Saturday, January 08, 2011

malam








oh bulan. enggan melayan diriku lagi.





malam semalam, rumah aku sunyi.rumah sebelah juga sunyi . biasa waktu-waktu begini anak bujang rumah sebelah yang macam takeshi kaneshiro punya muka, baru balik dari menguatkan otot kaki berfutsal dengan hanya bershorties. tak nampak pule malam ini.rindu juga aku dengan bau peluh kepam-kepam masam dari badan ketak-ketak lelaki bujang itu. lambat agaknya. aku fikir mesti dia ngeteh-ngeteh dulu dengan member se-futsal nya. biaselah, bujang-bujang jowo suka benar ngeteh-ngeteh bagai ni, tak gitu?

aku keluar rumah, konon mahu menghirup udara malam. pintu rumah dikuak perlahan. kaki dihayun keluar rumah. udara malam menghembus lembut kulit muka. sejuk bukan main angin malam ini. aku bermonolog dalaman. mata aku beralih. baru perasan hanya rumah aku yang berlampu terang. rumah lain hanya berlampu malap, berlampu tidur, mahupun tidak berlampu langsung. angin malam yang membeku menghembus kulit sekali lagi. aku lihat jalan raya basah. daun-daun masih bertitik air hujan. hm. musim begini tak hairan rumah manusia sekarang cepat tak berlampu. aku bermonolog kecil, berusaha keras utk tidak bermonolog dengan lebih mendalam. kurang pule iman di dada nanti.


masuk rumah, masuk bilik, lepak atas katil. malam sejuk-sejuk begini bosan juge. hati aku tak semena-mena ghairah untuk menulis sesuatu seakan diari. gedik juga bunyinya nak berdiari bagai.pengaruh baca buku ina naim terlebih agaknya. lalu dengan pantas, tangan mula menyelongkar buku-buku latihan sekolah lama. mencari muka surat kosong yang boleh dijadikan sebagai diari curahan hati syida zainordin dengan rasmi. save bajet sikit, tak gitu? aku capai buku latihan pendidikan sivik, hampa. tiada muka surat kosong. aku capai pula buku latihan pendidikan jasmani, hampa juga. full page buku latihan itu aku tulis nota sampai kulit bukunya sekali aku bantai mencoret. tak sangka pula aku rajin begini ketika zaman sekolah dulu. ini kalau tunjuk dekat bapak aku, mau dibuat frame gantung dekat pintu gate depan rumah tunjuk anak dara dia rajin mencatat masa sekolah. kembang kempis hidungnya jangan cerita.

aku tak putus asa. buku latihan sejarah diambil. kemudian tersenyum lega. yang tercoret hanya empat helai aje, yang lain suci bersih dari sebarang kotoran. aku ambil lagi satu buku, buat spare. mana tahu kalau terkeluar idea menulis pulak. kurang-kurang boleh juga aku jadi klon ahadiat akasah. buku latihan english pula diambil, dan diselak. tersenyum lagi. banyak muka surat kosong yang tak terusik hatta tercalit sekali pun. dalam hati suka bukan main. kemudian kembali lepak atas katil sambil memikir idea apa yang nak ditulis.

tapi apa yang aku fikir ialah,
apsal nota sivik sama pj aku lebih banyak dari nota sejarah sama english? hm. aku harap tuhan masih sayang pada aku utk subjek itu masa SPM lepas.





p/s : awasi anak anda ketika musim banjir ni. pandai buat, pandai jaga. tak gitu?





4 comments:

  1. sedap bagai la ayat-ayat hang.
    sasterawati sungguh!

    ReplyDelete
  2. Syida..
    muka jiran mcm Takeshi??
    err..ade umah kosong x dekat2 area umah syida tu...hikhik :P

    ReplyDelete
  3. arip : kalau sasterawan negara tu, A. samad said,
    aku plak B. samad said. amcam?

    aja : ape tu nyah?

    cik shuju : ade kak. balai raye tu kosong rasenye. kiki. tu hiperbola je lebih. ;p

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::