Thursday, October 08, 2009

renungan utk wanita2 islam..

tadi bapak balik dari mejid,
tros bagi flyers kat aku yg die dpt time tazkirah dari mejid tadi,
kali ni tajuk tazkirahnye..,
PANDUAN ISTERI SOLEHAH:TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA..
hm..bile dibace2 balik..mcm perli aku pon ade bapak nih..hihi
bile bace flyers tuh..mcm byk je kesilapan aku sbgai wanita muslimah,,
even,alhamdulilah,,aurat aku masih terjaga dan terlindung sampai sekarang..,
tapi aurat bukn just terletak pade rambot or tubuh badan je..,
aurat wanita sebenarnye merangkumi byk aspek,
refers on flyers yg bpk bagi nih..
harap2,kita dapat sama2 ubah ape yg selame ni kita lalai mahupun tidak sedar kesilapan yg kita lakukan sepanjang bergelar seorang wanita muslimah..
insyaAllah..
tapi flyers ni betul2 menarik perhatian aku,,bila aku bace,,bukan je aku teringt balik kesilapn2 aku,tapi aku terfikir tentang kwn2 aku,
nauzubillah..ngeri bile bace balik..
tapi hakikatnya..majoriti anak2 muda perempuan sekarang memg ada yg mcm tertulis kat bwh ni..
bukan nak kata aku ni baik sangat,tapi sekadar nasihat utk kawn2 aku yg majoriti byk yg lalai dalam bab2 aurat ni..
memang,,tiada manusia yg sempurna..
tapi kita boleh cuba untuk jadi hamba allah yg sempurna,
dengan mengikuti suruhannya dan menghindari larangannya..,
sbenarnya tak susah nak menutup aurat sebagai seorang perempuan muslimah,
cuma nawaitu dan kesungguhan yg betul,,
dah cukup utk kita selidik ape sebnarnya erti aurat bagi kaum wanita muslimah,
lagipun rasa2nya dengan umur yg sekarang dan kian meningkat dari hari kehari,dah boleh utk kita fikir baik buruk aurat dalam kehidupan,,
xpayah la sampai aku nk tegur korang or nasihat korang depan2 pasal aurat2 ni sebab aku tau,korang pon sebenarnya faham dengan semua tu..cuma nawaitu dan kesungguhan tu belum ada..atau mungkin..pintu hati korang belum terbuka sepenuhnya...
so,bagi korg2 yg berkenaan,berubah lah selagi masih ada peluang..
hidup ni bukan hanye utk dunia semata2..
tapi untuk akhirat jugak..
renung2 kan lah yer..
n lastly,aku taipkan antara kandungan flyers yg bapak bagi tadi..
semoga korang sedia berubah dalam meniti kehidupan sebagai seorang muslimah di bumi allah..
amin..



'Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang haram),dan memelihara kehormatan mereka;dan hendaklah
menutupkan kain tudung ke dadanya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya'

-SURAH ANNUR-AYAT 31-


sesunguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang,(menggoda,nipis,ketat,seksi yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderung kan orang lain kepda perbuatan maksiat,),rambut mereka laksana goh2 unta (didedahkan dan dibanggakan).seseungguhnya, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya..

-HADIS SAHIH RIWAYAT BUKHARI DANMUSLIM-

~kaum wanita juga perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya (berpakaian yang sendat,jeans yg ketat di punggung,terdedah rambutnya,dll),setiap lelaki yg melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang.Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu,tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yg memandangnya.bayangkanlah betapa banyaknya dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari.Ia berdasarkan sabda Nabi SAW yang ertinya:

"Sesiapa yang melopori sesuatu yang buruk,maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." (riwayat Ahmad dan lain-lain:sohih)

termasuklah dalam erti mempelopori,apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu,yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa.Pastinya, si wanita juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandangnya. adakah hati orang sebegini boleh dikira baik?setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?ramai wanita yang bertudung;tapi tidak menutup dada,berbaju ketat/singkat dan berseluar sendat yang jelas menonjolkan alur punngung juga dikira tidak menutup aurat dengan sempurna kerana ia masih mengundang fitnah(godaan).

Sabda Rasullullah SAW:

Sesiapa yang mengajak kepada hidayah(kebaikan),maka baginya pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikuti selepasnya,(serta)tidak berkurangan pula pahala orang yang mengamalkannya,dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan,maka baginya dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikitpun....-H.R Imam Muslim-

BERTUDUNG TETAPI BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT:


  • baju yg dipakai singkat tidak melepasi punggung

  • pakaian ketat menampakkan susuk tubuh

  • bertudung tetapi pakai t-shirt pendek tayang lengan dan ketiak

  • berseluar jeans yg ketat dan sendat.

  • bawah baju yg singkat dan menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggung yg wajib ditutup

  • tidak bersarung kaki

  • solekan/TABARRUJ yang jelas dilihat (lipstik)
  • memakai wangi-wangian yang merangsang nafsu.
  • kain yang dipakai terlalu singkat/senteng dan nipis sehingga menampakkan betis



2 comments:

  1. mcm xpecaye je aku taip sumer nih..huhu

    ReplyDelete
  2. huhu..menarik..bgus2...dakwah ni.. smoge jd muslimah sejati...insyaAllah..hehe :P

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::