Friday, December 04, 2009

cerita dongeng atau cerita yg didongengkan?

cuti sekolah dah bermula.itu bermakna kerja aku sebagai penganggur berhemah dirumah juga sudah bermula.kerja khas aku tiap hari makan,tidur,baca buku,tengok tv,kemas rumah(bila dimarah oleh komander gjek),jalan2,dan pelbagai lagi perkara2 yg xmendatangkan faedah.jauh sekali perbuatan yg dapat membasahkan ketiak aku(kecuali ketika bergusti dgn gjek dirumah).itu sahaja.dan waktu petang aku akan menjadi ahli tetap penganggur yg setia berlending di depan tv bersama gjek menonton cerita merapu di tb3.

ya,cerita merapu.cerita dongeng indonesia yg aku rasa cukup merapu lagi membongokkan org yg menonton.tidak percaya?anda tonton sendiri di tb3 setiap petang lebih kurang dalam pukul 3petg.kisah kelinci dgn kantong ajaib,kisah peri biru yg kejam,
kisah anak ajaib bertuah,kisah sannu gunung jati,kisah kuda yg baik hati dan apejadah yg lainnya.

sumpah aku baru dgar ada cerita dongeng sebegitu byk.sudah lah byk,cerita nya nak best pula.setiap cerita wajib ada haiwan yg bercakap2.tak kira la haiwan tu lembu ke,kucing ke,tikus ke,malahan semut api pun turut boleh bercakap.sudah la boleh bercakap,suaranya byk yg tidak kena pula.misalnya sang lembu bersuara kecil dan halus kerana dialih suara oleh perempuan,manakala sang tikus bersuara garau dan besar pula.apa tak menjerit yusof haslam kalau dia menonton cerita itu disiarkan di kaca telibesen rumah dia??aku jamin dia lagi suka main batu seremban dengan bininya drpada dia bukak tb3 tiap petang.itu tidak termasuk lagi akan watak jin yg pelbagai warna.boleh dikatakan cukup kuota warna bendera.ada biru,merah,hijau yang setiap satu nya kerjanya asyik makan orang sahaja.yang dimakan orang yang baik2 saja,si tuannya yg jahat xmahu dimakan pula.kalau aku jadi jin itu bukan dengan tuan nya sekali aku makan,dengan direktor cerita dongeng itu pun aku telan sekali.aku jadi makin tak faham.sama ada direktor cerita itu yg tidak sekolah atau aku yg kurang ilmu dalam hal penerbitan cerita dongeng.??

tak apa,cerita merapu itu tetap jua aku tonton dgn gjek tiap petang..bukan aku nak tgok sgt sebenarnya.tapi kakak aku yg sorg itu yg sudah terkena sumpahan sihir kekal jin hijau yg marah aku kalau tukar channel lain.


p/s:baru habiskan baca buku KETIKA CINTA BERTASBIH. masyuk!!boleh x tb3 tukar cerita dongeng tu dgn sinetron KCB??)

4 comments:

  1. Apa nak buat, orang memang suka benda mengarut dan menipu.. Sebab benda mengarut ini seronok.

    ReplyDelete
  2. kdg2 nak mengarut sgt pon xbole jugak.
    harap2 pihak media elektronik harus lebih peka la sebb cerita2 mcm ni bole mentahyul kan kdg2.
    budak2 pun jadi terlalu imaginasi.

    ReplyDelete
  3. Hehehe..Media menguasai minda..
    ITulah paling berkesan kalau nak kawal manusia..
    Melalui media...
    Hehehe

    ReplyDelete
  4. menguasai minda utk kebaikan takpela,,
    tpi kalo dah tersesat dgn cerita2 tahyul tu,
    nak slahkan siapa??

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::