Sunday, December 12, 2010

password


PC Fair mana entah aku amek dari google.







petang tadi, usai berjalan fest time pakai heels wedges tggi nak mampus, kaki aku lenguh- lenguh. berjalan satu mall spanjang PC Fair yang berlangsung hari itu agak la memutuskan urat otot gastrocnemius dan soleus aku.tambah dengan anak buah aku yang boleh buat scene berguling atas lantai mall macam cerita tamil malam semalam. nasib aku ni makcik yang boleh diharap. senang hati aku kejar budak tu daripada hanyut dalam berguling ala hindustan dekat lantai tengah-tengah mall yang penuh manusia tu. ikut hati mahu saja bagi tangan sama pukul bontot dia bertubi-tubi,, nasib hati suci aku ni tangkas menepis rasukan syaiton nirojim,sifat-sifat sahsiah dan kasih sayang yang sudah lama dipupuk sejak kecil itu masih setia tersemai dalam benak dada .


balik rumah beronline sekejap. datang si kakak yang memang sejak dari aku lahir pantang melihat aku bahagia sikit. 'tolong log in fesbuk akak kejap," selamba dia berkata tanpa memikirkan kesabaran aku menungu connection internet tak connec-connec dari tadi. dia bukan tak tahu line sini macam haram punya siput. ulat beluncas pun lagi jalan laju lah aku rasa. "password", pinta aku malas usai internet akhirnya berjaya di connec kan juga. si kakak buat tak dengar, atau memng tak dengar barangkali. mata bundarnya fokus menala ke kaca telibisen yang sedang rancak terpapar cerita hiburan Melodi. ah. perempuan. memang dasar kaki gossip dan cerita -cerita panas. aku bermonolog dalaman tanpa sedar akan jantina diri sendri. hati dah suam-suam panas. volume suara dinaik kan kepada tiga bar. 'hoi. password!' tone suara digarangkan. tersentap si kakak seketika. tak pernah si adik yang selama ini mengekal kan sifat-sifat lemah lembut dan baik hati sejak dari kecil itu menjadi garang tidak semena-mena.
" err. puding." jawab si kakak ringkas. "hah?" aku bertanya lagi. telinga dipasang kan sedekat mungkin. " puding". kali ini jelas. telinga aku berjaya menangkap ayat 'puding' itu.aku lantas berdekah dengan volume 10 tahap tak ingat. apa cerita puding dibuat password fb. aku berdekah lagi. "kenapa kau gelak, samdol? " kali ini si kakak pula buat suara tone digarangkan. bengang mungkin. " kelakar. password kau." aku berdekah lagi. kali ini hampir terguling. si kakak panas hati, lantas berkata tenang, "ala, kira okey lah dari password laki aku,". aku berhenti berdekah. " apa?" tanyaku laju. teruja. "ROTICANAI " jawab si kakak. sebelum sambung melihat wahid senario mencarut entah apa di kaca telibisen





P/S : happy tree LOL family :)

2 comments:

ISIkepala Anda::