Thursday, November 12, 2009

satu hari bersama budak itu.

ini cerita hari sabtu lepas.
sengaja aku cerita skrg sebab baru terperasan ada gambar di JB kt dlm camera samsung biru gjek ini.pagi sabtu yg biasanya peluang keemasan aku utk bangun agak lewat seperti hari kebiasaanya tidak berjalan dgn baik.nyaringan alarm mak yg mengalahkan suara soprano ning baizura atau suara jeritan tggi jacklyn victor,dah cukup utk aku gerak awal ke dalm toilet pagi2 utk mandi.mak ckp,,
'bgunn!!nak pergi JB kejap lagi!!"
wlaupon ketika itu otak aku ligat berfikir punca dan faktor tujuan mak ajak pegi berjalan ke JB pagi2 sabtu,aku melangkah juga kedalam toilet utk mengelakkan sinaran laser mata UV menyala dari ibunda tercinta.selepas bersiap,aku melangkah longlai ke dalam kereta sebelum sedikit terkuzat dgn kehadiran seorg budak perempuan yg bergigi gopes sedang senyum mintak dilempang olehku..

itu hanisah.budak perempuan berumur 5tahun yg merupakan sepupu dan jiran depan rumah aku.baik,pintar dan byk ckp nya.memg serupa ketika aku seusia itu dahulu,cuma yg lainnya hanya pada giginya saja.aku tahu budak itu tak mandi pagi lagi bila melihat dia masih berseluar pendek biru yg aku nmpak mlm tadi.biarlah.siapa yg nk kisah dia mandi atau busuk sekali pun.
kalo ada yg kisah,itu aku kerana terpaksa duduk dengn nya di seat belakang.tak apa,budak itu anak org,jadi sabar sajalah melayan dgn hati yg ikhlas dan sabar.


sampai di JB,bapak menghalakan kereta terus ke Angsana.
(sudah lama aku tak jejak kaki kesini...rindu2!!)
mak kata ada rawatan mata percuma disana.aku mengiakan saja.malas mahu bertanya banyak kerana letih melayan budak perempuan yg 'bertuah' itu.sampai ditempat yg dituju,keadaan memg dipenuhi oleh lautan manusia pelbagai rupa.dan aku perasan ada barisan panjang org2 sedang beratur mcm nak beli tiket bas balik raya.mak dgn bapak menggunakan skill yg mereka dpt ntah dari mana terus mencilok di celah2 org ramai itu utk turut beratur sama.



aku dan hanisah tak ambil pusing.terus aku tarik budak itu jauh dari manusia yg sibuk beratur ke tempat yg lagi selesa.tugas aku ketika itu memg utk menjaga budak kecil itu juga.perut ketika itu memg sedang ligat memainkan lagu keroncong dari aris adiwatan.walaupun aku rasa aris adiwatan tidak pernah ada menyanyi lagu keroncong,peduli apa,aku hanya tulis apa yg aku rasa saja.aku dan hanisah menunggu kemunculan mak dan bapak dgn penuh kesabaran.walupon sesekali aku dgar pertanyaan hanisah yg bertnya,

'buat apa kt sini??'
'nek chu dgn tok din pergi mana??'
'lama lagi ke??'


aku tgah lapar.budak itu byk tnya pula.ekot kan hati mahu backhand saja budak itu tapi aku hanya mampu tersenyum mesra saja..tak apa,budak kecil tak tahu apa2..aku dan hanisah tggu dan terus menunggu kehadiran bapak dan mak di tgah2 manusia yg sibuk beratur panjang itu.

muka2 boring hanisah mnunggu memunculan mak ngn bapak

setelah kemunculan bapak dan mak yg terchenta,aku mngajak mereka ke food court di luar Angsana utk mengisi perut yg ketika itu sudah bertukar irama keroncong kepada irama hip hop.
bapak kata ada satu kedai mee rebus disitu sedap.aku mengikut saja kerana sedap xsedap bapak juga yg bayar kepada tokey kedai mi rebus tersebut.

ini la gerai mee rebus tersebut..kalo korg nak try rasa..dtg sendiri lah ye

dalam perjalann pulang,mak membelikan hanisah satu kotak Dunkin's donut utk dibawa pulang.

hanisah dgn perasaan gembira membelek2 kan kotak tersebut di hadapan aku ketika dalam kereta.mungkin dia ingat aku akan cemburu kerana mak tidak membelikan donut tersebut utk aku..padahal aku satu kuman pun tidak bernafsu utk cemburu kepada budak perempuan itu.
hanisah tertidur di dlm kereta smbil memeluk kotak donut tersebut.takut benar aku mahu mencopet donut2 nya..padahal aku yakin balik rumah nanti kakak2 dan abg2 nya akan 'sebat' donut itu terlebih dahulu.tak apa,budak2 memg mcm tu.aku buat xtahu saja dlm kereta smpai ke rumah.sampai dirumah,hanisah terjaga dan terus turun dari kereta.mahu terkucil agknya.
satu kerja juga aku kena hantar brg2 dia kerumahnya.kalo tidak dibagi,dikatanya aku pencopet donut2 nya pula.

salam diucap,aku hnya menyerah kan saja kepada abng nya yg berada di muka pintu...
dan kemudian melihat abgnya memakan sesuatu seperti donut yg berada di dalam kotak tersebut.
kan aku dah ckp bukan??


(kepada hanisah,syida tetap syg kau la wlupon gigi kau gopes!!hihi)


(p/s:amcam gaya penulisan aku??kalah JK Rowling yu noe!hakhak)

3 comments:

  1. rsnye "hanisah" tu not as ur "sepupu" but ur niece~ bcoz relationship between u n her father --> kazen ~ her father's mother n ur mother are sibling~ huhu~ that's all 4 my explaination~ hope u understnd~ :p

    ReplyDelete
  2. erk..yela tu kot miss aida..
    i thought that it have a bit complicated to noe la who my kazen or neither my niece.. btw.tengs 4 the explaination!;)

    ReplyDelete
  3. hehe~ dh betol sgt laa tu~ btw~ ur warmly welcome~ :D klu dh relative~ relative laa jgk kn~ huhu

    ReplyDelete

ISIkepala Anda::