Sunday, February 13, 2011

25




aku ni dah diajar dari kecik.atau mungkin dari zaman masih menetek, bahawa jadi manusia mesti tahu hargai pemberian orang.yelah, dah emak aku bagi netek susu badan fresh terbaik dari ladang, sape yang nak nolak ye tak. cuma, sejak dari alam rahim lagi emak aku dah awal-awal pesan, kalau ada manusia tak dikenali mahupun makhluk asing dari planet Ushtari sekalipun datang bagi coki-coki, kotak ding dang mahupun tora serta cincin plastik dari mesin tikam, jangan gatal nak datang ambik. biasalah, kanak-kanak comel memang berisiko tggi untuk diculik dan dijadikan alat penguat urat testis mahupun urat penis. ok, aku rasa dah menyimpang jauh dari tajuk asal ni. demdem.



jadi, setelah kelab peminat Syida Zainordin mengadakan rusuhan anti-habuk dekat blog yang dah lama tak berupdate ni, berbekalkan semangat satu malaysia dan sifat kamil rajin semula jadi yang sudah lama tertanam dalam identiti diri, aku nak membalas post tagging dari ahli persatuan pengakap tegar malaysia, cik fara-lala yang terlalu rajin mengetag saya, selaku ahli persatuan penganggur tegar sedunia ini.




25 random facts about me, myself and i


Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

next, this is 25 random facts about me.




okay-okay, jangan gabra, disebab kan english aku agak boleh tahan celaka dan tak nak anda bersusah payah membelek kamus dewan bahasa menterjemah ayat english aku, so, aku type on melayu je lah.tak payah la nak ber-omputih sngat. berbelit lidah nak bace kang jangg oiii.


  1. tak makan ikan sungai.
  2. benci bangun pagi.
  3. gemar bela berudu mahupun jentik-jentik sebagai hiasan.
  4. gelabah tak memasal espesieli bila direnung oleh ribuan jejaka maskulin, taff, keding mahupun jambu.
  5. bukan penggemar pink, pink muda, pink cair hatta pink tua.
  6. ahli kelab kipas Heri Poter
  7. kuku tangan dan kaki tak tumbuh sekata
  8. tergolong dalam golongan tak berduit tiap masa
  9. sangat benci kutu, kutu rambut, kutu beras mahupun main kutu
  10. sangat obsess kucing dan haiwan berbulu.
  11. penggemar steak kecuali kambing, labi-labi, landak dan kuda laut
  12. pencinta komik.
  13. pelayan lagu pop dance.
  14. sangat suka melancong
  15. tokyo, mesir dan perancis.
  16. dua mata besar
  17. dua tangan panjang
  18. dua kaki debab
  19. satu hidung separa bukit
  20. satu mulut tak reti diam
  21. berkuku cawan teh
  22. bergigi senget
  23. dua jahitan di dagu
  24. berambut dawai
  25. berkening cacak.
habis.



sekarang kena mengetag pulak. aku tag lima orang je lah, ramai- ramai pun macamlah kau orang rajin nak menjawab pulak. aku pun buat buat rajin je ni sebab takde idea dah nak update hape. nasib la sape yang kene tag. nak jawab dah, taknak jawab dah .okeh.bai.








p/s : hepi besdei emak dan bapak. sayang sekali anakmu ini belum bekerja, kalau tidak, mesti iPhone 4 sedia sorang satu depan mata. rugi betoi.





1 comment:

  1. oi,pe keding2..?? debik kang..
    ko kurang 1 lagi..yg ke-26..
    kaki bodek mak ayah a.k.a tukang perabehkan duet..~

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::