrugi sangat kot join camping tu.sebab aku dapat kenal korang yg spesis egt kawan tahap giga ni.ok,korang berjaya buat aku terharu.sila tepuk tangan dua kali.btw,to jia and siti,sori la aku tak dapat reply msg2 korang sebb kehilangan budget beli topup.nti aku dah kaya mcm Donald Trump aku reply ok?;p
imy guys!;DD

No comments:

Post a Comment

ISIkepala Anda::