Friday, December 10, 2010

salad






itu hari aku tonton kaca tivi. petang-petang begitu memang enak tonton tivi sambil makan keropok keladi hasil dari kenduri kawen entah siapa.plastik pembungkus aku koyak dengan rakus. dalam hati nafsu makan dah membuak-buak.aku ambil satu dan mulai mengunyah dengan penuh penghayatan. nafsu makan terbantut tiba-tiba. aku tengok kembali plastik pembungkus keropok itu. dah seal punya baik apehal lemau pulak. hati dah panas. nafsu amarah semakin memuncak. lepas aku belek plastik tu, aku lihat ada beberapa kesan lubang hasil gigitan yang penuh kreatif oleh seorang makhluk tuhan yang baru bergigi. suspek utama terlintas dalam kepala. budak kecik bergigi kapak ini. komfom.












usai ambil keropok kacang hijau yang yakin tiada kesan gigitan budak baru bergigi itu, aku mengunyah. kali ini nafsu makan bersambung. bunyi kruk krak kruk krak jelas kedengaran.aku ambil remote control. tekan punya tekan. tiada fungsi. channel hindustan hasil tontonan emak aku tadi masih juga tidak bertukar. scene tergolek-golek atas rumput jelas terpapar. hero tamil pula turut bergolek sama menangkap si heroin yang enak berguling. laju aku menekan punat remote control sebelum melihat scene yang akan mengeluar kan isi perut makanan semalam.tidak juga berfungsi. aku tekan lagi dan lagi. kemudian aku merengus sendirian bila sedar bateri di belakangnya hilang satu. ini kerja budak baru bergigi itu lagi. sambil mencarut aku memasang smula bateri yang aku cari tercampak di bawah sofa ke belakang remote control itu. si hero tamil itu sudah berjaya menangkap si heroin. lantas mata mereka bertembung. tarikan nafas semakin laju akibat penat beguling sama nerves jumpa mata air depan mata telah bersatu. nafas semakin tertahan-tahan. bibir semakin menguntum senyum. bibir mereka kian dekat dan dekat. hampir untuk berkuncup sebelum aku segera menekan punat chaneel 611. fuhh. lagu Geng Bas Sekolah rancak berkumandang. dalam hati mnyesal bukan main miss lagi cerita itu hari ini.



channel tivi dialihkan. kali ini ke siaran tivi tiga. entah cerita apa. sambil mngunyah aku menonton cerita indonesia itu dengan serius.ada seorang perempuan bercelak hitam dan mempunyai ilmu sumpah menyumpah sedang menyiram pokok salad yang segar si sebuah taman. sebelum datang seorang pemuda berkopiah datang kepada perempuan ala geng black metal itu.




perepuan bercelak : hey pemuda. apa kau mau?
pemuda : aku mau sedikit salad segar kau. isteri aku sedang hamil dan mengidam makan salad segar dari kebun kau.
perempuan bercelak : beraninya kau datang kemari mahu mengambil salad segar aku. kau tahu bukan satu kampung ini tidak dibenarkan mengambil salad segar dari kebun aku. atau kamu semua akan disumpah menjadi batu.
pemuda :maafkan aku wahai perempuan bercelak *okey, aku lupa nama perempuan tu. tapi izinkan aku ambil sedikit salad kau. isteri aku lagi mengidam benar mahu memakan salad segar dari kebun mu ini.tlong lah .beri kan aku sedikit. kasihanilah isteriku.
perempuan bercelak :hm. baik lah kalau begitu. aku izinkan kau ambil salad-saladku. asalkan kau patuhi satu syaratku.
pemuda : apa dia? aku sedia menerima apa saja syaratmu.
perempuan bercelak :aku izinkan kau mengambil salad ini dengan syarat selpas anak dalam kandungan isterimu itu lahir, anak itu harus diberi kepadaku.
pemuda :(terdiam dan berfikir resah) tapi anak itu satu-satunya anak yang aku miliki!
perempuan bercelak : kau harus menepati syarat ini. atau kau akan disumpah menjadi batu kerana telah mencuba mengambil salad-salad ku.
pemuda: baiklah. aku setuju (dengan muka sedih dan terpksa)




iklan garnier jelas terpampang depan mata tiba-tiba. ciss. potong mood. sedang sibuk aku mngunyah, otak cerdas aku langsung berfikir. cerita bangang apa yang tukar anak dengan salad ni? takde benda lain ke nak dibuat tukar. kemudian laju aku menekan button info di control remote astro itu.


terang dan nyata. skrin itu terpapar tajuk yang buat aku tergelak berguling maut.



"RAPUNZEL"





P/S : eh cmne aku leh terupdate ni? -_-"







4 comments:

ISIkepala Anda::