Saturday, December 26, 2009

S.E.K.O.L.A.H


ok.aku budak sekolah.itu pengakuan pertama dari aku kat n3 ini.aku bgga jadi budak sekolah.korang pun,jgn mahu kelentong aku kalau tak rindu zaman sekolah kan?tapi kenapa aku tak rindu sekolah bila tiba hari2 terakhir musim cuti sekolah ni?kenapa?kenapa?entah.

barang sekolah satu apa pun tak diborong lagi.tudung,baju,kasut jauh sekali.hah.nampak bukan 'semangat' aku nak naik sekolah ni?ohh.cuti sekolah dah habis.dan aku akan naik sekolah dengan bergelar seorang pengawas.sumpah aku tak tipu.sampai sekarang aku masih tak dapat detect apa motif cikgu listkan nama aku dlm list jawatankuasa pengawas tahun depan.aku pula stuju saja bila fikir ini tahun terakhir aku di sekolah itu.gila apa kalau aku taknak cipta sejarah dunia bila bergelar pengawas nanti dengan buat mcm2 jenayah?aku juga fikir,jadi pengawas ada byk kebaikan. antaranya,kasut.pengawas wajib berkasut hitam.jadi kepala aku tahun depan tidak lagi perlu risau akan ke'comotan",ke'kotoran' atau ke'komprohan' kasut aku yang biasanya jika berkasut putih akan jelas kelihatan 'peta2 dunia' yang pelbagai bentuk dan warna.oh ya. bau nya jgn dilupa.mungkin boleh mengakibatkan makcik kantin jatuh koma serta merta.jgnkan makcik kantin,aku sendiri mahu putus nafas bila buka kasut sekolah aku hari2.sungguh. betul kata cikgu aku suatu ketika dulu,"awak memg kreatif!"

(suspek utama:aku dan parin::pengawas jenayah)

antara rakan di Myspace yang majoriti ramai rakan2 persekolahan,banyak juga yang mengeluh,mencarut atau meng'eyekkk' bila topik 'naik sekolah' didebatkan.yelah,bila sudah biasa bangun tidur matahari sudah terang menerang muncul depan mata,gila apa kalau tiba2 upacara itu harus dihentikan dengan sesi bangun tidur sebelum cahaya matahari sikit haram pun xmuncul?? tak kurang juga ada yang terkinja2,teruja dan meng'yahoo' bila topik itu dibicarakan.aku syak, tentu golongan itu tidak tahu memanfaatkan cuti2 sekolah dengan benda2 yang tidak berfaedah.atau barangkali,sudah tidak sabar mahu mencurah kan pelbagai gossip dan cerita panas yang dah bergunung dikumpulkan kepada 'kaki' mereka.

orang kata,bila dah tiba tahun baru kena ada azam tahun baru.bagi aku,bila tiba tahun baru,azam tahun lepas kena dilunaskan dahulu.tapi aku masih juga pasang satu azam baru utk tahun baru walaupun azam tahun lalu haram apa xlunas2.ah.tak payah tnya pun dah boleh agak apa azam baru aku yang bakal jadi pelajar tingkatan lima ini.jujur,seboleh2 nya aku tak mahu or tak hingin or tak nak langsung menaip perkataan membunuh ini.tapi utk pembaca setia,aku gagahkan juga utk menaip perkataan ini walaupun ususku sedikit terganggu menandakan ada makanan yang belum dicerna dgn sempurna.ok,aku bakal jadi mangsa kekejaman SPM tahun depan,kekejaman yang akan memadamkan kebahagiaan aku pada waktu petg dengan aktiviti dengkuran kepada aktiviti meronggeng ke kelas tambahan.jadi,sila beri aku sedikit suntikan semangat utk aku hadapi ceramah dan syarahan berjela2 dari cikgu2 tersayang yang dah dapt aku bygkan dalam tempurung kepala aku sekarang. macamana aku nak rindu sekolah bila awal2 sudah diberitahu jadual kelas tambahan yang penuh setiap petang??

petang tadi,aku menerima satu kiriman sms dari seorang rakan yang sedang bergelut dengan perasaan malasnya utk kembali ke sekolah.aku tak tahu apa motif dia send dekat aku,mungkin mahu menaikkn semangat dia utk ke sekolah agaknya.aku layankan saja::-

Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT, dan bila zaman itu berlalu, nescaya ia tak akan kembali lagi. masa ini jua kita akan membawa haluan masing2, mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah, belajar, bergurau, ke kantin, ke tandas bersama.. Terbukti zaman remaja yang paling sukar dilupakan.Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindukan zaman remaja dan alam persekolahan yang indah.jadi,hargailah zaman tersebut dan kenang lah aku sebagai sahabatmu smpai bila2.

ok.boleh tak kalau aku ckp aku xsabar nak sekolah skrang??
HEY SPM!mintak tolong boleh??nnti kau keluar simple2 and senang2 je sudah la ye!;))


**parin,aku n bo**
-babe,aku dah ada plan nak buli budak junior,tungguuu!!-

2 comments:

  1. macam ade pekataan eeyek tadi! hehe..
    baya royalti maa, ;p

    ReplyDelete
  2. haha.
    itu mcm biasa..
    buku 3 lima msuk!!
    ;D

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::