Friday, May 07, 2010

rezeki





Petang itu,suasana dalam library sekolah macam haram dia punya sepi.cuma kedengaran bunyi keriak keriuk kipas angin yang aku rasa dah layak dijual dekat apek tokey besi singlet putih.diselangi dengan bunyi pancaragam perut aku yang hebat berdentum lagu Drama King tahap volume 10 punya kuat,tanda protes mintak diisi.aku abaikan keinginan si perut,lantas kembali fokus terhadap pekerjaan aku ketika itu.kefokusan aku makin menjadi bila perasan ada beberapa orang guru lalu lalang sambil jeling2 tengok anak siapa yg duduk di library petg2 yg panas begini.gila kau, pelajar terbaik spm tahun lepas pun tak ada yang mahu lepak library tgah2 waktu kemuncak segala manusia sedang enak berdengkur macam ni. ini kalau mak aku tengok pun,mau dia kata aku dah buang tebiat,.atau paling tidak, dia akan buat pulut kuning tiga hari lima malam berturut2 tanda bersyukur anak dia dah mula memandang serius ke arah kehidupan sekarang.

Bobo,member aku yang mcm anak cina punya muka, masih sibuk dengan rekaan pantun empat kerat untuk pertandingan sekolah.sesekali aku dengar juga dia mencarut sebab konfius nak baca pantun macam baca sajak patriotik, atau mcm baca puisi yang balak jambu dia buat utk dia masa hari valentine tak lama dulu. aku buat2 tak dengar saja,malas mahu bersuara di tengah keadaan lapar begini.

"Bo,jom gerak.karang aku termiss scene brader helmet kuning amek bini dia balik kerja nnti rugi pulak,"aku dah mula tarik beg ke bahu. Bo menurut tanpa byk cakap. tiba-tiba aku terpijak sebatang pen biru entah sapa punya.ink dia masih penuh menandakan pen itu masih baru.siap ada tanda harga seringgit lima puluh sen lagi.aku syak dari kedai apek buncit,sebab dari kedai apek buncit je yg saiz tanda harga dia macam poster pilihan raya punya saiz.aku panggil bobo, "Bo, jumpa pen biru."minah itu memaling laju dan berlari pantas menuju ke arah ku."oh.murah betul rezeki aku hari ni ,"minah itu kemudian tanpa rasa bersalah sumbat pen itu masuk dlm beg kelabu taik kerbau dia.

aku diam saja.sabar.korang fikir sendiri bagaimana orang lapar tahap kebulur tahan rasa sabarnya.pagi tadi terjumpa liquid paper ,aku baru nak annouced pada budak2 kelas sapa yang hilang barang,tengok2 dia dah rembat dulu buat guna padam markah add math dekat slip exam daripada D kepada A+ tahap cemerlang tinggi.dia bilang sama aku,"rezeki jgn ditolak lah kwn," sebelum dengan senang hati tulis nama "BOBO" besar2 pada liquid paper tersebut.bertuah punya member.

sumpah,kalau aku terjumpa pensil picit-picit PILOT memg aku senyap2 je xkasi minah tu tau.asik rezeki ko je bo,x aci betul.


ini ialah gambar bobo yang muka mintak disepak.
ily kawan :D



2 comments:

ISIkepala Anda::